YESTERDAY IS TODAY'S MEMORY....TOMORROW IS TODAY'S DREAM

Sunday, January 30, 2011

Hamzah Singa Allah

Salam...

Mesti ramai yang tahu pasal Hamzah iaitu bapa saudara Nabi Muhammad SAW. Dia di gelar singa Allah sebab keberaniannya mempertahankan Islam. Aku teringat pasal Hamzah ni lepas baca surah Al-Fajr iaitu surah yang ke-89. Surah ni mengandungi 30 ayat dan diturunkan di Mekah. Aku sangat tertarik dengan ayat yg ke-27 hingga ayat yang ke-30 dalam surah ni. Ayat tu berbunyi:

27. Wahai jiwa yang tenang!
28. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya
29. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu
30. dan masuklah ke dalam syurgaKu

Menurut hadis riwayat Ibnu Abi Hatim, Buraidah r.a. menerangkan bahawa ayat 27 ditujukan kepada Hamzah r.a. yang gugur sebagai syuhada di Perang Uhud.

Bila baca maksud surah ni aku rasa tersentuh sangat. So aku nak kongsi perasaan aku dengan pembaca sekalian sebabnya aku teringat satu hadis Nabi yang bermaksud "Sampaikan walaupun sepotong ayat." Bestnya jadi macam Hamzah kan? Allah siap jemput dia masuk syurga sampai disebut dalam Al-Quran. Kalau tengok perjuangan dia mempertahankan Islam, memang layak la dia di jemput masuk syurga.

So azam aku tahun ni nak jaga hubungan aku dengan Allah dan manusia. Nak jaga solat, nak perbanyakkan amalan sunat dan nak perbanyakkan buat sedekah jariah. Aku rasa bila kerja, aku memang kurang buat amalan sunat sangat. Baca Quran pun sekali sekala je, sebabnya lepas kerja memang penat dan asyik pikir nak tido je. Aku pun berharap agar hubungan aku dengan kawan2 yang baru sampai di bumi Hobart dan kawan2 yg sudah lama berjuang di sini bertambah baik. Aku juga berharap agar kawan2 alam maya aku pun bertambah. Selepas ni semoga aku dapat bermujahadah membuat kebaikan dan menambah pahala.

Sekian...

Sunday, January 23, 2011

Gunung Wellington

Salam...

Hari Sabtu minggu lepas aku ada 3 orang tetamu dari Malaysia. Kawan aku ni belajar kat Melbourne, then mak dan adik dia datang lawat dia. Lepas tu dia bawa mak dan adik dia datang Hobart. Diaorang plan nak naik Mount Wellington tapi aku guna kereta buat pergi kerja, so diaorang kena tunggu aku balik dari kerja dulu. Hari Sabtu lepas aku habis kerja kul 4 petang, so sempat la diaorang nak naik gunung sebab maghrib kat sini pada musim summer ni dalam kul 9 malam. Pada mulanya aku tak nak ikut sebab penat, ye la kan baru balik dari kerja. Lepas tu, aku rasa cuaca cam sesuai plak nak ambik gambar yang cantik dari gunung. Tambahan pula aku x pernah naik gunung ni musim panas. Selalunya aku naik gunung ni musim sejuk je sebab nak gi main salji. Kitaorang bertolak naik gunung ni dalam kul 6 petang. Aku panjat gunung ni ngan kereta sebab tu la aku masih boleh naik gunung lepas kerja. hehehe.... Selalunya nak naik gunung ni ambik masa dalam setengah jam je dari rumah aku. Ini adalah kali ketiga aku naik gunung ni.

Gunung Wellington ni ialah salah satu tarikan kat Hobart ni. Selalunya sape yg datang Hobart kena la naik gunung ni, tapi adik aku x nak naik gunung ni time dia datang last year. Adik aku ni bawa gi shopping baru laju, kalau setakat nak sightseeing tu lambat ckit. Gunung ni jugak tempat warga Hobart bermain salji. Gunung ni pelik ckit, bukan setakat winter je dia ada salji tapi tiap2 musim dia bersalji termasuklah musim panas. So orang Hobart memang beruntung la sebab sepanjang tahun boleh main salji. Memang hebat betul ciptaan Allah. Dia yang Maha Kuasa nak jadikan salji bila2 masa. Memang segalanya mudah bagi Allah. So kalau kita ada apa2 masalah, kembalilah kepada Allah sebabnya hanya Allah yang boleh tolong kita selesaikan masalah. Tidak ada yang susah bagi Allah.

Ada banyak jugak la gambar yg aku ambik tp malas nak upload. Layan je la gambar yang ada ni. Bagi aku gambar pun x leh nak menggambarkan ciptaan Allah yg sangat cantik. Memang kena naik dan tengok sendiri pemandangan dari atas gunung ni. Kebanyakkan gambar yang cantik aku capture guna mata aku sendiri dan save dalam otak je.

ni pemandangan Mt Wellington dari sea level. Ni gambar aku tangkap time summer last year. Time aku naik ari tu, awan x de so UV memang tinggi ar...

1270 meter atas paras laut. Aku pun baru tahu ni lepas kali ketiga aku naik gunung ni. Sebab selalunya aku sibuk duk main salji je tiap kali aku naik. Kali ni aku menghayati apa yang ada kat puncak gunung

batu-batan yang tersusun cantik. Dalam gambar ni nampak x cantik sangat (maybe camera aku murah kot), tp yang realiti memang cantik. Tak pe, janji aku dah save dalam otak aku

bulan separa dari puncak gunung ni

antara tempat yang ada di puncak gunung. seperti biasalah, puncak gunung memang banyak batu dan kurang tumbuhan. Kalau ada pun pokok renek je. Seronok plak ingat belajar geografi time naik gunung ni sebab aku dapat tengok ngan mata sendiri. Perasaan tengok dalam buku ngan tengok yang realiti memang lain...

aku di celah2 batu. Angin kat puncak gunung ni memang sangat kuat. Tak kena gaya, memang boleh terbalik diterbangkan angin. Aku terpaksa duk celah2 batu supaya selamat. Tudung dah memang penyet, x leh nak buat apa dah...

ni aku cuba untuk berdiri sambil menahan tiupan angin. lepas ambik gambar ni, aku memang jatuh ditiup angin

berjaya berdiri dengan tegak. nasib baik gambar x gerak2, kalau x memang nampak la sekejap je aku boleh berdiri tegak

sungai dan tasik dari puncak gunung

bangun yang macam KOMTAR tu ialah casino. Boleh nampak banyak kapal kat Hobart ni sebabnya Tasmania ni dikelilingi oleh laut. Tasmania kan pulau...

ni plak Tasman Brigde. Aku kena lalu bridge ni hari2 untuk ke tempat kerja. Kalau malam bridge ni lagi cantik. Skali tengok nampak cam jambatan Pulau Pinang. Nape banyak benda kat Hobart ni sama macam yg ada kat Penang? Aku pun x de jawapan untuk persoalan itu

batu-batan yang tersusun cantik. macam ada orang susun je...tu la hebatnya kuasa Allah

ni plak tandas kat puncak gunung ni...kat tandas ni x de air panas. so korang boleh imagine la sendiri bila nak buang air musim sejuk, harus beku. Kalau aku memang tunggu sampai turun gunung dulu la, baru buang air.

ni plak tempat khas untuk sightseeing bandar Hobart. siap ada teropong lagi dalam tu

antara muara sungai dan teluk yang dapat dilihat dari atas gunung

lumut pun antara tumbuhan yang ada kat puncak gunung. ni aku masih ingat time belajar goegrafi dulu. Aku suka geografi sebab aku selalu dapat markah tinggi. hehehe...sebab dapat A selalu je, kalau x mesti aku pun x suka Geografi

ni walaupun nampak cam laut, tp namanya ialah Derwent River. Yang peliknya, air sungai ni masin cam air laut. Kawan aku cakap sebab sungai ni adalah muara. Bukan ke muara air dia rasa payau? Ni pun salah satu kehebatan Allah jugak

ni plak menara yg macam roket soyuz yg Sheikh Muszaphar naik nak gi ISS

mesti la ada gambar kenangan kat atas gunung

Tu je la pengalaman aku kat Gunung Wellington yang aku dapat kongsi ngan korang semua. Semoga tahun ni aku dapat naik main Salji kat gunung ni lagi.

Sekian...

Saturday, January 22, 2011

kerja, kerja, dan kerja lagi

Salam....

Minggu ni x de apa yg menarik berlaku dalam hidup aku melainkan duk mengadap ceri je sepanjang hari sebabnya minggu ni aku kerja hari2 kecuali esok je aku x kerja. Hari Ahad kat cni memang kebanyakannya x kerja. Kerja tahun ni adalah satu pengalaman baru bagi aku. Tahun lepas aku kerja jugak, tp x kerja hari2 cam tahun ni. Baru aku tahu betapa susahnya nak dapatkan rezeki yang halal nak sara keluarga. Betapa susahnya duk berjemur di tengah panas, duk berdiri lagi, tu orang la bukan aku. Aku duk berdiri dalam aircond yg suhu 10 degree. Kagum jap aku ngan mat indon yg duk kerja buruh kat tengah2 panas. Aku yg duk dalam aircond pun x brapa nak tahan duk berdiri sampai 10 jam.

Minggu ni memang sangat penat la sebab aku start kerja dalam kul 7 pagi sampai kul 6 petang, so kul 6 pagi aku dah kena bertolak sebabnya tempat kerja aku 40 minit drive dari rumah. Last week aku kerja petang, start kul 2.30 petang sampai paling lewat pun kul 9 malam so x de la penat sangat. Dah la kena berdiri je sepanjang kerja, memang lenguh la kaki. Bila dah nak masuk kul 4 petang je, aku pun mula la hilang focus nak pilih ceri. Aku rasa nak pilih ceri ikut suka hati aku je, dah x nak ikut apa yg dia cakap dah time ni. Time tu la aku teringat mak aku pesan yg kita kerja kena amanah baru duit gaji yang kita dapat berkat. Lepas tu terus semangat aku sambung pilih ceri.

Mak aku bagi nasihat ni masa aku balik ari tu. Satu hari ni, aku ikut mak aku gi bayar cukai bandar kat MPKB (Majlis Perbandaran Kota Bharu). Mak aku pelanggan no 2 kalau x silap. Lepas gi bayar cukai bandar, kitaorng gi cimb yg berhadapan ngan MPKB. (Kalau orang kb mesti tahu punya ni). Lepas je keluar dari cimb, kitaorng terserempak ngan pak cik yg jaga kaunter tempat mak aku bayar cukai bandar nak kuar gi makan ngan kawan2 dia. Time tu la mak aku cakap yg diaorang ni, kerja kejap je dah nak keluar makan. Tak silap aku time tu baru kul 10 pagi. Aku cakap la yang diaorang nak gi breakfast kot. Lepas tu mak aku cakap la, apa salahnya breakfast pagi2 kat rumah before kerja. Tak kat rumah pun, kat kedai pun boleh. Selalunya kat Kelantan, kedai makan buka awal untuk breakfast. Ni tak, nak jugak keluar makan time kerja, lepas tu makan gaji buta. Tp mungkin jugak dia ada break time tu, aku cakap kat mak aku, bersangka baik la konon. Tu yang mak aku cakap, kita kerja kena amanah, x leh ponteng kerja, baru la duit gaji yg kita dapat berkat. Ni kalau ponteng kerja, dah jadi x berkat duit gaji. Lepas tu bagi anak2 makan ngan duit gaji yg x berkat. Tu anak2 jadi x elok tu. Mak aku cakap cam tu ngan aku sebab nanti aku kena kerja makan gaji ngan kerajaan. So mak aku x nak la aku jadi macam pak cik tadi yg time kerja pun boleh gi kuar makan dan lepak2. So kesimpulannya kena amanah la dalam kerja, x kira kerja apa sekalipun.

Satu perkara lagi yang aku belajar adalah kita kena suka kerja kita barulah kita akan gembira untuk pergi bekerja. Hari2 aku pergi kerja sebab duit je, kerja pilih2 ceri ni memang boring bagi aku. Tiap kali aku bangun, aku mesti rasa malas nak pergi kerja, rasa nak berhenti pun ada. Tapi bila fikir gaji yang akan aku dapat, aku gagahkan diri untuk bangun. Gaji memang la x selumayan orang2 yg kerja profesional, tp bagi student cam aku boleh dikira lumayan la. Sebab tu aku terfikir yg aku memang kena suka kerja yang aku buat, baru aku semangat nak gi kerja. Minatkah aku nak jadi seorang ahli farmasi yang kena berkhidmat untuk rakyat jelata sekalian? sebabnya dulu aku main pilih je kos farmasi ni. Tu la pentingnya untuk ambik tahu sebelum buat keputusan.

Sekian....

Thursday, January 20, 2011

Tips Akhirat dari Tuk Guru

Salam...

Sepanjang aku duk berblogging ni x banyak mesej yang aku sampaikan ke arah akhirat. Lepas aku baca blogtokguru, aku rasa aku pun patut tulis something yg boleh membawa aku ke syurga. Kalau cakap cam ni, mesti ramai orang duk bayang aku kan tulis cam ustazah yg bagi ceramah cakap pasal kehidupan akhirat. Sebenarnya banyak benda yg boleh kita tulis yg membawa kita ke syurga, antaranya cerita pengalaman kita, tulis resepi, bagi tips dan juga tazkirah. Cerita pasal pengalaman hidup yg boleh memberi pengajaran kepada orang lain pun dikira 1 kebaikan yg boleh membawa kita ke syurga. Tulis resepi yg memudahkan orang lain nak masak pun dah boleh bagi pahala untuk kita. Cuma satu je la nasihat aku utk diri sendiri dan juga kawan2, cuba elakkan tulis pasal gosip dalam blog sebab gosip ni kita membuka aib orang. Seelok-eloknya kita menutup aib orang supaya di akhirat kelak Allah akan menutup aib kita. Aku x nak tulis banyak la sebab aku pun x de la arif sangat pasal dosa dan pahala. Apa yg aku tulis ni ikut apa yg aku faham je.

Sekian...

Tuesday, January 18, 2011

Catatan Musim Panas

Salam...

Tahun ni adalah tahun ke-2 aku duk kat Australia pada musim panas walaupun ni adalah musim panas yg ke-3 sepanjang aku kat Australia, sebabnya musim panas yg pertama aku duk kat Malaysia je. Alhamdulillah, kali ni aku dah dapat biasakan diri dgn musim panas ni. Bagi aku, musim panas banyak cabarannya. Pagi-pagi dah kena bangun untuk semayang subuh yg seawal 3.30 pagi. Isyak plak dalam kul 11 malam. Cabaran untuk bangun sembahyang memang hebat sangat bg aku sebabnya aku habis kerja dalam kul 9.30 malam, lepas tu sampai rumah dalam 10 lebih, tunggu isyak jap lepas tu trus tido sebab keletihan. Zuhur plak lebih kurang cam Malaysia jugak, kul 1.30 ptng. Asar dalam kul 5 suku petang dan Maghrib lambat ckit kalau nak compare ngan Malaysia sebabnya Maghrib masuk kul 9 malam. Sepanjang 7 jam kerja, aku kena berdiri je duk pilih ceri or lipat kotak ceri, memang sangat letih bg aku. Lepas je smayang subuh, aku sambung tido balik. Paling awalpun aku akan bangun kul 8 pagi. Memang dah x betul jadual tido aku kat cni time summer. Slalunya aku akan tido dalam kul 10 malam dan bangun kul 5 @ 6 pagi.

Tahun ni aku kurang keluar g jalan2 cam tahun lepas, maybe sebab aku penat bekerja kot. Tahun lepas banyak aktiviti luar yg aku buat. Tiap2 petang mesti keluar beriadah. Mungkin jugak sebab tahun lepas, aku kerja pagi dan x kerja hari2 cam this year. So kehidupan summer aku this year agak boring la jugak sebabnya, aku cycle benda yg sama hari-hari. Bangun tido, makan dan g kerja. Weekend je la aku buat benda lain ckit. Minggu lepas, aku naik gunung Wellington yg ada salji baru-baru ni. Terkejut jugak la aku sebab gunung ni ada salji waktu summer. Aku dengar berita ni kat berita terkini TV3. Tp time aku naik, gunung ni dah x de salji. Gunung ni memang tempat aku main salji kat Hobart ni. Lain kali aku crita pasal gunung ni plak.

Sekian...

Saturday, January 8, 2011

Kerja di Tahun Baru

Salam...

Kali ni aku nak share pasal kerja aku. Tahun ni aku start kerja, kerja casual je bukan full time pun. Sebenarnya sem aku start tengah Feb 2011, aku datang awal sebab nak kerja before kelas start. Kerja aku pilih dan packing buah ceri. Kerja ni cam kerja kilang je. Aku rasa cam buruh indon dan banggla yg kerja kat negara kita plak. hehehehe.....Aku start kerja 4 Jan 2011 ari tu. This week aku dapat cuti hari sabtu dan ahad. Dia bg cuti ari sabtu sebab cuaca panas so buah x leh kutip ari sabtu. Hari ahad memang cuti. So this week aku dah kerja lebih kurang 20 jam. Kira ok la bg student cam aku yg x yah nak pikir nak tanggung sape2.

First day memang sangat penat. Biasa la kan mula2 kerja lepas berehat lama. Lepas tu dah semakin dapat biasakan diri. Makin lama aku makin x de selera makan, maybe sebab penat kot. Aku dah 2 hari x makan nasi, ni kira ganti yg time aku duk kat rumah la. Kat rumah aku kat Malaysia aku makan nasi 3 kali sehari sebab tu la duk x sampai 2 bulan aku naik 5 kilo. Hehehe..... Ni aku nak kumpul duit nak g jalan2 lg. Skarang x de yg menarik sangt aku nak crita. Sampai ketemu lg. Adios, amigos....

ni tempat aku kerja.... kalau nak tahu map kat dlm gambar ni la map Tasmania

ni ceri yg aku beli. sedap betul ceri ni, dah la besar lepas tu manis lg. ada sape2 nak order ceri, hehehe....


Sekian...

Thursday, January 6, 2011

Selamat Tahun Baru!!!!

Salam....

Lama rasanya dah x update blog ni sebab busy memanjang duk kat rumah. Macam2 nak buat, almaklumla x lama kat Malaysia. Untuk first entry pada tahun baru ni aku nak crita pengalaman aku sambut tahun baru. Tahun lepas aku sambut tahun baru kat Hobart. Sambut tahun baru tahun lepas lebih kurang cam kat Malaysia jugak. Tak kisah la dimana tahun baru disambut di atas muka bumi ni skarang, mesti ada bunga api dan konsert. Tapi tahun ni aku sambut tahun baru kat tempat special ckit iaitu kat udara, memang x de konsert ar, bunga api pun aku x nampak. Maybe tinggi sangat flight aku terbang so bunga api pun x sampai. Sebenarnya aku dah pulang ke Australia pada 31 Dec 2010 dan sampai kat Australia 1 Jan 2011. Lama x perjalanan aku? Setahun tu....bertolak 2010 sampai 2011. hehehe..... Aku saje je bli tiket 31 Dec 2010 sebab aku nak rasa sambut tahun baru kat udara.... Skali aku x de apa2 perasaan pun sebab aku x tahu sambut tahun baru kat mana. Kalau aku naik MAS dia ada tunjuk map kita ada kat mn, tp kali ni aku naik AirAsiaX (sebab nak save bajet) je so x de la map. Apa2 pun naik AirAsiaX ni pun best jugak sebab aku tido je dalam flight. Lagipun line aku dapat pramugari yg cantik dan seksi lg yg duk layan kitaorng. Nasib baik AirAsia, kalau MAS mesti aku slalu duk tekan loceng (loceng ke orng panggil, lantak la janji benda yg ditekan nak panggil cabin crew) panggil pramugari tu mintak air dan makanan. Aku suka la tengok orang cantik, tp nasib baik aku x suka sangat orng yg hensem, kan x pasal2 tambah dosa aku. Kalau baca ni kan orang ingat aku ni minat sama jenis, sebenarnya aku ni masih straight. Aku x minat kat orang hensem sebab aku x suka persaingan, lagipun aku sedar diri. Siapalah aku? (baca cam lagu Amy Mastura nyanyi). Panjang plak aku melalut kelain..... Sambung balik crita naik kapal terbang. Kalau aku nak balik Australia mesti aku tido je dalam flight sebab x excited nak balik belajar. Tp kalau aku balik Malaysia aku banyak jaga dari tido. Tengok movie la, buat sodoku la, lepas tu aku bleh lagi g ronda2 dalam flight, punya la excited nak balik malaysia. Apa2 pun aku nak wish thanks to AirAsiaX crew sebab dah bawa aku balik Australia dgn selamat. Layanan semua crew pun bagus. I give u all 4 stars. Lagi satu mintak ngan captain sebab dia x collect lg 1 star. dah macam main game plak kena collect bintang.

Perkhidmatan yg memuaskan, kalau aku nak save bajet, kita jumpa lg. tp kalau ada orng sponsor aku, kita memang x jumpa ar (gaya belagak betul).
Semoga Allah memurahkan rezeki aku nak naik kapal terbang lg, x kira la naik airline mana asalkan aku dapat travel lg. hehehe.....


Akhir skali aku nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua, semoga pada tahun ini kita akan menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya dalam semua perkara. Ameen.....



Sekian....