YESTERDAY IS TODAY'S MEMORY....TOMORROW IS TODAY'S DREAM

Thursday, March 24, 2011

Sleepy Bay

Salam...

Sleepy Bay, tak banyak yg aku dpat kongsikan sebabnya tempat ni x menarik sangat pun. Aku share gambar je la...Ni semua gambar dari camera kawan aku. Time ni bateri camera aku dah kong. Layan je la gambar yg ada....

ni kalau turun, aku x tahu nak naik cam mana sebabnya curam

tp air laut still cantik. membiru dan menghijau. ada ke menghijau?

laut yg menghadap New Zealand

cuaca petang yg dah mendung

keunikan batu bata ciptaan Allah

Sekian...

Saturday, March 19, 2011

Honeymoon Bay

Salam...

Kali ni aku nak sambung pasal taman negara Freycinet kat bahagian timur Tasmania. Lama betul aku nak ambik masa nak upload gambar sebabnya skarang cam banyak keja jugak la nak buat. Walaupun sem ni aku ada 1 subject je, tp aku ada banyak keja luar yg nak kena settle sebabnya aku mendapat tugas dari Persatuan Melayu Tasmania untuk menganjurkan 1 kem sempena cuti musim luruh yg akan tiba tak lama lg. Kali ni aku cerita ikut gambar. Sebelum aku start bercerita, aku nak bgtahu yg gambar di bawah ni diambil dalam masa yg berlainan iaitu pada musim panas dan musim sejuk. Gambar yg musim panas aku yg ambik dan gambar musim sejuk adik aku yg ambik. Musim panas aku ambik gambar waktu tengah hari dan untuk musim sejuk adik aku ambik gambar waktu petang.

honeymoon bay dari bawah pokok. aku duk berteduh bawah pokok sebabnya time ni matahari duk atas kepala. cuaca pada hari tu memang cantik la. awan pun nampak menarik je

cetek je air kat kawasan ni... memang boleh mandi manda la kat sini. dah la x ramai orang

pemandangan laut yg cantik. air sangat biru dan bersih

activity berkayak sangat famous kat sini. tapi setakat ni, aku x berkesempatan lagi nak berkayak kat Tasmania ni. kalau kat Malaysia, orang selalunya berkayak kat tasik, tapi kat sini kebanyakkan activity kayak banyak kat laut
ada la dua tiga orang yg duk bersantai kat tepi pantai ni. time ni memang aku rasa nak terjun sebab airnya yg sangat jernih dan bersih. walaupun tak de ombak, tp air kat sini rasanya masin. aku sempat la try air kat sini sebabnya aku curios nak tahu apa rasa air dia. ingat air payau, skali masin da...

laut yg tenang dan membiru. tengok air kat sini, teringat buat essay time sekolah dulu. mesti letak crystal clear kalau cerita pasal pantai sebab nak dapat markah bonus

p/s: semua gambar kat atas ni, aku ambik time summer dan gambar kat bawah ni adik aku ambik time winter

ni la lumut colour hitam yg ada kat coles bay dalam entry yg lepas

rumpai ni aku tak tahu apa nama dia. mungkin yg ambik marine science tahu apa nama tumbuhan ni

rumpai lagi. banyak ada rumpai ni kat honeymoon bay

close up sikit

ni plak rumpai yg colour hijau. siap ada siput lg. macam siput sedut pun ada kan?

adik aku suka tangkap gambar benda ni. aku main upload je. layan je la...

aku suka gambar siput ni. nampak unik je siput ni

ni rumpai yg macam kat Malaysia

gambar siput lagi

ni plak gambar pemandangan honeymoon bay pada waktu petang. adik aku cakap dia paling suka tengok honeymoon bay. mungkin sebab dia dapat tengok sunset skali

menghadap laut membiru

honeymoon bay yg disinari cahaya matahari pada waktu petang di musim sejuk


ni plak gambar sunset yg adik aku berjaya tangkap. dia memang bertuah la sebab dpat tengok sunset kat honeymoon bay. dah la honeymoon bay ni sangat cantik. rezeki dia dapat tengok sunset kat hemisfera selatan. jauh kot dia travel, dari hemisfera utara ke hemisfera selatan, merentasi 3 benua plak tu. tu la rezeki Allah nak bagi. walaupun time tu kitaorang dah nak kehabisan duit tp Allah still murahkan rezeki dia untuk sampai ke honeymoon bay. Kalau teringat time tu memang rasa insaf kejap. sebabnya kalau dah memang rezeki Allah nak bg untuk sampai ke satu tempat, memang x de kuasa yg dapat melawan kuasaNya. Akhir skali, layan je la gambar sunset yg adik aku tangkap.







Sekian...

Thursday, March 17, 2011

Feedback From The Interview

Salam...

Tadi aku punya interview pukul 1.30pm waktu Hobart. Aku rasa this interview was the relaxing interview yg aku pernah lalui. Interviewer yg aku jumpa tadi nama dia ialah Amanda. Patutnya ada 2 orang yg jadi interviewer td, tp disebabkan manager kat pharmacy tu cuti sakit so dia punya pegawai human resource je la yg interview aku. Amanda ni sangat mesra dan cara dia approach aku pun membuatkan aku tak rasa takut or berdebar sangat. Kalau sebelum ni kat Malaysia, interviewer suh je orang yg sebelum aku panggil aku untuk masuk, tp kat sini tadi, Amanda sendiri yg datang jemput aku naik ke bilik dia. Lepas tu, time kitaorang jalan nak masuk bilik dia (agak jauh jugak la jalan dari pharmacy ke office dia), dia cakap2 dan tanya khabar. So bila sampai bilik dia, aku dah rasa selesa dan confident untuk diinterview oleh Amanda. Masa mula2 x berdebar sangat, tp bila dah masuk pharmacy jantung aku pun mula berdegup laju dan tangan aku pun mula rasa sejuk. Dah la td suhu agak sejuk, dalam 15 degree. Mana tak berdebarnya, ni first time aku hadir interview untuk keja kot. Dah la, kena interview dengan orang putih. Kalau interview ngan orang Malaysia dalam english, aku x de la bimbang sangat sebabnya kita x de accent cam orang putih. Orang Australia ni accent dia pelik sikit. Masa mula2 aku datang dulu, aku sebut A dia tulis E. Lepas duk lama ckit kat sini, baru tahu cara dia sebut A cam mana. Lagi satu kalau sebut eight. Orang Oz ni pelik ckit kalau sebut no 8.

Td aku bangga jugak la sebab dia kata English aku good sebab dia boleh paham apa yg aku cakap dan aku pun paham apa yg dia cakap. Dia ada jugak cakap yg time dia datang Malaysia dulu, dia bengang sebab orang yg dia jumpa x paham bahasa inggeris. Aku x tanya plak which part of Malaysia yg dia pergi td. Interview td kejap je, lebih kurang setengah jam je. Alhamdulillah, aku rasa td aku buat boleh dikatakan baik jugak la. Harap2nya aku dapat la keja kat pharmacy tu, kalau x dapat pun aku dah ada pengalaman interview untuk keja. Walaupun bagi orang yg dah banyak kali hadiri interview, ni x de apa2 bg diaorng, tp bagi aku pengalaman pertama ini sangat manis untuk dikenang dan mungkin bermanfaat untuk aku dimasa hadapan. Kalau korang ada pengalaman nak dikongsi sila la singgah bahagian komen.

Sekian...

Interview!!!!

Salam...

Today I have first interview for work. This is the third interview in my life. First, was interview with JPA and the second was interview with Petronas. Alhamdulillah, for the first and second interview I got the offers from both of them. But I only can choose one, so I chose JPA scholarship. That was the past and that was during my secondary study.

Today is another story. If 5 years ago (x sangka dah 5 tahun masa berlalu), interviews with JPA and Petronas were important for me and my future so I was very tension to face that interviews. But today, I not really tension to have this interview because I already set in my mind that if I do not get the job, I can have the experience to be interviewed. Maybe because I still study and no need to have job yet. Hopefully I can get the job so that I can earn more money and learn more about medicine here. I know everything is in God's hand, so I need to pray as well.

Today is another important experience that happen in my life so I need to write in this blog.
p/s: tolong doakan ye kawan2 semua...

Sekian...

Monday, March 14, 2011

Salam...

Hari ni aku nak share ayat quran ni je :

” Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah(jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi.” (Al-A’raaf 98-99)

Memandangkan banyak sangat bencana alam yg berlaku sekarang ni, membuatkan aku rasa nak share peringatan dari Allah untuk kita semua.
Semua bencana yg berlaku tahun ni kat tempat yg aku plan nak pergi, iaitu Christchurch dan Jepun. Dah la nak gi Europe tahun ni x jadi. Kesimpulannya, tahun ni simpan je la duit. Jom menabung !!!!

Sekian...

Tuesday, March 8, 2011

Musim Luruh

Salam...

Dah lama x update blog ni sebabnya skarang memang busy. Ingat nak update time weekend, rupa-rupanya time weekend lagi busy dari weekdays. Last weekend aku ada tetamu from Melbourne and Launceston. Kalau korng nak tahu mana Launceston, sila GOOGLE ye. Kawan aku yg duk Launi tu diaorng baru je datang sini and buat bio medic. So this is firt time jumpa diaorng la. Budak2 ni mengigatkan aku tentang aku dan kawan2 masa first year dlu. Perangai diaorng sama cam kami dulu. Bila tengok diaorng aku rasa aku dah semakin matang selari dgn bertambahnya usia. Tak sangka umur dah mematangkan aku di sini. Kembali kita kepada topic autumn. Aku selalu tersasar dari tajuk la bila menaip ni.

Tahun ni musim luruh dimulai dengan suhu yg sejuk sampai Mt Wellington dilitupi salji. Ni gambar yg aku ambik kat paper...

Picture: CRAIG MATTHEWS

Musim luruh bermula pada 1 Mac setiap tahun kat Tasmania ni. Selalunya suhu kat Tasmania kalau musim luruh dalam belas2 darjah celcius jugak la. Tapi minggu lepas which is permulaan musim luruh suhunya di bawah 10 darjah celcius. Sejuk, sampai aku rasa x nak balik rumah sebab sejuk, nak aje duk library ni. Skarang ni suhu dah ok ckit la, dalam 23 darjah celcius. Dah nak start panas kot. Tapi cuaca kat Hobart ni x leh nak jangka. Boleh jadi 4 musim dalam 1 hari. Kejap panas, kejap sejuk, kejap hujan, kejap mendung. Nanti ada masa aku cerita pasal cuaca kat sini plak. Jumpa di lain rancangan plak...

Sekian