YESTERDAY IS TODAY'S MEMORY....TOMORROW IS TODAY'S DREAM

Sunday, November 27, 2011

Result

Salam...

Result dah pun keluar. Alhamdulillah aku boleh meneruskan tahun ke-4. Terima kasih untuk semua yg mendoakan aku.

Sekian, wasalam...

Thursday, November 17, 2011

Doa Senjata Mukmin

Salam...

Rasulullah pernah bersabda yang berbunyi, "sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat". Untuk menunaikan sunnah ini, aku ingin berkongsi satu hadis mengenai doa.

Rasulullah SAW bersabda, "Tidak seorang pun pendoa, melainkan dia berada di antara salah satu dari tiga kelompok ini; Kadangkala ia dipercepat sesuai dengan permintaannya, atau ditunda (pengabulannya) demi pahalanya, atau dia dihindarkan daripada keburukan yang menimpanya."
[ hadis riwayat Imam Ahmad dan Al-Hakim]

Pernahkah kita berdoa dan kita rasa Allah tak makbulkan doa kita? Sebenarnya bukan Allah tak makbulkan doa kita tapi Dia tangguhkan doa kita untuk tambahkan pahala bersabar kepada kita. Allah tak pernah lupa tentang doa yang kita minta pada Dia, kita yang lupa apa doa yang kita pernah minta pada Allah. Bersangka baiklah pada Allah jika kita tidak memperoleh apa yang kita minta. Allah ialah pencipta kita dan hanya Dialah yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Wallahua'lam.

Sekian, wasalam...

Tuesday, November 8, 2011

Tamatnya Final Exam 2011

Salam...

Akhirnya tamatlah sudah exam untuk tahun 2011. Tahun ni Raya Aidiladha memang tak terasa seperti raya langsung sebabnya aku kena membuat persediaan untuk exam oral therapeutic. Tapi solat sunat Aidiladha tetap ditunaikan. Aku terpaksa duk berbincang pasal ubat2 sambil duk cucuk sate untuk raya. Kalau kenang kembali memang sedih sebab tak boleh nak beraya dengan hati yang betul2 lapang dan gembira. Tapi itulah pengorbanan yg aku terpaksa lakukan sempena hari raya korban pada tahun ini. Semoga segala usaha yang aku lakukan diredhai Allah. Aku juga berdoa semoga result yang akan keluar pada 25/11/2011 semuanya akan cemerlang. Ameen

Sekian, wasalam...

Tuesday, November 1, 2011

Menghitung Hari Apabila November Bermula

Salam...

Walaupun sekarang masih tengah prepare untuk exam, aku mengambil kesempatan masa rehat dari study untuk mengupdate blog. Memandangkan hari ni dah masuk bulan November, aku percaya kebanyakkan student di Tasmania sedang membilang hari untuk balik ke Malaysia, sama ada balik untuk bercuti mahupun balik terus untuk berkhidmat kpd rakyat Malaysia.

Kepada sesiapa yang akan pulang terus ke Malaysia semestinya anda sedang membilang hari untuk meninggalkan terus bumi Tasmania ini. Mungkin juga anda sedang berfikir adakah anda akan menjejakkan kaki lagi ke bumi Tasmania setelah anda tamat belajar nanti. Kalau ada rezeki insyaAllah anda akan jejakkan kaki di Bumi Tasmania lagi.
Sesiapa yang akan pulang untuk bercuti ke Malaysia, semestinya perasaan tak sabar untuk balik memang menguasai diri sekarang lagi2 kepada adik2 first year. Aku pun pernah melalui perasaan itu so memang faham sangat la. Tahun ni disebabkan aku dah balik tengah bulan Ogos hari tu untuk sambut raya, so akhir tahun ni aku decide tak nak balik. Nanti orang nampak kaya sangat sebab asyik balik je *padahal mampu naik airasia je, tu pun guna duit rakyat*. Balik sekali setahun baru la student namanya.

Kepada yang belum habis exam lagi, berusahalah selagi kertas anda belum dipungut oleh pengawas peperiksaan. Sesungguhnya Allah hanya mengira usaha anda dan bukannya keputusan yg anda dapat. Bila dah habis exam baru boleh pulang ke Malaysia. Semoga kepulangan anda dirahmati oleh Allah. Niatlah balik untuk mengembirakan hati kedua ibu dan bapa anda kerana redha Allah terletak pada redha ataupun kegembiraan ibu dan bapa anda. Semoga perjalanan anda semua yg pulang ke Malaysia dirahmati dan berada dalam redha Illahi.

Tak kira lah apa jua penerbangan yang anda pilih,

Air Asia X
*now everyone can fly sebab tu aku boleh balik banyak kali dalam setahun*

Jet Star
*orang yg pilih ini orang yg rajin menunggu untuk transit kat Singapore. Untung jugak sebab boleh singgah jalan2 kat Singapore*

Malaysia Airlines
*yg naik ni orang yg balik for good or orang yang dapat tiket murah time offer, x pun memang orang kaya*

mahupun

Emirates
*ni suka buat offer dekat dengan time nak fly, bahaya betul. Siapa yg nasib baik beli tiket economy tapi naik business class, rezeki Allah*

semoga anda semua selamat sampai ke destinasi dan jangan lupa untuk datang balik.

Sekian, wasalam...