Salam...
Pic:sumber
Sedar tak sedar, hari ni dah hari terakhir bulan Mei. So maknanya, kita ada lagi 7 bulan nak habiskan tahun 2011. Kalau last year, tahun 2011 adalah tahun terakhir aku di bumi kangaroo. Tapi perancangan Allah adalah yg terbaik. Dia tambahkan lagi 1 tahun untuk aku tinggal dan memakmurkan bumi down under ni. InsyaAllah akhir tahun 2012 aku akan menamatkan pengajian aku kat sini. Namun tak ada sesiapa dapat menjamin apa yg dia akan lakukan esok mahupun akan datang. Hanya Allah yg tahu setiap perjalanan hidup hambaNya. Semoga umur aku masih panjang untuk aku memegang scroll graduation sebagai seorang pharmacist. Kepada kawan2 aku yg dah graduate x kira la peringkat apa, aku ucapkan tahniah kpd korang semua dan bersyukurlah dgn nikmat yg Allah bagi kat korang sebab x semua yg dapat nikmat tu, termasuklah aku.
Ramai jgk la kawan2 aku yg dah bekerjaya dan ada gaji sendiri skarang. Kalau x silap aku, dah ada 4 orng kawan aku yg dah berumah tangga. Nanti bulan 6 ni ada lagi sorang plak. Aku doakan semoga kalian berbahagia sehingga ke akhirat. Tiba2 rasa aku dah tua. =_= . Dah lama aku x jumpa ngan kawan2 yg satu sekolah dulu. Masa berlalu memang cepat sebab aku x sedar pun dah 6 tahun aku tinggalkan alam persekolahan. Kalau jumpa nanti, mesti aku rasa mereka dah berubah. Tak kisah la dari segi pemakaian, pemikiran mahupun perlakuan. Mana taknya, ada yg dah jadi mak orang pun. Pemikiran pun dah lain kalau nak compare ngan dulu2. Kalau kawan2 aku yg satu sekolah dulu nak tahu, aku x banyak berubah pun. Kalau jumpa pun, aku tetap macam dulu. Mungkin pemikirin je matang sikit kot, yg lain tetap sama. Ni diakui oleh kawan aku yg dah lama x jumpa. Nanti aku cerita pasal dia.
Jauh plak aku terpesong. Sebenarnya aku nak cakap pasal ajal. Memang kita tak tahu bila ajal kita, hanya Allah je yang tahu. Mungkin perkara yg kita lakukan sekarang adalah perkara yg kita buat untuk kali terakhir. Bilakah kali terakhir kita minta ampun dari Allah? Mungkin lps solat tadi, tu pun kalau berdoa minta ampun la. Pernah terfikirkah kita yg mungkin solat yg kita baru tunaikan adalah solat yg terakhir? Soalan ni sebenarnya ditujukan untuk aku. Aku tak pernah terfikir pun yg mungkin last solat yg aku tunaikan adalah solat yg terakhir dalam hidup aku, sebab tu la kadang2 aku x khusyuk sangat solat (macam semua je x khusyuk). Kadang2 sebab asyik busy ngan study, aku lupa untuk mengaji Quran. Padahal Quran la akan jadi teman dalam kubur nanti. Lepas tu, aku lupa nak ziarah kawan2 ku. Kawan yg duk 1 rumah pun (lebih tepat lagi bilik sebelah) aku x jumpa sebab asyik sibuk ngan study. Kalau korang x percaya, percayalah (gaya nyanyi siti nurhaliza) sebab aku tak tipu. Semoga lepas ni aku dapat seiringkan study dan ibadatku.
P/S: Sempena banyak masa lapang sebab study week ni (study week memang banyak masa lapang sebab aku cuba elak dari belajar walaupun kena belajar banyak), aku cuba untuk muhasabah diri aku dan berkongsi apa yg ada dalam hati aku ni dgn korang semua. Hayati lirik lagu ni. Kalau nak best lagi sila dengar kat sini.
Subuh Yang Terakhir (Rabbani)
Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir
Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila bejauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir
Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan
Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir
Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan
Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat
Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir
Sekian, wasalam...
No comments:
Post a Comment