YESTERDAY IS TODAY'S MEMORY....TOMORROW IS TODAY'S DREAM

Friday, June 3, 2011

Saya Nak Balik Rumah

Salam...

Bila exam dah nak dekat, mood nak balik semakin kuat. Ni la hypothesis yg aku bleh buat utk skarang. Winter ni after exam aku ada cuti lebih kurang 1 month. Sebab cuti lama sangat, tangan aku pun rasa gatal nak check harga tiket balik Malaysia. Lepas a few airlines aku buka, aku pun terjumpa la tiket yg paling murah which is Emirates. Harga dia lbh kurang Aud 700 return. Ni kira murah la untuk balik on the spot. Lepas tu, aku call mak aku. Ni la antara perbualan kami:

Aku: Mak, tiket nak balik Malaysia winter ni murah. Lebih kurang AUD 700 return.

Aku baru bg intro, trus dia cakap ni:

Mak: Tak payah balik la. Nanti pun nak balik raya jugak. Membazir duit je. Baik simpan duit buat beli kereta bila dah habis belajar nanti.

Aku dah agak dah. Mesti tu la jawapan dia. So kesimpulannya x leh balik winter ni, tp bleh balik raya nanti. Tak sabarnya nak raya kat Malaysia. Dah 3 tahun aku x beraya kat Malaysia. Tahun ni semua ahli keluarga aku akan balik. So kami bleh sambut raya sama2.

Disebabkan winter ni cuti sebulan, aku kena fikir apa aktiviti yg aku nak buat time winter nanti. Nanti ada tetamu from Malaysia yg akan datang sini winter ni. Tak sabar rasanya nak jumpa diaorng. Walaupun aku x kenal dgn diaorng, tp aku happy sangat nak tolong diaorng. Aku ada niat nak main ski tahun ni, tp x sure la time aku cuti ni ada salji ke x. Harap2 ada salji la so that aku bleh main ski. OK la nak sambung study balik.

Sekian, wasalam...

Tuesday, May 31, 2011

Modal Insan

Salam...

Hari ni ada plak mood nak update blog. Jom tengok vidoe ni dan kita sama2 ambik pengajaran. Semoga kita dapat mengembalikan kegemilangan Islam.



Lepas tengok ni tiba2 rasa nak kawin dan cepat ada anak. Nak kawin pun kena cari calon dulu. ^_^

Sekian, wasalam...

Hari Terakhir Bulan Mei

Salam...
Pic:sumber

Sedar tak sedar, hari ni dah hari terakhir bulan Mei. So maknanya, kita ada lagi 7 bulan nak habiskan tahun 2011. Kalau last year, tahun 2011 adalah tahun terakhir aku di bumi kangaroo. Tapi perancangan Allah adalah yg terbaik. Dia tambahkan lagi 1 tahun untuk aku tinggal dan memakmurkan bumi down under ni. InsyaAllah akhir tahun 2012 aku akan menamatkan pengajian aku kat sini. Namun tak ada sesiapa dapat menjamin apa yg dia akan lakukan esok mahupun akan datang. Hanya Allah yg tahu setiap perjalanan hidup hambaNya. Semoga umur aku masih panjang untuk aku memegang scroll graduation sebagai seorang pharmacist. Kepada kawan2 aku yg dah graduate x kira la peringkat apa, aku ucapkan tahniah kpd korang semua dan bersyukurlah dgn nikmat yg Allah bagi kat korang sebab x semua yg dapat nikmat tu, termasuklah aku.

Ramai jgk la kawan2 aku yg dah bekerjaya dan ada gaji sendiri skarang. Kalau x silap aku, dah ada 4 orng kawan aku yg dah berumah tangga. Nanti bulan 6 ni ada lagi sorang plak. Aku doakan semoga kalian berbahagia sehingga ke akhirat. Tiba2 rasa aku dah tua. =_= . Dah lama aku x jumpa ngan kawan2 yg satu sekolah dulu. Masa berlalu memang cepat sebab aku x sedar pun dah 6 tahun aku tinggalkan alam persekolahan. Kalau jumpa nanti, mesti aku rasa mereka dah berubah. Tak kisah la dari segi pemakaian, pemikiran mahupun perlakuan. Mana taknya, ada yg dah jadi mak orang pun. Pemikiran pun dah lain kalau nak compare ngan dulu2. Kalau kawan2 aku yg satu sekolah dulu nak tahu, aku x banyak berubah pun. Kalau jumpa pun, aku tetap macam dulu. Mungkin pemikirin je matang sikit kot, yg lain tetap sama. Ni diakui oleh kawan aku yg dah lama x jumpa. Nanti aku cerita pasal dia.

Jauh plak aku terpesong. Sebenarnya aku nak cakap pasal ajal. Memang kita tak tahu bila ajal kita, hanya Allah je yang tahu. Mungkin perkara yg kita lakukan sekarang adalah perkara yg kita buat untuk kali terakhir. Bilakah kali terakhir kita minta ampun dari Allah? Mungkin lps solat tadi, tu pun kalau berdoa minta ampun la. Pernah terfikirkah kita yg mungkin solat yg kita baru tunaikan adalah solat yg terakhir? Soalan ni sebenarnya ditujukan untuk aku. Aku tak pernah terfikir pun yg mungkin last solat yg aku tunaikan adalah solat yg terakhir dalam hidup aku, sebab tu la kadang2 aku x khusyuk sangat solat (macam semua je x khusyuk). Kadang2 sebab asyik busy ngan study, aku lupa untuk mengaji Quran. Padahal Quran la akan jadi teman dalam kubur nanti. Lepas tu, aku lupa nak ziarah kawan2 ku. Kawan yg duk 1 rumah pun (lebih tepat lagi bilik sebelah) aku x jumpa sebab asyik sibuk ngan study. Kalau korang x percaya, percayalah (gaya nyanyi siti nurhaliza) sebab aku tak tipu. Semoga lepas ni aku dapat seiringkan study dan ibadatku.

P/S: Sempena banyak masa lapang sebab study week ni (study week memang banyak masa lapang sebab aku cuba elak dari belajar walaupun kena belajar banyak), aku cuba untuk muhasabah diri aku dan berkongsi apa yg ada dalam hati aku ni dgn korang semua. Hayati lirik lagu ni. Kalau nak best lagi sila dengar kat sini.

Subuh Yang Terakhir (Rabbani)

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila bejauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Sekian, wasalam...

Saturday, May 21, 2011

Autumn dah nak sampai ke penghujung

Salam...

Setelah 1 minggu x bersiaran, aku try cari masa nak update blog. Akhirnya hari ni aku berjaya mengupdate blog aku. Tak ada banyak bendapun aku nak cerita, sebab tu la aku x update blog. Nak cerita pasal aku gi melbourne cam panjang sangat so x sempat plak nak tulis. Ada lagi 10 hari nak hbis bulan 5 ni so maknanya ada lg sepuluh hari musim luruh pada tahun ni. Bulan 6 dah start winter. Pokok2 pun dah banyak yg botak, tp ada lagi yg sedang menggugurkan daun2nya. Bila bulan 6 dah nak tiba maknanya, exam dah semakin dekat. Tahun ni exam aku start 8 Jun dan habis 9 Jun. Aku ada 1 paper dan 1 oral je sem ni. So ni memang kena target HD sebab 1 subject je pun yg aku kena blajar. Walaupun exam semakin dekat tp aku x start dgn bersungguh2 lagi. Asyik busy ke lain je adalah. Hari ni pun ada program kat masjid, lps tu ada potluck so dah 1 hari duk kat masjid maknanya x study la. Aku dah nak kena bersiap utk ke masjid ni. Jumpa lagi!!!

pokok yg taat. pokok menggugurkan daun bila tiba masanya, x de plak pokok melawan aturan tuhan. Semua musim tersusun cantik. Betapa hebatnya aturan Allah.

ni plak tanda2 awal nak masuk musim sejuk. Mt Wellington dah bersalji last week. Tak silap aku, gunung ni bersalji ada la dalam 3-4 hari. Aku pun dah lupa. Dulu excited jugak bila gunung ada salji tp skarang dah x de perasaan sangat dah sebab sejuknya sampai tak tertahan

Sekian, wasalam.

Wednesday, May 11, 2011

^___^

Salam...

Lama aku tak bersiaran di blog ni. Alasan aku kali ni bukan busy tp sebab aku x de kat Hobart lebih kurang 4 hari. 4 hari lepas, aku ziarah kawan2 aku kat melbourne sebab tu la senyap je. This time aku nak share berkaitan dengan bersyukur. Ni ada kaitan dengan post aku yg pasal result test aku yg lepas. Kalau dah lupa tengok sini. Aku teringat peristiwa ni lepas baca surah Ibrahim ayat 7 yg bermaksud:

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambahkan (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat." (14;7)

Kembali kpd cerita aku, 2 minggu lepas result test keluar, lecturer adakan 1 kelas untuk discuss jawapan kpd test tersebut. Semasa perbincangan tu, pensyarah aku cakap yg 1 soalan tu ada 2 jawapan. So sape yg jawab salah satu akan dapat markah la. Lepas tu dia cakap yg sape jawab yg jawapan satu lagi tu dia akan tambah markah. Alhamdulillah, maknanya markah aku bertambah lg 2 dan gred aku bertukar dari distinction(D) kpd high distinction(HD). Lepas kelas tu, aku ada tutorial subject yg sama pada sebelah petangnya. Before nak balik, Angus sempat lagi datang kat meja aku dan cakap yg markah aku bertambah.

So pengajaran yg aku ambil dari peristiwa ni ialah Allah tak pernah menyalahi janji cuma manusia yg tak mengerti. Bila kita bersyukur, Allah akan menambahkan nikmat kpd kita sama ada kita sedar ataupun tidak. Kadang2 nikmat boleh jadi perkara yg kita tak suka. Cuba kita renung kembali, kebanyakan perkara yg kita ingat ialah benda baik or benda buruk? Kalau aku, aku lg ingat benda yg buruk. Contohnya, bila kita buat something dengan salah mesti kita lagi ingat benda tu daripada kita ingat benda yg kita buat dengan betul. So you can change negative things become positive.

Peristiwa ni kira Allah bayar cash la kat aku. Nasib baik sempat bertaubat. Allah boleh buat apa saja cuma dia nak uji kita je. So jom kita sama2 bersyukur dengan apa yg kita dapat walaupun kita x suka benda tu.

Sekian, wasalam...

Wednesday, May 4, 2011

Good Morning From Launceston

Salam...

Semalam tanpa membuat perancangan, aku ikut junior aku yg dari Launceston balik rumah diaorng. Smalam diaorng kena ambik test kat Hobart sebab tu la diaorng dtng Hobart. Launceston ni nama glamournya ialah Launnie. Orang Oz ni suka sangat bg short form, aku pun x tahu la kenapa. Lepas tu sleng dia dah la lain dari sleng UK or US. Masa mula2 sampai memang kurang faham la apa yg diaorng cakp. Diaorng ni suka panjangkan vowel.

Sambung balik cerita aku. Launni ni lebih kurang 2 jam drive from Hobart. Tak la jauh sangat kan? Lebih kurang dari Kuala Terangganu ke Kota Bharu la. Kalau kat Malaysia confirm ayah aku tak bagi drive malam2 kalau semua perempuan. Ni aku bertiga je. Niat aku yg sebenarnya nak teman diaorng balik, sebab diaorng balik berdua je. Dah la malam2. Takut la jadi apa2 dalam perjalanan. Lagipun boleh la aku ziarah kawan2 aku yg kat Launni skali. Lagipun junior aku ni asyik duk ajak aku dtng umah diaorng je. So kali ni kira aku dah memenuhi undangan diaorng la. Ni aku letak pemandangan pagi ni kat Launni.

ni gambar dari beranda rumah diaorang. rumah yg nampak tu ialah rumah jiran diaorng

nampak x ada sungai? tu ialah sungai Tamar. Pagi2 dah ada orng duk berkayak. Bagus betul orng putih ni, pagi2 dah exercise
awan yg cantik dan langit yg biru

So aku plan nak balik ngan bus petang ni. Semoga Allah permudahkan urusan aku hari ni. Ameen. Fatin jugak ada suh aku doakan utk dia sebab ari ni dia ada assessment untuk over the counter product sebab doa orng musafir kan diterima Allah. So sape2 yg musafir kita sama2 berdoa yang semua kawan2 dan ahli keluarga kita semoga semuanya berjaya di dunia dan di akhirat. Ameen.

Sekian, wasalam...

Monday, May 2, 2011

Jalan-jalan Plak

Salam...

Pada 25/4/2011 yg lalu aku ikut trip yg dianjurkan oleh Melayu Tasmania. Kali ni trip ke Great Lake dan Tasmazia. Cerita detail pasal Tasmazia akan aku ceritakan nanti. Kali ni kira aku buat preview je la pasal Tasmazia.

ni ialah Great Lake

Great Lake lagi

cantikkan pokok2 pada musim luruh

salah satu garden yg ada dalam perjalanan
tempat yg kami nak pergi ialah Lake Barrington

cantikkan rumah ni? ni aku tangkap dalam perjalanan. Tak silap aku tempat ni ialah Sheffield

Entrance Tasmazia. Agak mahal la bayaran nak masuk tempat ni. Tapi kat dalam, tak de la best sangat pun. Tak best tak best pun, aku dah sampai 3 kali kat tempat ni. Tiap2 kali aku datang, lain2 pengalaman yg aku dapat.

ni la antara ahli rombongan cik kiah yg ikut trip ni

ni plak maze dan rumah kecik2 yg ada kat dalam Tasmazia ni

ni plak pak cik yg suka bercerita pasal bangunan kecik2 kat tempat ni. Semangat dia bercerita kat aku yg nanti dia nak bina rumah tradisional melayu kat dalam Tasmazia ni untuk wakili Malaysia. Aku pun bangga jadi warganegara Malaysia. Tak lama lagi ada la bendera Malaysia kat Tasmazia ni

ni plak duk bersantai sebelum bertolak balik. semua pun dah penat main maze. main maze ni memang mencabar kesabaran. so sape2 yg nak uji tahap sabar dia memang sesuai main maze ni

Hari pun dah semakin gelap. Moh la kita balik Hobart.

So dgn ini dah berakhirnya aktiviti yg aku lakukan time cuti Easter minggu lepas. Hari ni aku habiskan masa aku dengan tulis blog je. Sebab tu la hari ni ada 5 post skali gus. Memang catat sejarah bg aku hari ni.

Sekian, wasalam...