YESTERDAY IS TODAY'S MEMORY....TOMORROW IS TODAY'S DREAM

Tuesday, June 28, 2011

Warming up

Salam....

Dah lama aku tak menulis kat blog ni. Sebenarnya aku tak ada idea nak menulis. Sebelum nak tulis banyak entry lg, kita warming up dulu. Skarang adalah cuti semester so time cuti ni aku banyak buat aktiviti luar. Kali ni cuti aku agak lama, almost 1 month. Aku start cuti pada 9/6 sampai 10/7. Timetable utk next sem pun dah keluar. Aku tak berapa suka dgn timetable next sem sebab hari2 aku ada kelas dan hari2 kelas start kul 9am. Takes thing positive. Bagus la hari2 gi uni so boleh bangun awal dan study kat uni lepas kelas. Tak payah dah nak gi melencong ke tempat lain.

Sebenarnya last sem, Allah dah makbulkan banyak permintaan aku. Yang pertama, aku nak merasa banyak hari cuti dari hari ada kelas. Allah dah makbulkan dgn bagi aku ada kelas 3 hari seminggu je dan 4 hari cuti. Best kan?

Yang kedua plak, aku nak merasa habis exam awal. So Allah bagi peluang kat aku utk rasa perasaan tu. Akulah orng pertama yg habis exam among the Malaysians kat sini. Best jgk la rasa perasaan ni sbb time orng lain duk struggle utk exam aku dah berbahagia sbb dah hbs exam.

Yang ketiga plak, aku nak merasa perasaan dapat HD dalam test or exam. Dah 4 tahun aku masuk university, tp x pernah pun dapat markah more than 80 dalam test or exam. Nak la jugak merasa. Akhirnya Allah pun dah bg aku rasa perasaan tu sem lepas. Kalau dulu Maths aku x pernah dapt B dari aku sekolah rendah sampai la sekolah menengah. Tapi skarang dapt HD tu cam bermimpi aje. Masa sekolah dulu aku punya aim nak A je. PASS tu insyaAllah dpat. Tapi sekarang, PASS tu la terget aku. Nak A cam susah je nak dapat walaupun tak mustahil.
Last year aku ada perasaan nak rasa ada ckit paper je time exam sbb last year aku ada 7 paper dalam 13 hari. Time tu sangat la huru hara hidup aku. Tidur memang x ada jadual. Time rasa ngantuk sangat baru je tidur. Kadang2 tidur bermimpi apa yang aku baca. Sampai macam tu skali hidup aku last year. Dah la lepas baca aku x ingat pun ubat apa nak guna. Dose lagi la, tak yah cakap la. Tapi tahun ni Allah dah makbulkan permintaan aku yang ke keempat iaitu nak ada sikit paper. Kali ni aku ada 2 paper je. Aku study pun rilex2 aje. Most drug yg aku blajar aku bleh ingat siap ngan dose skali. Rupanya nak blajar pharmacy ni kena ada hati yg tenang supaya senang nak hafal ubat-ubatan.

Permintaan aku yg kelima plak nak rasa rilex dan tak tension bila sem baru bermula. Alhamdulillah, Allah pun dah makbulkan pada sem ini. This sem memang rilex habis ar sebab aku ambik 1 subject je. Last year banyak kali aku rasa nak give up. Banyak kali jugak aku nangis sorang2 dan skali aku nangis time call mak aku sebab aku tak tahan sangat dengan pressure. Semua orang nampak aku cool je sebab kat depan kawan2 aku nampak cam tak ada perasaan je. Padahal aku memang stress giler. Walaupun last year, tak banyak exam cam time aku 2nd year. Tapi pressure last year lagi dasyat. Bagi aku nak exam tu x la tension sangat cumanya yg nak kena study lebih dari budak medic tu yg aku jadi tension. Ni sebenarnya tension sebab dengki ni. Jahat kan aku ni? Budak pharmacy bukan stakat blajar je, kena jumpa patients jugak dan masuk lab pun kena jugak. Bukan stakat lab pharmacy, lab chemistry pun aku kena masuk jgk. Blajar sama cam budak engineering pun ada. So aku punya exam ada yg bertulis, ada yg practical dan ada yg oral. Memang tension giler arrr. Bila tengok budak2 third year study tahun ni membuatkan aku pun kagum dgn diri sendiri sebabnya aku masih survive walaupun hidup sangat tension last year. Alhamdulillah.

Sesungguhnya Allah tu mahal adil dan Dia tak pernah menzalimi hambaNya cuma kita je yg menzalimi diri sendiri. Untuk dapatkan sesuatu yg berharga memang mahal harga yg kita perlu bayar. Dan kita jugak perlu untuk terus berusaha walaupun banyak kali menemui kagagalan. Bak kata pepatah Jepun, jatuh kali ketujuh bangun untuk kali kelapan. Hidup perlu diteruskan sampai kepenghujungnya walaupun banyak halangan ditengah2nya. Kepada sesiapa yang tengah berputus asa, aku nasihatkan supaya cepat bangun sebabnya apa yg kita dapat itulah yg terbaik untuk kita walaupun kita tidak menyukainya. Kalau kita rasa kita susah, ingatlah ada lagi yg lagi susah dari kita. Wake up guys!!!!

Sekian, wasalam...

Sekian,

Tuesday, June 7, 2011

Exam

Salam...

Esok aku ada oral therapeutic exam pukul 11.30am waktu Tasmania. Tolong doakan aku dan kawan2 aku di sini ye semua. Semoga aku tenang dan berjaya jawab soalan yg ditanya. Ameen.

Sekian, wasalam...

Saturday, June 4, 2011

Winter Kembali

Salam...

Memandangkan skarang ialah bulan 6 ataupun June, jadi Australia tengah mengalami musim sejuk. Dah nama musim sejuk, mesti la sejukkan. sekarang suhu dalam rumah sekitar 10 degree ataupun lebih rendah lagi. Suhu yg rendah ni memang sesuai untuk tido. hehehe.... so skarang ni aku terpaksa ke library untuk mengelakkan rasa untuk tido. Dalam perjalanan tadi aku ternampak pelangi yg sangat cantik. Semangat aku patah balik untuk ambik camera dan tangkap gambar pelangi. Tapi sayangnya bila aku nak tangkap gambar pelangi, warna dia dah pudar dan x secantik yg aku mula2 lihat. Sebenarnya pagi tadi, aku ada usrah dan ada sorang tu dia cakap pasal pelangi sebab tu la bila nampak pelangi yg cantik ni aku nak share dlam blog ni.

ni la gambar pelangi yg aku nampak td. masa mula2 aku nampak warna dia lagi terang. sebenarnya dah banyak kali aku nampak pelangi yg macam ni tp hari ni pelangi tu lagi cantik sebab langit hari ni warna biru. slalunya lepas hujan akan ada banyak awan, tapi hari ni kurang awan, so sebab tu la pelangi nampak lagi cantik. ni la pemandangan kawasan rumah aku. area ni namanya Sandy Bay. lengang je jalan hari sabtu. Tp kalau weekdays, jalan ni busy, lagi busy dari jalan kat Hobart. suasana selepas hujan. ni kalau cakap berasap2 macam naga. hehehe

sempena winter ni, pokok semestinya jadi botak. hehehe. Hari yg sangat cantik walaupun hujan. Time aku duk menaip ni, skarang matahari dah muncul. Cuaca kat Tz sangat la 4 musim dalam 1 hari. memang kena prepare semua jenis baju kalau nak kuar rumah. skarang peralihan musim, dari musim luruh nak masuk musim sejuk so suhu naik turun je. hujan pun selalu jugak menghadirkan diri time2 ni. rindu nak main hujan kat Malaysia, sebab main hujan kat Malaysia x sejuk. anything I do will remind me about Malaysia. Huhuhu...

Dah kena sambung study. Jumpa lagi.

Sekian, wasalam...

Friday, June 3, 2011

Saya Nak Balik Rumah

Salam...

Bila exam dah nak dekat, mood nak balik semakin kuat. Ni la hypothesis yg aku bleh buat utk skarang. Winter ni after exam aku ada cuti lebih kurang 1 month. Sebab cuti lama sangat, tangan aku pun rasa gatal nak check harga tiket balik Malaysia. Lepas a few airlines aku buka, aku pun terjumpa la tiket yg paling murah which is Emirates. Harga dia lbh kurang Aud 700 return. Ni kira murah la untuk balik on the spot. Lepas tu, aku call mak aku. Ni la antara perbualan kami:

Aku: Mak, tiket nak balik Malaysia winter ni murah. Lebih kurang AUD 700 return.

Aku baru bg intro, trus dia cakap ni:

Mak: Tak payah balik la. Nanti pun nak balik raya jugak. Membazir duit je. Baik simpan duit buat beli kereta bila dah habis belajar nanti.

Aku dah agak dah. Mesti tu la jawapan dia. So kesimpulannya x leh balik winter ni, tp bleh balik raya nanti. Tak sabarnya nak raya kat Malaysia. Dah 3 tahun aku x beraya kat Malaysia. Tahun ni semua ahli keluarga aku akan balik. So kami bleh sambut raya sama2.

Disebabkan winter ni cuti sebulan, aku kena fikir apa aktiviti yg aku nak buat time winter nanti. Nanti ada tetamu from Malaysia yg akan datang sini winter ni. Tak sabar rasanya nak jumpa diaorng. Walaupun aku x kenal dgn diaorng, tp aku happy sangat nak tolong diaorng. Aku ada niat nak main ski tahun ni, tp x sure la time aku cuti ni ada salji ke x. Harap2 ada salji la so that aku bleh main ski. OK la nak sambung study balik.

Sekian, wasalam...

Tuesday, May 31, 2011

Modal Insan

Salam...

Hari ni ada plak mood nak update blog. Jom tengok vidoe ni dan kita sama2 ambik pengajaran. Semoga kita dapat mengembalikan kegemilangan Islam.



Lepas tengok ni tiba2 rasa nak kawin dan cepat ada anak. Nak kawin pun kena cari calon dulu. ^_^

Sekian, wasalam...

Hari Terakhir Bulan Mei

Salam...
Pic:sumber

Sedar tak sedar, hari ni dah hari terakhir bulan Mei. So maknanya, kita ada lagi 7 bulan nak habiskan tahun 2011. Kalau last year, tahun 2011 adalah tahun terakhir aku di bumi kangaroo. Tapi perancangan Allah adalah yg terbaik. Dia tambahkan lagi 1 tahun untuk aku tinggal dan memakmurkan bumi down under ni. InsyaAllah akhir tahun 2012 aku akan menamatkan pengajian aku kat sini. Namun tak ada sesiapa dapat menjamin apa yg dia akan lakukan esok mahupun akan datang. Hanya Allah yg tahu setiap perjalanan hidup hambaNya. Semoga umur aku masih panjang untuk aku memegang scroll graduation sebagai seorang pharmacist. Kepada kawan2 aku yg dah graduate x kira la peringkat apa, aku ucapkan tahniah kpd korang semua dan bersyukurlah dgn nikmat yg Allah bagi kat korang sebab x semua yg dapat nikmat tu, termasuklah aku.

Ramai jgk la kawan2 aku yg dah bekerjaya dan ada gaji sendiri skarang. Kalau x silap aku, dah ada 4 orng kawan aku yg dah berumah tangga. Nanti bulan 6 ni ada lagi sorang plak. Aku doakan semoga kalian berbahagia sehingga ke akhirat. Tiba2 rasa aku dah tua. =_= . Dah lama aku x jumpa ngan kawan2 yg satu sekolah dulu. Masa berlalu memang cepat sebab aku x sedar pun dah 6 tahun aku tinggalkan alam persekolahan. Kalau jumpa nanti, mesti aku rasa mereka dah berubah. Tak kisah la dari segi pemakaian, pemikiran mahupun perlakuan. Mana taknya, ada yg dah jadi mak orang pun. Pemikiran pun dah lain kalau nak compare ngan dulu2. Kalau kawan2 aku yg satu sekolah dulu nak tahu, aku x banyak berubah pun. Kalau jumpa pun, aku tetap macam dulu. Mungkin pemikirin je matang sikit kot, yg lain tetap sama. Ni diakui oleh kawan aku yg dah lama x jumpa. Nanti aku cerita pasal dia.

Jauh plak aku terpesong. Sebenarnya aku nak cakap pasal ajal. Memang kita tak tahu bila ajal kita, hanya Allah je yang tahu. Mungkin perkara yg kita lakukan sekarang adalah perkara yg kita buat untuk kali terakhir. Bilakah kali terakhir kita minta ampun dari Allah? Mungkin lps solat tadi, tu pun kalau berdoa minta ampun la. Pernah terfikirkah kita yg mungkin solat yg kita baru tunaikan adalah solat yg terakhir? Soalan ni sebenarnya ditujukan untuk aku. Aku tak pernah terfikir pun yg mungkin last solat yg aku tunaikan adalah solat yg terakhir dalam hidup aku, sebab tu la kadang2 aku x khusyuk sangat solat (macam semua je x khusyuk). Kadang2 sebab asyik busy ngan study, aku lupa untuk mengaji Quran. Padahal Quran la akan jadi teman dalam kubur nanti. Lepas tu, aku lupa nak ziarah kawan2 ku. Kawan yg duk 1 rumah pun (lebih tepat lagi bilik sebelah) aku x jumpa sebab asyik sibuk ngan study. Kalau korang x percaya, percayalah (gaya nyanyi siti nurhaliza) sebab aku tak tipu. Semoga lepas ni aku dapat seiringkan study dan ibadatku.

P/S: Sempena banyak masa lapang sebab study week ni (study week memang banyak masa lapang sebab aku cuba elak dari belajar walaupun kena belajar banyak), aku cuba untuk muhasabah diri aku dan berkongsi apa yg ada dalam hati aku ni dgn korang semua. Hayati lirik lagu ni. Kalau nak best lagi sila dengar kat sini.

Subuh Yang Terakhir (Rabbani)

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila bejauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Sekian, wasalam...

Saturday, May 21, 2011

Autumn dah nak sampai ke penghujung

Salam...

Setelah 1 minggu x bersiaran, aku try cari masa nak update blog. Akhirnya hari ni aku berjaya mengupdate blog aku. Tak ada banyak bendapun aku nak cerita, sebab tu la aku x update blog. Nak cerita pasal aku gi melbourne cam panjang sangat so x sempat plak nak tulis. Ada lagi 10 hari nak hbis bulan 5 ni so maknanya ada lg sepuluh hari musim luruh pada tahun ni. Bulan 6 dah start winter. Pokok2 pun dah banyak yg botak, tp ada lagi yg sedang menggugurkan daun2nya. Bila bulan 6 dah nak tiba maknanya, exam dah semakin dekat. Tahun ni exam aku start 8 Jun dan habis 9 Jun. Aku ada 1 paper dan 1 oral je sem ni. So ni memang kena target HD sebab 1 subject je pun yg aku kena blajar. Walaupun exam semakin dekat tp aku x start dgn bersungguh2 lagi. Asyik busy ke lain je adalah. Hari ni pun ada program kat masjid, lps tu ada potluck so dah 1 hari duk kat masjid maknanya x study la. Aku dah nak kena bersiap utk ke masjid ni. Jumpa lagi!!!

pokok yg taat. pokok menggugurkan daun bila tiba masanya, x de plak pokok melawan aturan tuhan. Semua musim tersusun cantik. Betapa hebatnya aturan Allah.

ni plak tanda2 awal nak masuk musim sejuk. Mt Wellington dah bersalji last week. Tak silap aku, gunung ni bersalji ada la dalam 3-4 hari. Aku pun dah lupa. Dulu excited jugak bila gunung ada salji tp skarang dah x de perasaan sangat dah sebab sejuknya sampai tak tertahan

Sekian, wasalam.