YESTERDAY IS TODAY'S MEMORY....TOMORROW IS TODAY'S DREAM

Tuesday, July 5, 2011

Mt Buller Victoria

Salam...

Memandangkan sekarang ialah musim sejuk, mari kita imbau kenangan musim sejuk aku setelah 4 kali aku berkesempatan mengharungi musim sejuk. Kali ni aku nak cerita pengalaman musim sejuk tahun 2008, iaitu tahun pertama aku menghadapi musim sejuk di bumi Australia.

Bagi rakyat Malaysia yg tak pernah jumpa salji macam aku sudah pasti akan excited nak main salji apabila musim sejuk tiba. Masa aku kat Malaysia dulu salah satu sebab aku nak belajar oversea adalah sebab nak main salji. So bila musim sejuk tiba, aku dan kawan2 aku manfaatkan cuti sem kitaorng untuk ke gunung2 yg bersalji. Pada cuti winter 2008, kami semua bercadang nak ke Melbourne sebab banyak aktiviti yg diadakan pada musim sejuk di Melbourne. Salah satu destinasi cuti kami ialah Mt Buller. Mt Buller ni lebih kurang 4 jam dari Melbourne. Tempat di salah satu tempat yg famous untuk bermain ski or salji. Time tu kalau x silap aku ada 2 buah bas yg membawa kami ke sana. Kami bertolak dalam kul 7 pagi dan sampai lebih kurang kul 11 pagi. Sebelum naik ke puncak, kami berhenti kat satu kedai untuk menyewa peralatan untuk bermain salji di puncak gunung Buller. Pak cik driver tu cakap yg kat kedai tu lagi murah sewanya dari kedai kat puncak gunung. Antara pelajar yg menyertai ekspidisi ini adalah pelajar dari seluruh state di Australia yg datang untuk menyertai aktivi yg dijalankan di Melbourne. Kebanyakkan pelajar time tu ialah pelajar tahun pertama, termasuklah aku. Semua memang excited nak main salji. Nak buat cam mana tu la yg menjadi idaman ketika apply permohonan untuk belajar di luar negara.

ni la bas yg membawa aku ke puncak Mount Buller. Yg pakai baju putih tu kawan baik aku yg sama2 belajar kat INTEC. Nama dia Radin Nurulnadiah. Nama dia lebih kurang cam nama akukan?

Bila dah nak sampai ke puncak, aku memang excited tengok salji memutih je sepanjang perjalanan. Nak buat cam mana, kampung aku tak ade salji macam ni. Rasa tak sabar nak keluar bermain salji. Skali bila keluar bas, rasa nak masuk balik je dalam bas. Tapi disebabkan perasaan yg terlalu gembira jumpa salji aku lawan la rasa sejuk tu. Yg penting kita bergambar dulu.

nampak tak semua excited nak main snow. ada yg main ski, ada yg main toboggan dan ada yg buat snowman.

Dah bergambar kita bersurai dulu. Sebelum start buat aktiviti masing2 kita tunaikan kewajipan pada Yang Maha Esa dulu. Time ni Allah je tahu cabaran nak ambik wuduk. Tapi kami tak punya pilihan sebab air panas tak ada. Terpaksa la guna ais untuk ambik wuduk. Kami solat pun atas ais. Bila duduk, x sabar nak bangun dan habiskan solat. Nasib baik seluar kalis air, so boleh kurangkan sejuk sikit. Gambar sembahyang x ambik sebab malas nak keluarkan kamera. Dah la tangan pakai glove yg tebal so susah nak ambik gambar.

Bila dah selesai solat, masing2 pun buat aktiviti masing2. Aku tak pilih untuk bermain ski sebab mahal sangat nak sewa peralatannya. Lagipun masa yg ada untuk bermain ski adalah pendek. Nak pandai pun x sempat. Aku rasa cam tak berbaloi. So aku pilih untuk main toboggan dan buat snowman je. Time tu aku pikir, kalau ada rezeki nak main ski, aku nak main kat Tasmania je supaya ada banyak masa nak main ski. Ni kat Mt Buller ni, dah ambik masa 4 jam perjalanan dari Melbourne. Kul 5 tempat ni dah tutup. Mana la nak puas main ski, dah la bayar mahal.

Rosda, Kak Fatin dan Dila memilih untuk bermain ski. Diaorang cakap susah main ski ni. Ada yg langgar orang, ada yg jatuh tergolek dan ada yg masuk celah pokok. Memang susah pun main ski ni sebab tu aku tak pilih untuk main ski pada ketika itu. Dah la main kat gunung, lepas tu licin plak tu. So kalau dah berdiri memang x leh nak brek, dia akan terus gelongsor. Sape yang pandai main je la yang bleh duk statik. Rosda kat atas ni pun sebab duk kat area flat. Kalau duk area orng main ski, memang x leh nak duk berdiri tegak pun. Lepas main, diaorang cakap sakit2 seluruh badan. Mana taknya, nak break diaorng jatuhkan badan sebab tak pandai nak break cam orng main ski. Tak masuk lagi bab yang langar orang sebab tak sempat nak break. Lagi kelakar, ada yang masuk celah pokok. Yang ni memang paling kelakar, sampai sekarang pun kitaorang masih duk gelak2 kalau teringat yg ni. Walaupun aku tak menyaksikan kejadian tersebut, tapi dengar cerita pun dah kelakar. Kalau aku tengok sendiri maunya aku gelak je sepanjang perjalanan balik ke Melbourne.

Ada yg main snow boarding. Yang ni lagi mencabar dari main ski. Tak de pun antara kitaorang yg main benda ni. Susah kot nak imbang badan. Ni bagi kat mat saleh je la.

ni plak area main toboggan. area ni sesuai untuk kanak-kanak sebab x curam sangat. Ramai mat saleh duk teman anak-anak main.

ni plak area main toboggan untuk orang dewasa. ada juga kanak2 yg main kat area ni. ni lagi curam dari area kat gambar atas.

baring2 atas salji. x de kat Malaysia ni.

kami 3 orang plak ready untuk buat snow man lepas dah penat main toboggan. main benda ni best cumanya penat nak daki bukit. aku ingat, aku main x sampai 10 kali pun. lepas tu ajak Kak Yuni dan Diza buat snowman.

snowman in the making. mula2 kita buat badan dahulu. badan senang je nak buat. timbunkan ais hingga menjadi timbunan.

lepas tu kita bulatkan ais untuk buat kepala dia. kepala snowman ni berat ye. mula2 ingat ringan je, skali bila angkat maunya 3 kilo jgk.

bila snowman dah jadi, kita hiaskannya. kita hiaskan mulut, hidung dan mata. snowman ni mata duitan. ni baru betul mata duitan sebab matanya diperbuat dari syiling AUD2. hehehehe....

kita pakaikan baju plak sebab snowman ni pun sejuk jugak. hehehe....

akhirnya snowman pun siap. ni la snowman pertama yg aku buat dalam hidup aku. salah satu impian aku dah berjaya aku tunaikan. time kecik2 punya la berangan nak belajar luar negeri, nanti bleh main salji dan buat snowman. akhirnya Allah dah bagi kesempatan itu. Alhamdulillah.

gambar kenangan dgn snowman. sebenarnya time ni sangat sejuk. nampak x muka aku kesejukkan.

ni plak satu lagi team yg duk buat snowman. diaorng dapat carrot sebab ada orang tinggalkan lepas buat snowman.

muka kepuasan dan kesejukkan lps main salji

gambar kenangan 2008. dari kiri: Dila, Diza, aku dan Kak Yuni.

Cepat sungguh masa berlalu. Rupa2nya kali ni adalah winter ke-4 aku di bumi downunder ni. Dah banyak perubahan yg berlaku. Untuk pengetahuan korang semua, allahyarhamah Dila dah pun meninggal dunia pada akhir tahun 2008 ketika balik bercuti di Malaysia disebabkan kemalangan jalan raya. Al-Fatihah untuk beliau. Kak Yuni pun dah habis belajar tahun lepas. Tahun ni dia dah bekerja di Hospital Selayang. Skarang kak Yuni dah dipanggil sbg Dr. Ayuni. Tinggal la aku dan Diza yg masih duk berhempas pulas untuk mendapatkan segulung ijazah. Semoga aku berkesempatan untuk menggengam ijazah tu.

Sekian, wasalam...

4 comments:

  1. Assalamulaikum,

    Saja akak nak mencelah, alang2 dah sampai di blog adik. Selamat maju jaya ya...

    Anyway, sanggup ambik wudhuk pakai salji. Akak kalau ke Buller masuk dlm coffee/rest house kat Bourke Street tu dan guna bilik air dan solat jer kat dlm tu. Warm and a bit toasty :-D But beats freezing outside.

    Semoga bertemu di lain ruang...

    Kak Fadzlina

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..
    menarik bace blog nie =) skrg stdy lg kt tasmania ke?
    actually saya tgh cari student malaysia yg stdy kt tasmania lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam

      ainroslan: a'ah saya masih belajar kat tasmania lg. nak sambung study sini ke?

      Delete
  3. salam, berapa harga pakej ke mt buller?
    dari pengangkutan sehinggalah peralatan yang disewa. tq

    ReplyDelete