YESTERDAY IS TODAY'S MEMORY....TOMORROW IS TODAY'S DREAM

Wednesday, July 6, 2011

Mt Wellington

Salam...

Sebenarnya skarang aku tengah tunggu result exam aku, tapi tak keluar2 lagi. So aku ambik keputusan nak update blog. Kalau semalam aku ceritakan pengalaman main salji kat Mt Buller di Victoria. Kali ni aku nak ceritakan pengalaman main snow di Mt Wellington kat Hobart.

Ada a few perbezaan antara salji kat Mt Buller dengan salji kat Mt Wellington. Yang pertamanya, salji kat Mt Wellington lagi halus sebabnya salji kat Mt Wellington adalah yg semulajadi tapi kat Mt Buller adalah salji buatan. Mt Buller plak jauh di pedalaman tapi Mt Wellington plak terletak di kawasan pinggir bandar. Sebab tu la bandar Hobart ni berbukit2. Disebabkan salji kat Mt Wellington lembut dan halus, so susah sikit nak buat snowman. Memang susah nak bentuk gumpalan. Kalau nak buat jugak memang kena buat dengan sabar, so aku memang tak layak nak buat snowman kat sini. Sebab tu la aku buat snowman kat Mt Buller tp bg nama nak snowman tu TAZ. TAZ tu bermakna Tassie la. Kat Mt Wellington tak ada aktiviti sukan musim sejuk so salji buatan tak diperlukan. Salji buatan dia rasa keras dan kasar. Macam ABC la lebih kurang. Kalau main baling2 sakit la. Sebab tu la kitaorang main baling2 kat Mt Wellington, tak main kat Mt Buller. Tiba2 aku rasa sejuk sebab duk terbayang main salji. Fuh....

ni pemandangan Mt Wellington ketika bersalji. Gambar ni diambil ketika aku berjalan kaki nak ke uni.


Semua gambar yang kat bawah ni diambil pada tahun 2008 iaitu ketika aku ditahun pertama. Tahun pertama memang excited nak main salji, tapi bila dah jumpa salji rasa syukur sangat sebab salji kat Tasmania turun kat atas bukit je. Kalau tak memang lelah la nak membayar bil electricnya. Dah la becak. Nanti habis kasut basah. Nak kena ada baju dan seluar yg waterproof lagi. Alhamdulillah jgk, Malaysia tak ada salji. hehehehe.... Tahun pertama semua rasa best. Dah masuk tahun kedua, salji dah tak heran dah. Lepas tu semua rasa kat sini dah jadi tak best. Nak buat cam mana, asyik duk teringat Malaysia je. First time datang Australia, x nangis pun sebab excited nak belajar oversea. Lepas tu, tiap2 kali nak balik Australia mesti nangis. Baru sedar yang Malaysia adalah yang terbaik. Sebabnya Malaysia ada keluarga yg tak bleh nak ditukar ganti. So jangan lupa diri.... Kita layan je la gambar2 bermain salji ni...
dalam perjalanan ke puncak gunung. letak dalam air sirap sedap ni

air sungai pun dah beku. menarik sangat

air yg sedang membeku

air x dapat mengalir sebab dah beku

bila dah sampai, semua excited nak main salji. pengembaraan bermula

ambik gambar ramai2 dulu

Dr Ayuni. Tiba2 rasa rindu kat Kak Yuni. She is very nice person. Everyone gonna miss you.

muka2 excited main salji. sebenarnya yang tunduk tu tengah kumpul salji nak di baling.

tengok Izzah dah ready nak baling salji

rasa best la plak main baling2 salji. Seingat aku, time first and second year je aku naik Mt Wellington nak main salji, lepas tu dah x naik kalau ada salji sebab malas nak gi rasa sejuk yg melampau kat atas tu. Time first year memang rasa seronok la, tp lepas tu rasa sangat penat dan lapar. Rasa cam baru lepas mandi laut.

ni bleh main baling2 sebab saljinya lembut. kalau tak maunya lebab kena baling

ni konon2 gambar cover album la ni. semua poyo je

bila dah penat bermain salji. Rasa nak tido atas tu pun ada.

sedang berbincang...

Sebenarnya time ni kitaorang adakan pertandingan nasyid. Orang Melbourne lawan orang Tassie. Best la nak buat apa2 pun kat atas ni sebab time tu tak ramai orang. Lepas habis nasyid tu kitaorang makan2 sambil lepak2. Alhamdulillah time kami naik tu, angin x kuat sangat dan cuaca cerah. Walaupun ada matahari, suhunya tetap negative. Kalau angin kuat memang tak boleh nak main sangat sebabnya boleh terbang di bawa angin kalau sape yang ringan la. Tapi bila dah nak dekat balik tu, awan mendung dan angin kuat, so kami semua pun balik la cepat2 sebab dah penat. Aku coretkan tentang ini supaya nanti aku boleh imbau kembali apa yang aku dah buat kat bumi Tasmania ni. Harap2 dapat result ok hari ni, InsyaAllah.

Sekian, wasalam...

4 comments:

  1. Wahh kewl lah main salji pakai baju kurung... ;P Anyway salam kenal dr saya :)

    ReplyDelete
  2. Salam fatin :) :)
    surprisenya rasa bila kte terjumpa blog fatin when i googled something. i dont even know that u've been writing for quite some time hehe. blum ada masa nak bc entries fatin, will visit your blog again soon. take care bestie.. moga iman kita terus basah sepanjang Ramadhan ni, ameen.

    Radin

    ReplyDelete
  3. salam kenal..singgah sini dan follow..

    besnye main salji

    ReplyDelete
  4. Best Baccarat Sites - Expert Guide - FBCasino
    A popular casino games include, Poker, Blackjack, Baccarat, Keno, Craps, Roulette, Blackjack, Baccarat and, 바카라 사이트 depending on 샌즈카지노 the rules of kadangpintar

    ReplyDelete