YESTERDAY IS TODAY'S MEMORY....TOMORROW IS TODAY'S DREAM

Tuesday, July 5, 2011

Skating

Salam...

Skating merupakan salah satu aktiviti yang menarik di sini. Slalunya bila ada cuti yg panjang, akan ada kawan2 aku yg ajak gi skating. Yang bestnya skating kat sini, ice rinknya x cair. Aku pernah main skali kat Sunway Piramid. Memang basah dan becak. Kalau main pagi2 ok lagi sebab orang x ramai sangat dan ice pun x cair sangat. Tapi bila dah ramai orang memang x best sangat la main. Dah la aku ni amatur je. Kat sini x ramai sangat yg main ice skating so jadi best la sebab aku dan kawan2 aku dpt conquer ice rink tu. So macam2 gaya kitaorang bleh buat. Yang tak bestnya kat sini, harga nak main skating ni mahal. Harga dia AUD 14 untuk 2 jam. Kalau kat Malaysia lagi murah. So fair la, ada kebaikan dan ada keburukan. Walaubagaimanapun aku lagi suka main kat Hobart ni dari main kat Sunway Piramid.

Tak banyak pun aku nak cerita pasal skating ni. Sebab kami skating je la kat sini, nak buat apa lagi. So layan gambar je la....

persiakan skate dlu. aku punya saiz 4. korang semua pun nampak kan?

x cairkan ice dia. sebab tu la best sebab x basah

bergaya walaupun masing2 dah x stabil

yg baju putih tu kak Alia. dia dah habis blajr dan skarang dia bekerja sbg pensyarah di politeknik muadzam (salah eja minta maaf ye orang2 muadzam).

time kami main, ada la sorang mak cik orang putih ni. walaupun dah tua, tapi mak cik ni masih hebat buat pusing2 bagai. yg bestnya ngan orang kat sini, mereka sangat la friendly. siap ajar cara nak skating lagi. tapi lupa dah apa nama dia.

tengah meluncur. angan2 nak luncur laju2 cam cerita barbie tp x berjaya. at least aku dah x jatuh time skating. kira ok la.

ada gaya x? konon2 nak lawan makcik kat belakang tu

p/s:semua gambar kat atas adalah time winter last year.

jom kita tengok yg this year plak!!!!

skarang kita bergaya plak setelah penat berskating. sakit kaki la main benda alah ni sebab tu x leh nak main lama2. 2 jam dah kira mencukupi la.

nampak x ada sorang perempuan kat belakang. dia je la orang asing kat dlam ni. yg lain semua budak melayu. sebab tu la best main kat sini. x berebut ngan orang lain.

posing dulu before balik

Kat Hobart ni x banyak game pun yg dapat buat. Boling pun jarang kitaorang main sebab mahal dan tak berbaloi sangat. Yg slalunya skating je la. Manfaatkan apa yg ada. Kat Malaysia entah berpeluang entah tidak nak main skating ni lagi. So apa yg penting ialah kita enjoy!!!!

Sekian, wasalam...

No comments:

Post a Comment