YESTERDAY IS TODAY'S MEMORY....TOMORROW IS TODAY'S DREAM

Tuesday, November 1, 2011

Menghitung Hari Apabila November Bermula

Salam...

Walaupun sekarang masih tengah prepare untuk exam, aku mengambil kesempatan masa rehat dari study untuk mengupdate blog. Memandangkan hari ni dah masuk bulan November, aku percaya kebanyakkan student di Tasmania sedang membilang hari untuk balik ke Malaysia, sama ada balik untuk bercuti mahupun balik terus untuk berkhidmat kpd rakyat Malaysia.

Kepada sesiapa yang akan pulang terus ke Malaysia semestinya anda sedang membilang hari untuk meninggalkan terus bumi Tasmania ini. Mungkin juga anda sedang berfikir adakah anda akan menjejakkan kaki lagi ke bumi Tasmania setelah anda tamat belajar nanti. Kalau ada rezeki insyaAllah anda akan jejakkan kaki di Bumi Tasmania lagi.
Sesiapa yang akan pulang untuk bercuti ke Malaysia, semestinya perasaan tak sabar untuk balik memang menguasai diri sekarang lagi2 kepada adik2 first year. Aku pun pernah melalui perasaan itu so memang faham sangat la. Tahun ni disebabkan aku dah balik tengah bulan Ogos hari tu untuk sambut raya, so akhir tahun ni aku decide tak nak balik. Nanti orang nampak kaya sangat sebab asyik balik je *padahal mampu naik airasia je, tu pun guna duit rakyat*. Balik sekali setahun baru la student namanya.

Kepada yang belum habis exam lagi, berusahalah selagi kertas anda belum dipungut oleh pengawas peperiksaan. Sesungguhnya Allah hanya mengira usaha anda dan bukannya keputusan yg anda dapat. Bila dah habis exam baru boleh pulang ke Malaysia. Semoga kepulangan anda dirahmati oleh Allah. Niatlah balik untuk mengembirakan hati kedua ibu dan bapa anda kerana redha Allah terletak pada redha ataupun kegembiraan ibu dan bapa anda. Semoga perjalanan anda semua yg pulang ke Malaysia dirahmati dan berada dalam redha Illahi.

Tak kira lah apa jua penerbangan yang anda pilih,

Air Asia X
*now everyone can fly sebab tu aku boleh balik banyak kali dalam setahun*

Jet Star
*orang yg pilih ini orang yg rajin menunggu untuk transit kat Singapore. Untung jugak sebab boleh singgah jalan2 kat Singapore*

Malaysia Airlines
*yg naik ni orang yg balik for good or orang yang dapat tiket murah time offer, x pun memang orang kaya*

mahupun

Emirates
*ni suka buat offer dekat dengan time nak fly, bahaya betul. Siapa yg nasib baik beli tiket economy tapi naik business class, rezeki Allah*

semoga anda semua selamat sampai ke destinasi dan jangan lupa untuk datang balik.

Sekian, wasalam...

No comments:

Post a Comment