YESTERDAY IS TODAY'S MEMORY....TOMORROW IS TODAY'S DREAM

Thursday, November 18, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam....

Hari raya tahun ni still x cukup ahli keluarga aku. x tahu la bila family aku nak complete kembali. dah masuk 3 tahun family aku beraya x cukup ahli. Raya haji tahun ni adik aku x dapat balik lg, tp dia cakap raya aidilfitri next year dia boleh balik. Masalahnya aku plak yg x dapat balik raya aidilfitri plak. Tp kalau ada rezeki lebih, insyaAllah aku boleh balik walaupun cuti 1 minggu je. Mintak2 la murah rezeki aku tahun depan. Seronok dapat balik beraya kat kampung sebab lg meriah nak compare raya kat Tasmania. Kat sana seronok jugak tp x semeriah kat Kelantan sebabnya kat Tasmania aku jumpa orang yg sama je. Pergi raya kat rumah yg buat open house mesti jumpa orng yg sama sbb tu je pun orang melayu yg ada kat Tasmania. Sebenarnya aku x sabar nak beraya 1 family yg complete. Dulu kecik2 aku dah rasa, tp bila semua cam dah besar ckit, aku x de pluang nak rasa pengalaman beraya 1 family yg complete. Aku rasa kalau beraya time besar ni sikit mesti best sebab bleh g jalan2 sendri. Dulu ikut mak ngan ayah je nak g raya. Lagi2 raya haji ni mesti best g jalan2 sebab kat Kelantan banyak orng buat open house time raya haji. Slalunya raya aidilfitri raya 1 hari je, lepas tu dah macam x raya dah, tp raya haji raya sampai raya habis tempoh raya. Tahun depan aku dah x sempat nak raya haji kat kelantan dah sebab tahun depan raya haji time aku exam. Harap2 hari raya aku x de exam.
Raya ni aku rindu sangat kat adik aku yg kat Perancis tu. Adik aku yg kecik pun rindu jugak kat dia. Adik aku yg kecik namanya Iqbal. Iqbal asyik cakap kat aku "Kak, jom kita g ambk ngah". Lepas tu aku duk cakap je yg ngah duk jauh, nak g ambik ngan apa. Dia cakap ngan kapal terbang la. Bijak betul budak ni. Dia pun dah confius antara aku ngan adik aku yg no 2 sebabnya kitaorng dah lama x ada bersama2 kat rumah ni. slalunya kalau aku balik, adik aku mesti x balik dan begitulah sebaliknya. InsyaAllah next 2 years harapnya family aku akan lengkap kembali time raya.
Panjang plak aku membebel pasal raya ni. macam x berkaitan pun ada. x pe la, tp di kesempatan ni aku nak memohon maaf kepada semua dan semoga kalian sentiasa berbahagia.

Sekian....

Monday, November 15, 2010

Malaysia I'm Back

Salam....

Akhirnya aku telah selamat sampai ke KLIA. skarang aku tengah tunggu flight nak balik ke Kota Bharu. walaupun banyak dugaan yg aku hadapi dari semalam sampai la hari ni disebabkan nama aku yg panjang sangat ni x de dalam list flight balik kelantan. nanti aku cerita detail pasal masalah yg aku hadapi dari Perth sampai la ke KLIA. Masa kat Australia dulu, aku tringin sangat nak makan KFC, tp skarang dah x tringin dah walaupun aim aku dulu, sampai je kat airport nak mkan KFC. Banyak betul pengalaman yg aku dapat daripada perjalanan pulang kali ni. Terima kasih kepada Amir & Diza yg banyak bagi sokongan moral kat aku. Terima kasih jugak kat korang berdua sebab bersama2 aku mengharungi pengalaman pahit ni. Skarang ni aku nampak katil je ni. Bila la flight aku ni nak sampai. Padahal flight aku balik Kelantan kul 3.05 ptng. skarang ni baru kul 2.20 ptng. Apa2 pun, kita sebagai manusia merancang tp tuhan yg menentukan.

Sekian....

Sunday, November 14, 2010

Dah nak balik Malaysia

Salam...

Malam ni dah nak g airport nak pulang ke Malaysia. x sabar rasanya nak menjejakkan kaki kat KLIA. apa yg aku imagine skarang ni adalah sampai kat airport kota bharu sambil peluk mak & ayah aku. esok aku boleh buat benda ni...x sabarnya....ari ni plak kat cni, aku nak g ziarah kawan2 lama kat Perth. macam ramai je kawan aku kat australia ni. tp memang ramai pun.

Sekian....

Saturday, November 13, 2010

Salam dari Perth

Salam.....

Skarang aku berada kat Perth. Aku ada kat sini selama 3 hari. Hari Isnin ni aku akan balik Malaysia. Tak sabar rasanya nak jumpa family dan balik rumah. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Memang pepatah ni sangat betul bagi aku. Aku x tahu la orang lain. tu je la yg aku mampu update kali ni. aku penat nak menaip dah. walaupun kat sini baru kul 9.30, mata aku dah ngantuk giler sebab ikut masa kat hobart dah kul 12.30 dah skarang. lepas tu kul 4 pagi dah bangun. hehehehe...cam mn la kat malaysia nanti ni. apa2 pun aku x sabar nak balik ni.

Sekian....

Thursday, November 11, 2010

Holiday

Salam....

Hari aku akan meninggalkan Hobart ni utk balik ke Malaysia. Sebelum balik Malaysia aku and travel partner aku nak singgah Perth dulu untuk completekan peta dunia aku. hehehe....alang2 dah duk Australia, pusing je la 1 Australia ni....kitaorng singgah kat Perth lebih kurang 4 hari. then, hari isnin pagi aku akan balik MALAYSIA!!!!!!!!!! Tak sabar rasanya nak balik rumah setelah 1 tahun x jumpa family. cam mana la orang bleh lupa kat family. aku stahun jauh dari family pun rasa dah macam orang x brapa nak betul. Alhamdulillah tahun ni skali lagi aku akan sambut raya haji kat Malaysia. Aku kena kemas lg ni, flight aku g Melbourne kul 10.15 pagi ni. selalu x hbs kemas, kalau mak aku ada kat cni memang kena sound da la...nasib baik mak ada kat Malaysia. hehehehe....ok mak jumpa mak isnin ni lpas tu kita g mkn KFC kat airport Kota Bharu tu

Sekian....

Wednesday, November 10, 2010

Strahan Bahagian III

Salam....

Ni sand dune kat Strahan. Seronok betul bila sampai sini sebab x de orang langsung kat atas ni. First2 aku ingat tempat ni landai, rupa2nya kena panjat bukit. Dah la tinggi, lepas tu berpasir plak, memang susah nak naik la. sampai atas je memang semput.

kawasan pasir yang berbukit. time ni cuaca mendung je, kalau panas mesti lagi cantik pemandangan ni

ni puncak bukit yang aku kena panjat. time ni dah nak sampai puncak dah. tapak kasut tu tapak kasut amir. dia yg first naik, lepas tu dia cakap kat atas tu macam padang pasir. mulanya aku x caya, sebab amir suka tipu. so aku & diza pun panjat la bukit tu sebab nak tengok jugak apa yg ada kat atas tu

dan inilah yg kitaorng jumpa. macam padang pasir kat gurun je. cuma kat sini padang pasir yg di kelilingi oleh pokok2. sangat cantik pemandangan dari atas ni

pasir dia pun cantik

hari yg mendung, matahari pun segan nak keluar

nampak tak pokok2 hijau yang mengelilingi padang pasir ni. dalam gambar ni tak berapa cantik pemandangannya, tp kat luar memang cantik

betapa luasnya padang pasir ni. dah la x de orang, yg ada kitaorng bertiga je. hihihi...

lepas habis menjelajah kat atas bukit tu, kita orang nak try gelongsor turun. Nak sand boarding la konon2. sepatutnya kena guna toboggan ni baru dapat turun dengan smooth. ni aksi Amir cuba nak gelongsor, tp x gerak2. last skali jalan je la turun

ni la rupa toboggan

aku dan diza yg ready nak gelongsor turun. time ni Amir dah separuh jalan nak turun

gambar kitaorang bila Amir dah slamat sampai bawah

aku nak gelongsor tp x gerak2. maybe sebab berat sangat kot. hihihi....

apasal la Diza x gerak2 turun lg ni. maybe sebab dia pun berat jugak kot. hehehe

turn aku plak nak gelongsor turun. Diza dah give up nak gelongsor turun. dia cakap jalan lagi cepat

hehehe.....ni gaya je lebih, sbb aku x gerak2 pun. last2 aku pun jalan turun

first trial. korang nampak x apa yg salah? aku cakap kat Diza kalau orang tengok ni buat malu je belajar oversea. hehehe.....sebenarnya Diza x perasan sebab slalu orang tulis nama diri sendiri je kan, sbb tu la was. ni nama 3 orang, so jadi la cam ni.....

ni baru betul....great Diza. ni kitaorng tulis kat atas padang pasir yg atas bukit tu before nak turun

Diza yg sedang gigih menulis. Thanks Diza

Ni je la cerita yg aku boleh kongsikan tentang Strahan dengan korang semua. Banyak juga la tempat yg aku dah pergi sepanjang 3 tahun di bumi kanggaroo dan koala ni. Nanti aku crita tempat lain plak.

Sekian....

Strahan Bahagian II

Salam....

Jom kita sambung menjelajah ke Strahan. Lepas sampai kat bandar dia yang aku tunjuk hari tu, kitaorang jalan2 kat bandar tu kejap. Dalam kul 2 pm kitaorng pun pergi mencari cabin yang kitaorang dah book. Kat Strahan ni banyak jugak la tempat tinggal yang best2.

ni cottage yg betul2 kat bandar dia. clasic je kan bangunan dia. macam bangunan kat kampun je

yang ni pun classic jugak. aku suka la cottage2 kat sini sebab semua cute2 dan macam kampung. lepas tu boleh pasang unggun api kat dalam rumah mcam crita orang putih dalam tv tu. memang la kan sbb ni pun negara orang putih

ni plak accommodation yang modern ckit di tengah2 bandar Strahan

ni plak nak cari jalan nak g kat cabin yg kitaorng dah book. besarkan peta kitaorang bawak. siap kena pegang 2 orang lg. hehehe. x main la pakai gps ni, modern sangat nak masuk kampung2 kat Tasmania ni...
time on the way nak g cabin tu, kitaorang jumpa post office ni. cantikkan bangunan dia. classic betul...
ni la reception cabin tempat kitaorang book tu. betul2 cam kampung

ni plak pondok polis kat kampung ni. pondok polis ni bertentangan dengan reception cabin tadi. comel betul bangunan ni. kat Strahan ni banyak bangunan yang comel2...

ni la area cabin kitaorng. semua cabin dia comel2. kat cni, maksud aku kat Tasmania la, aku suka dia punya selimut n electrical blanket sbb sangat warm. suka la panas2 sebab kat cni sangat sejuk. ye la dah nak dekat ngan kutub selatan mesti la sejuk kan....

ni plak kereta yg kitaorang sewa. sangat best keta ni. hyundai elantra. impian aku nak bli keta ni dlu before aku dpat pakai keta BMW. maybe lepas blajar aku nak bli keta ni

ni bilik dalam cabin tu. cantik jugak la. kitaorang book 1 cabin share 3 orang. jangan pikir bukan2 plak. cabin ni ada 2 bilik. so amir duk 1 bilik. aku ngan diza duk 1 bilik lagi. kalau kat malaysia memang x kan buat la cam ni. hehehe....

Lepas check in dan smayang, kitaorang keluar balik ke bandar Strahan sebab lapar. So kitaorang nak cari makanan. kat cni yang halalnya fish and chips dan seafood pizza je la. First2 ingat nak makan pizza, skali pizza dia buat lepas kul 5 je. sedih betul aku sbb aku sangat suka pizza. crita pasal ni pizza ni, pizza yang paling best aku pernah makan ialah kat Adelaide. nanti aku crita pasal Adelaide plak...so kitaorang ambik keputusan nak makan fish n chips je la.

ni la kawasan tempat makan yang kitaorang pilih kat Strahan ni. baru ingat nak makan kat luar sambil tengok pemandangan. skali angin sepoi2 bahasa pulak. kalau kat Malaysia aku suka je angin sepoi2 bahasa ni, tp kat cni boleh mati kesejukan gamaknya. so kitaorang makan je la kat dalam restoran sbb panas sikit.

ni fish n chips yang aku order. sedap btul ikan dia. tp aku lupa apa nama ikan ni. ikan dia fresh btul x sama cam ikan yg aku mkn kat hobart, maybe sebab Strahan ni pelabuhan so senang nak dpat ikan fresh. menu ni aku & diza yg order

ni plak fish and salads. best jugak sbb sos dia masam. aku suka je benda yang masam2 ni. yang ni plak amir yang order. aku cicah chips and fish aku ngan sos ni sebab amir x suka sos dia, tapi aku suka giler. pandai betul dia buat sos ni..

muka yang ceria lepas makan kenyang. hehehe....kalau x muka aku macam tapai basi je sbb lapar n letih

laut yang tenang walaupun awan mendung.

Kalau sape2 nak melancong ke Strahan, aku suggest jalan la time summer sbb baru boleh tengok pemandangan yang cantik2. Strahan memang cantik la. Aku x tahu la nak compare ngan tempat mn kat Malaysia sbb kat Malaysia aku x jalan2 sangat. Nanti aku sambung crita pasal kitaorng g sand dune kat Strahan ni plak. aku pun x sangka Strahan ada sand dune

Sekian....

Di mana kau menghilang

Salam....

Hari ni aku secara rasminya aku dah menamatkan pembelajan dan peperiksaan untuk tahun ketiga pengajian aku dalam jurusan farmasi. Aku nak revise kembali semangat2 aku yg dulu utuk dapatkan yg terbaik dalam study aku.

Semalam aku rasa sedih sangat walaupun dah habis exam sebabnya aku kecewa dengan diri sendiri. Aku pun tak tahu la kemana semangat untuk aku belajar sampai dapat yg terbaik menghilang. Aku cuba untuk ingat kembali zaman aku dulu-dulu bermula dari tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Kalau tadika dulu aku akan berusaha untuk dapat A dalam semua kerja yang cikgu beri. Semasa kat tadika, kerja yg cikgu beri senang je la. Mak aku pun selalu jugak la tolong aku. Tak jadi masalah la kepada mak aku nak tolong aku. Aku ingat lagi time tadika tu, aku tanya mak aku bila nak naik kapal terbang. Mak aku jawab "Kak kena belajar sampai pandai kalau nak naik kapal terbang. Sebab kalau pandai boleh belajar kat luar negara dan boleh naik kapal terbang". Time ni family aku tak senang macam sekarang. Adik aku, kecik-kecik lagi dah naik kapal terbang. Dah tak yah nak blajar susah2 cam aku dulu. Tu la nasib kalau jadi anak yg awal2 ni sebab mak n ayah baru nak establish.

Selepas tu masuk sekolah rendah. Memang dari darjah satu lagi aku belajar target nak no 1. Alhamdulillah, aku selalu dapat jugak la walaupun subject Bahasa Inggeris aku tak pandai sangat. Time aku darjah 1 hingga darjah 3, aku x de la target sangat cuma target nak dapat the best number in the class je. Time ni target aku masih tercapai. Bila time darjah 4 hingga darjah 6, target aku nak dapat 5 A's dan nak masuk sekolah berasrama penuh(SBP). Lepas tu time darjah 5, aku pernah fail Bahasa Inggeris so aku terpikir jugak la cam mana la aku nak dapat 5 A kalau aku tak pandai Bahasa Inggeris. Bila aku ada homework Bahasa Inggeris, aku mesti nangis2 buat sebab mak aku x tahu sangat bahasa inggeris so dia x dapat ajar aku sangat. Aku pun g la blajar ngan jiran aku sbb diaorng pun belajar bahasa inggeris dan bleh la ajar aku. Bila darjah 6 cikgu aku banyak tolong aku buat essay bahasa inggeris sampai la aku dapat semua A dalam UPSR. Time ni aku still boleh capai target aku. Dan Alhamdulillah, aku dapat masuk SBP jugak. Aku dapat masuk Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra. Aku x tahu pun ada sekolah ni kat Kelantan. Sekolah ni SBP yg terbaik di Kelantan. Aku punya target nak masuk SMS Pasir Puteh or SMS Machang, tp rezeki aku kat SMS Tg. Muhammad Faris Petra.

Dah masuk sekolah menengah, aku pun target nak dapat 8A's dalam PMR dan 10A1's dalam SPM. Time duk sekolah ni la aku ada target nak belajar kat luar negara lepas dengar pengetua aku cakap "Kamu yang belajar kat SBP patut target belajar kat luar negara. Universiti tempatan ni bagi kat pelajar yang belajar kat sekoah biasa je." Jangan marah ye yg blajar kat uni kat Malaysia, ni pengetua aku yang cakap, bukan aku. Lepas tu la aku target nak belajar kat luar negara. Sebenarnya time tu aku pun dah lupa impian nak belajar nak luar negara time aku tadika. Seperti biasa la, aku memang lemah dalam bahasa inggeris. Tp nasib baik aku x pernah fail time aku sekolah menengah. Akhirnya aku berjaya capai target aku walaupun dalam SPM aku cuma dapat 9 A1 dan 1 B4. Ni sebab EST (English for Science and Technology) la aku dapat B4. buat cacat sijil aku je, tp nasib baik jegak EST duk kat bawah skali so nampak cantik juga la sijil aku (nak menang jugak...hehehe).

Lepas tu dapat tawaran belajar kat Australia. Sebelum fly to Australia, kena buat preparation kat INTEC seksyen 17 dlu. time duk kat sini, target aku semakin dah jatuh ckit dah. Dari target semua A dulu kepada dapat lepas TER 85 pun dah ok. TER tu lebih kurang pointer la. Akhirnya aku pun dapat lepas TER tu jugak walaupun aku hanya dapat 1 A.

Bila duk kat Tasmania, Australia ni aku punya target nak pass je. Dah x der nak target A cam dulu dah. Alhamdulillah, sampai sekarang ni aku pass semua subject aku sampai la aku dapat belajar tahun ketiga. Tp tahun ni x tahu la apa rezeki Allah nak bagi kat aku.

Bila aku pikir2 balik kenapa aku dah x jadi cam dulu. Selalu dapat A dan dapat yg terbaik. Nak cakap sebab aku orng melayu dan kawan2 aku yg lain orang putih so diaorng lagi senang la sbb bahasa diaorng. tak jugak sbb ada je kawan2 kau yang jadi best student kat Australia. Orang Melayu jugak. Bila dah revise balik, baru la aku tahu. Mungkin sebab aku dah x target nak dpat semua A cam dulu2. skarang ni aku punya target nak pass je utk semua perkara. Maybe sebab tu la kot aku x dapat A, dapat pass je.

So pengajaran untuk pengalaman aku ni ialah kita kena aim for the moon, if we fall, we fall among the stars. Maksudnya, kalau kita target yg terbaik, tp x leh nak capai yg terbaik kita still boleh dapat yang lebih baik ataupun yg baik. tp kalau kita target yg baik je, kalau x dapat yg baik, mesti kita dapat yg tak baik la kan. Macam la aku jugak, aku target pass je, kalau x pass maknanya fail la kan. belum terlambat lg aku nak target HD(ni target paling tinggi kat uni aku) lepas ni. dalam cuti ni aku punya target nak ingat semua nama2 ubat yg aku dah belajar sebab aku nak jadi seorang pharmacist yg berjaya bukan hanya nak pass exam je. semoga aku berjaya ingat semuanya ye.....

Sekian....

Tuesday, November 9, 2010

Seventh Exam

Salam.....

Kali exam pasal antibiotic. aku x tahu nak komen apa sbb subject paling bnyak nak kena ingt ubat. semua nama antibiotic aku kena tahu. tp sayangnya dalam exam td, semua aku x ingt....ada yg aku ingat pun tertukar2. aku betul2 sedih dan kecewa dgn diri sendiri. tapi aku tawakkal je la sbb semua ketentuan di tangan Allah....kalau Allah dah tetapkan aku pass, x kisah la aku x tahu cam mana skalipun mesti pass jugak....tp kalau Allah dah tetapkan fail, baca cam mn skalipun mesti fail. so aku terima la ketentuan Illahi.....

Sekian....

Monday, November 8, 2010

Sixth Exam

Salam....

Hari ni aku exam pharmaceutical science. subject pasal over the counter product (OTC). kalau kat cni, x semua ubat yg bleh bli kat farmasi cam kat Malaysia. ada sesetengah ubat tu kena ada prescription from the doctor dlu bru bleh bli ubat kat farmasi. bg aku leceh ckit la sbb kena jumpa doktor dlu then kena g bli kat farmasi plak. kalau kat malaysia jumpa dr trus je dapat ubt. tu la beza health system kat cni n kat malaysia. sebab tu kat cni pharmacist di pandang hebat. kalau kt malaysia mesti orng tnya kerja apa tu? bagi ubat ek? berbalik kepada exam td, overall bg aku ok la. banyak jugak aku bantai, tp td aku rasa dah jd cam pharmacist dah. heheheh....aku redha je la apa rezeki Allah nak bg nanti. Esok aku ada 1 lg paper dah harapnya paper esok aku bleh buat dengan baik. InsyaAllah....

Sekian....

Sunday, November 7, 2010

Spirit of Tasmania

Salam....

Good morning from Tasmania!!!! Hari ni aku x de mood nak study so spirit of Tasmania bg la ckit semangat kat aku nak study....banyak giler nak kena baca sampai aku dah naik boring. Ni aku letak gambar yg tengah senyum di samping Spirit of Tasmania sbg pemberi semangat di pagi hari


ni cruise yg aku akan naik before balik Malaysia. bila x sure lg tp aku akan usahakan sbb kat cni murah je nak naik kapal ni. kalau kat Malaysia mau beribu2

Sekian....

Saturday, November 6, 2010

Fifth Exam

Salam....

huhuhu....exam hari ni ialah therapeutic. soalan2nya sangat power ar....kalau dactor ikut suggestion aku, patient tu mesti dah kena mengucap. hehehe... skarang ni aku bertambah sedar yg kos pharmacy ni memang susah. tp aku rasa kos lain pun susah jugak....x caya tanya la student, jangan tnya lecturer or orng yg dah berkerja...tu je la aku yg aku mampu update...malas nak ingat exam yg bagi mimpi ngeri kat aku ni...aku nak tido dlu sblum sambung study balik. tata...titi...tutu...

Sekian....

Friday, November 5, 2010

Strahan Bahagian I


Salam....

Jom aku kenalkan korang semua dengan Tasmania iaitu tempat aku sedang belajar sekarang. Tasmania ialah salah sebuah negeri kat Australia. Ia ialah sebuah pulau yang terlatak di bawah benua besar Australia. Tasmania ni besarnya lebih kurang semenanjung Malaysia. Aku tak berapa pasti yg mana lg besar, tp dua2 lebih kurang besar. Kat Tasmania ni, aku tinggal kat Hobart, iaitu ibu negeri bg Tasmania. Nanti lain kali aku cerita pasal Hobart plak. Kali ni aku nak cerita pasal Strahan. Aku akan bawa korang mengembara keseluruh Tasmania lepas. Mana la tahu lepas ni Tasmania akan jadi destinasi pilihan korang nak g melancong. Bagi aku, Tasmania sangat cantik dan sangat sesuai kepada sesiapa yg sukakan alam semula jadi macam aku.
Strahan terletak di barat Tasmania. Jarak Strahan dari Hobart lebih kurang 300km. Aku suka drive kat sini sebab pemandangan kanan dan kirinya sangat cantik. Lepas tu, korang boleh tengok kambing biri2 dan lembu duk meragut rumput sepanjang perjalan. Aku geram betul dengan kambing biri2 ni sbb binatang ni sangat comel. Aku rasa nak peluk2 je binatang ni. Kalau ada gambar, nanti aku tunjukkan. Strahan ni ialah bandar pelabuhan. Sebenarnya bukan bandar sangat, tapi macam kampung je. So aku panggil perkampungan pelabuhan la....


Signboard nak masuk bandar Strahan

bandar pelabuhan semestinya banyak kapal. slalunya kapal persendirian banyak kat sini (maksud aku kat Tasmania)

ni main road kat Stahan. bandar ni sangat la kecil dan jalan pun sangat lengang. kat Tasmania ni semua bandar dia lebih kurang macam ni kecuali beberapa buah bandar besar. x silap aku ada 4 je bandar besar.

kapal ni siap ada nama tempat ni lagi

kapal lagi

ni ada 2 orang pak cik yg menjadi penduduk asal kat Strahan ni. orang2 kat Tasmania ni sangat la mesra, pantang nampak pelancong mesti diaorang tegur. lepas aku ambik gambar ni pak cik 2 orang ni cakap 10 dollars sbb ambik gambar diaorng. aku gelak je la sbb pak cik ni saje je nak gurau....

ni jeti bandar Strahan

gambar dari atas jeti. kat Malaysia, aku x pernah pun ada peluang nak main kat jeti2 ni sbb mak aku mesti x bg punya sbb dia fobia air

kapal yang canggih. agak2 brapa la harga kapal ni. nasib baik la aku x tringin nak ada kapal. maybe sebab aku x banyak terdedah dengan laut kot. sbb kalau g jalan2 family aku kurang g kat kawasan laut

ni la 2 orang travel partner aku. Amir & Diza

burung2 sedang berehat

itik2 kegemaran aku. aku suka sangat ambik gambar itik maybe sebab colour hijau kat kepala itik sangat cantik kot. nanti aku nak bli BMW colour hijau kepala itik, ok x?

ni padang yg ada kat Strahan tu. kecik je padangnya utk orang2 berkelah kat bandar ni. time ni x der orang berkelah sbb hari tu cuaca mendung dan kadang2 hujan renyai2

Ni bahagian jeti je dlu. nanti aku crita pasal kawasan tempat makan n tempat tinggal. Banyak jugak la tempat yg boleh dilawati kat sini walaupun kawasannya kecil.

Sekian....

selamat bercuti

Salam.....

Selamat bercuti & selamat hari deepavali kepada semua warga Malaysia. warga Malaysia yg duk kat Oz plak slamat belajar sbb anda semua x leh cuti & ada exam...sesetengah orang kat Tasmania ni dah ada yg hbs exam pun...cuma aku je ada lg 3.... ok la, nak sambung blajar plak

Sekian....

Thursday, November 4, 2010

Magic Mushroom II

Salam.....

Ni aku sambung balik ckp pasal cendawan beracun ni sbb aku dah x leh nak study. duk baca tp x masuk apa2 pun, so aku pun ngadap blog la....cendawan ni nampak cantik, tp beracun.... macam manusia yg cantik tp jahat. aku jumpa cendawan ni time aku g jlan2 kat Tasmania. x silap aku dalam bulan 5 thun ni. time tu aku kena buat rural & hospital placement kat north Tasmania. so aku ambk la kesempatan jalan2 sbb accomodation orang dah bayarkan, cuma duit minyak n duit keta je la aku kena tanggung. aku pergi jalan2 ni ber3. aku travel ngan usual travel partner aku iaitu Amir & Diza...aku slalu travel ngan diaorng berdua kat Australia ni. diaorng memang travel partner yg sangt best la bg aku...nanti bila aku crita pasal aku jalan2, diaorng mesti ada dalam crita aku. aku jumpa cendawan ni dalam perjalanan nak g Strahan iaitu bahagian barat Tasmania. aku memang excited habis ar, sbb aku memang tringin nak masuk crita fairy tales. skali tengok macam fairy tales betul. aku duk bising2 dalam keta ckp cantiknya cendawan, diaorng x nampak lg sbb diaorng pandang depan je, lps tu aku suruh Amir berhenti sbb nak bergambar ngan cendawan tu....tu la critanya, so skarang layan le gambar2 yg aku tangkap ni....


ni la suasana kat tmpat tu walaupun gambar ni x tunjukkan suasana sebenar tempat tu

aku yg excited jumpa cendawan. yg sluar putih tu Diza, dia pun ambk pharmacy jugak. dia biasa2 je jumpa ngan cendawan ni, aku lg excited la

cantikkan ni...aku ckp ngan Diza & Amir ni adalah cendawan kembar

ni plak cendawan dah kembang, besar jugak la dia kembang. aku imagine cendawan ni jadi tempat berteduh cam dlm crita fairy tale la....kuat betul angan2 aku kan

aku yg excited....semangat aku cabut cendawan tu ngan hati2 sbb x nak bg dia rosak. aku ingat cendawan ni keras, rupa2nya sama je ngan cendawan biasa kat Malaysia. time ni Diza x berani nak pegang sbb dia takut beracun. aku x pikir apa dah sbb terlalu excited

ni aku ckap ngan diaorng yg cendawan ni adik-beradik...kuat betul aku berimaginasi. ni mungkin sbb poison cendawan ni dah masuk kepala aku. hehehe. kalau mak aku tahu ni mesti dia marah ni, sbb mak aku sensitive sikit ngan cendawan
ni nak tunjuk betapa banyaknya cendawan beracun ni...kalau makan ni bleh buat kita khayal. aku rasa kalau cendawan ni tumbuh kat Malaysia mesti penagih dadah makan benda ni nak bg khayal...

ni plak, mak & anak. anak dia tengah duk bermanja ngan mak dia... kuat btul aku berangan sampai bg watak kat cendawan2 ni...hehehe

ni pun cantik...aku rasa nak baring je atas cendawan2 ni

ni plak cendawan yg kembar siam

cendawan yg kesunyian

cendawan yg tumbang tu sbb Amir yg patahkan. dia nak tahu kekuatan cendawan tu sbb tu la dia tendang. kalau ikut logik memang la tumbang kalau tendang...apa la Amir ni

kalau jadi Alice in Wonderland mesti boleh berteduh kat bawah cendawan ni, tp malangnya aku Raja Fatin in Reality(ni tajuk crita baru yg aku baru reka) so angan2 je la...

last skali ni aku bg nama happy family. sbb memang nampak cam happy family kan. mcam family sape aku x thu la sbb klau family aku kena ada 8 anak sbb aku ada 8 adik-bradik. tp ni ada ayah, mak & 3 orang anak je

ni aku n Mr. Mushroom

Dah hbs dah....lps tu aku meneruskan perjalanan ke Strahan. bagus2 la jalan2 ni sbb dapat buka minda n dapat lihat betapa hebatnya ciptaan Allah. sbb tu Allah ckp dalam Al-Quran supaya berjalan dan lihat penciptaan-Nya di muka bumi. lps tu kena la berfikir tentang kebesaran-Nya. tp aku lupa surah mana. so ni kira aku sahut suruhan Allah la

Sekian....