YESTERDAY IS TODAY'S MEMORY....TOMORROW IS TODAY'S DREAM

Wednesday, November 10, 2010

Di mana kau menghilang

Salam....

Hari ni aku secara rasminya aku dah menamatkan pembelajan dan peperiksaan untuk tahun ketiga pengajian aku dalam jurusan farmasi. Aku nak revise kembali semangat2 aku yg dulu utuk dapatkan yg terbaik dalam study aku.

Semalam aku rasa sedih sangat walaupun dah habis exam sebabnya aku kecewa dengan diri sendiri. Aku pun tak tahu la kemana semangat untuk aku belajar sampai dapat yg terbaik menghilang. Aku cuba untuk ingat kembali zaman aku dulu-dulu bermula dari tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Kalau tadika dulu aku akan berusaha untuk dapat A dalam semua kerja yang cikgu beri. Semasa kat tadika, kerja yg cikgu beri senang je la. Mak aku pun selalu jugak la tolong aku. Tak jadi masalah la kepada mak aku nak tolong aku. Aku ingat lagi time tadika tu, aku tanya mak aku bila nak naik kapal terbang. Mak aku jawab "Kak kena belajar sampai pandai kalau nak naik kapal terbang. Sebab kalau pandai boleh belajar kat luar negara dan boleh naik kapal terbang". Time ni family aku tak senang macam sekarang. Adik aku, kecik-kecik lagi dah naik kapal terbang. Dah tak yah nak blajar susah2 cam aku dulu. Tu la nasib kalau jadi anak yg awal2 ni sebab mak n ayah baru nak establish.

Selepas tu masuk sekolah rendah. Memang dari darjah satu lagi aku belajar target nak no 1. Alhamdulillah, aku selalu dapat jugak la walaupun subject Bahasa Inggeris aku tak pandai sangat. Time aku darjah 1 hingga darjah 3, aku x de la target sangat cuma target nak dapat the best number in the class je. Time ni target aku masih tercapai. Bila time darjah 4 hingga darjah 6, target aku nak dapat 5 A's dan nak masuk sekolah berasrama penuh(SBP). Lepas tu time darjah 5, aku pernah fail Bahasa Inggeris so aku terpikir jugak la cam mana la aku nak dapat 5 A kalau aku tak pandai Bahasa Inggeris. Bila aku ada homework Bahasa Inggeris, aku mesti nangis2 buat sebab mak aku x tahu sangat bahasa inggeris so dia x dapat ajar aku sangat. Aku pun g la blajar ngan jiran aku sbb diaorng pun belajar bahasa inggeris dan bleh la ajar aku. Bila darjah 6 cikgu aku banyak tolong aku buat essay bahasa inggeris sampai la aku dapat semua A dalam UPSR. Time ni aku still boleh capai target aku. Dan Alhamdulillah, aku dapat masuk SBP jugak. Aku dapat masuk Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra. Aku x tahu pun ada sekolah ni kat Kelantan. Sekolah ni SBP yg terbaik di Kelantan. Aku punya target nak masuk SMS Pasir Puteh or SMS Machang, tp rezeki aku kat SMS Tg. Muhammad Faris Petra.

Dah masuk sekolah menengah, aku pun target nak dapat 8A's dalam PMR dan 10A1's dalam SPM. Time duk sekolah ni la aku ada target nak belajar kat luar negara lepas dengar pengetua aku cakap "Kamu yang belajar kat SBP patut target belajar kat luar negara. Universiti tempatan ni bagi kat pelajar yang belajar kat sekoah biasa je." Jangan marah ye yg blajar kat uni kat Malaysia, ni pengetua aku yang cakap, bukan aku. Lepas tu la aku target nak belajar kat luar negara. Sebenarnya time tu aku pun dah lupa impian nak belajar nak luar negara time aku tadika. Seperti biasa la, aku memang lemah dalam bahasa inggeris. Tp nasib baik aku x pernah fail time aku sekolah menengah. Akhirnya aku berjaya capai target aku walaupun dalam SPM aku cuma dapat 9 A1 dan 1 B4. Ni sebab EST (English for Science and Technology) la aku dapat B4. buat cacat sijil aku je, tp nasib baik jegak EST duk kat bawah skali so nampak cantik juga la sijil aku (nak menang jugak...hehehe).

Lepas tu dapat tawaran belajar kat Australia. Sebelum fly to Australia, kena buat preparation kat INTEC seksyen 17 dlu. time duk kat sini, target aku semakin dah jatuh ckit dah. Dari target semua A dulu kepada dapat lepas TER 85 pun dah ok. TER tu lebih kurang pointer la. Akhirnya aku pun dapat lepas TER tu jugak walaupun aku hanya dapat 1 A.

Bila duk kat Tasmania, Australia ni aku punya target nak pass je. Dah x der nak target A cam dulu dah. Alhamdulillah, sampai sekarang ni aku pass semua subject aku sampai la aku dapat belajar tahun ketiga. Tp tahun ni x tahu la apa rezeki Allah nak bagi kat aku.

Bila aku pikir2 balik kenapa aku dah x jadi cam dulu. Selalu dapat A dan dapat yg terbaik. Nak cakap sebab aku orng melayu dan kawan2 aku yg lain orang putih so diaorng lagi senang la sbb bahasa diaorng. tak jugak sbb ada je kawan2 kau yang jadi best student kat Australia. Orang Melayu jugak. Bila dah revise balik, baru la aku tahu. Mungkin sebab aku dah x target nak dpat semua A cam dulu2. skarang ni aku punya target nak pass je utk semua perkara. Maybe sebab tu la kot aku x dapat A, dapat pass je.

So pengajaran untuk pengalaman aku ni ialah kita kena aim for the moon, if we fall, we fall among the stars. Maksudnya, kalau kita target yg terbaik, tp x leh nak capai yg terbaik kita still boleh dapat yang lebih baik ataupun yg baik. tp kalau kita target yg baik je, kalau x dapat yg baik, mesti kita dapat yg tak baik la kan. Macam la aku jugak, aku target pass je, kalau x pass maknanya fail la kan. belum terlambat lg aku nak target HD(ni target paling tinggi kat uni aku) lepas ni. dalam cuti ni aku punya target nak ingat semua nama2 ubat yg aku dah belajar sebab aku nak jadi seorang pharmacist yg berjaya bukan hanya nak pass exam je. semoga aku berjaya ingat semuanya ye.....

Sekian....

No comments:

Post a Comment