YESTERDAY IS TODAY'S MEMORY....TOMORROW IS TODAY'S DREAM

Wednesday, September 26, 2012

Last spring

Salam...

Bermulanya bulan September maka masuklah musim bunga di bumi Tasmania ni. Pejam celik pejam celik, dah masuk September. Lagi 3 bulan untuk aku menghabiskan masa di bumi Tasmania sebelum pulang ke Malaysia. Lagi 2 bulan aku nak grad. Ya Allah, semoga aku dapat grad tahu ni. InsyaAllah. Memandangkan sekarang musim bunga, aku letak banyak gambar bunga je la. Banyak nak cerita, tapi malas nak taip. Semoga gambar boleh menggambarkan cantiknya musim bunga di sini.


ini ialah bunga tulip yg pertama aku jumpa pada tahun ini. aku still excited nampak bunga ni walaupun tiap2 tahun aku jumpa bunga tulip. tapi sebab sekali setahun je dapat jumpa sbb tu still excited.


ini plak bunga pokok plum. cantik sangat kalau duk bawah pokok ni. macam cerita para para sakura


masa aku kat Malaysia, aku sangat2 nak gi Belanda sebab nak tengok wind mill ni. rupa2nya rezeki aku nak ambik gambar dgn wind mill adalah di bumi Tasmania. tempat ni aku baru pergi last week. Alhamdulillah, aku dapat pergi tempat ni every musim. Ada masa aku post gambar tempat ni untuk every musim sebab lain musim, lain pokok yg ada.


 ni plak bunga daffodil. kalau kat sini bunga ni melambangkan persatuan cancer


bunga berlatarbelakangkan kincir angin


ni plak bunga plum kat halaman rumah aku. cantik sangat. memutih je...


ni bunga peach. x sabar nak tunggu summer sbb dapat makan peach ni. sedap....sebab fresh dari pokok.


ni bunga daffodil di sebelah rumah aku. ni species bunga yg kecik dari yg di atas.


ni bunga buah stone fruit jgk. stone fruit ni adik beradik dgn buah peach. kalau nak tahu lebih2 sila google.... bunga cantik, buah pun sedap. masyaAllah, hebat sungguh penciptaan Allah


ni pun bunga stonefruit. tapi x sure buah apa. pokok ni ada kat belakang rumah aku


ni baru betul2 pokok bunga, bukan pokok buah


bunga daffodil kuning kat taman dekat dengan rumah aku. kalau ingat post bunga rose dalam post2 sblum ni, kat taman ni jgk la aku ambik gambar bunga ros tu.


bunga ni aku rasa cam bunga teratai kat atas pokok bukan dalam air....


jom kita pose dibawah pokok bunga sakura. nasib je x pandai menari, kalau x, dah memang buat video para para sakura dah bawah pokok ni.


kalau tengok dekat, ni la bunga sakura


contoh ambik gambar dgn SIII. saje nak promote samsung walaupun aku peminat setia APPLE. Walaupun orang duk kutuk Apple over, tapi aku still sokong Apple. Habis duit aku beli product Apple


salah satu pokok sakura lagi.... aku suka yg jenis ni. colour dia pun cantik, pink muda gitu...


pokok2 pun berbunga di musim bunga. kalau sape2 yg alah dengan pollens, memang kena berhati2....kalau x nak allergik, ambiklah anti-histamine (sempat lagi promote ubat, maklum la pharmacist) as prophylaxis.


ni plak bunga depat rumah. cantik plak bunga ni duk di tepi pagar.


Tu je la gambar bunga yg aku rajin nak upload. Esok aku nak gi canberra sbb nak gi tengok tulip kat sana. Sebenarnya aku nak gi jumpa dgn akhawat2 di state lain jgk. Sambil2 kita menyelam, kita minum air. Kalau rajin, aku upload gambar tulip2 yg kat sana plak. Aku teringin sangat nak tengok tulip kat Belanda. X dapat kat Belanda, kat Canberra pun jadi la. Tengok gambar cam besar je tempat tu. Tak sabar nak tengok tulip. Tapi barang x kemas lagi. Semoga kita ketemu lagi, insyaAllah....

Sekian, wasalam....

11 comments:

  1. cntik2 bunga kat sana... bila la dpt merasa ke sana

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, ada rezeki boleh la rasa. Skarang airasia banyak je offer dari malaysia

    ReplyDelete
  3. hi..salam perkenalan... 1st time here... bila pegi ni..? cantik2 bunga...:)

    ReplyDelete
  4. opps..sorry, i just noticed u stayed there..he.. he..my bad...;)

    ReplyDelete
  5. Thanks for your personal marvelous posting! I definitely enjoyed reading it, you may be a great author.
    I will make sure to bookmark your blog and will come
    back sometime soon. I want to encourage one to continue your great job, have a
    nice day!

    Here is my web site Subutex Doctors

    ReplyDelete
  6. kak fatin x buat post baru untuk 2014 ke?

    ReplyDelete