Salam...
Kali ni aku nak sambung pasal taman negara Freycinet kat bahagian timur Tasmania. Lama betul aku nak ambik masa nak upload gambar sebabnya skarang cam banyak keja jugak la nak buat. Walaupun sem ni aku ada 1 subject je, tp aku ada banyak keja luar yg nak kena settle sebabnya aku mendapat tugas dari Persatuan Melayu Tasmania untuk menganjurkan 1 kem sempena cuti musim luruh yg akan tiba tak lama lg. Kali ni aku cerita ikut gambar. Sebelum aku start bercerita, aku nak bgtahu yg gambar di bawah ni diambil dalam masa yg berlainan iaitu pada musim panas dan musim sejuk. Gambar yg musim panas aku yg ambik dan gambar musim sejuk adik aku yg ambik. Musim panas aku ambik gambar waktu tengah hari dan untuk musim sejuk adik aku ambik gambar waktu petang.
honeymoon bay dari bawah pokok. aku duk berteduh bawah pokok sebabnya time ni matahari duk atas kepala. cuaca pada hari tu memang cantik la. awan pun nampak menarik je
cetek je air kat kawasan ni... memang boleh mandi manda la kat sini. dah la x ramai orang
pemandangan laut yg cantik. air sangat biru dan bersih
activity berkayak sangat famous kat sini. tapi setakat ni, aku x berkesempatan lagi nak berkayak kat Tasmania ni. kalau kat Malaysia, orang selalunya berkayak kat tasik, tapi kat sini kebanyakkan activity kayak banyak kat laut
ada la dua tiga orang yg duk bersantai kat tepi pantai ni. time ni memang aku rasa nak terjun sebab airnya yg sangat jernih dan bersih. walaupun tak de ombak, tp air kat sini rasanya masin. aku sempat la try air kat sini sebabnya aku curios nak tahu apa rasa air dia. ingat air payau, skali masin da...
laut yg tenang dan membiru. tengok air kat sini, teringat buat essay time sekolah dulu. mesti letak crystal clear kalau cerita pasal pantai sebab nak dapat markah bonus
p/s: semua gambar kat atas ni, aku ambik time summer dan gambar kat bawah ni adik aku ambik time winter
ni la lumut colour hitam yg ada kat coles bay dalam entry yg lepas
rumpai ni aku tak tahu apa nama dia. mungkin yg ambik marine science tahu apa nama tumbuhan ni
rumpai lagi. banyak ada rumpai ni kat honeymoon bay
close up sikit
ni plak gambar pemandangan honeymoon bay pada waktu petang. adik aku cakap dia paling suka tengok honeymoon bay. mungkin sebab dia dapat tengok sunset skali
menghadap laut membiru
honeymoon bay yg disinari cahaya matahari pada waktu petang di musim sejuk
ni plak gambar sunset yg adik aku berjaya tangkap. dia memang bertuah la sebab dpat tengok sunset kat honeymoon bay. dah la honeymoon bay ni sangat cantik. rezeki dia dapat tengok sunset kat hemisfera selatan. jauh kot dia travel, dari hemisfera utara ke hemisfera selatan, merentasi 3 benua plak tu. tu la rezeki Allah nak bagi. walaupun time tu kitaorang dah nak kehabisan duit tp Allah still murahkan rezeki dia untuk sampai ke honeymoon bay. Kalau teringat time tu memang rasa insaf kejap. sebabnya kalau dah memang rezeki Allah nak bg untuk sampai ke satu tempat, memang x de kuasa yg dapat melawan kuasaNya. Akhir skali, layan je la gambar sunset yg adik aku tangkap.
Sekian...
sungguh indah ciptaan ALLAH
ReplyDeleteakak paling suka gbr sunset, cantik