YESTERDAY IS TODAY'S MEMORY....TOMORROW IS TODAY'S DREAM

Tuesday, June 28, 2011

Warming up

Salam....

Dah lama aku tak menulis kat blog ni. Sebenarnya aku tak ada idea nak menulis. Sebelum nak tulis banyak entry lg, kita warming up dulu. Skarang adalah cuti semester so time cuti ni aku banyak buat aktiviti luar. Kali ni cuti aku agak lama, almost 1 month. Aku start cuti pada 9/6 sampai 10/7. Timetable utk next sem pun dah keluar. Aku tak berapa suka dgn timetable next sem sebab hari2 aku ada kelas dan hari2 kelas start kul 9am. Takes thing positive. Bagus la hari2 gi uni so boleh bangun awal dan study kat uni lepas kelas. Tak payah dah nak gi melencong ke tempat lain.

Sebenarnya last sem, Allah dah makbulkan banyak permintaan aku. Yang pertama, aku nak merasa banyak hari cuti dari hari ada kelas. Allah dah makbulkan dgn bagi aku ada kelas 3 hari seminggu je dan 4 hari cuti. Best kan?

Yang kedua plak, aku nak merasa habis exam awal. So Allah bagi peluang kat aku utk rasa perasaan tu. Akulah orng pertama yg habis exam among the Malaysians kat sini. Best jgk la rasa perasaan ni sbb time orng lain duk struggle utk exam aku dah berbahagia sbb dah hbs exam.

Yang ketiga plak, aku nak merasa perasaan dapat HD dalam test or exam. Dah 4 tahun aku masuk university, tp x pernah pun dapat markah more than 80 dalam test or exam. Nak la jugak merasa. Akhirnya Allah pun dah bg aku rasa perasaan tu sem lepas. Kalau dulu Maths aku x pernah dapt B dari aku sekolah rendah sampai la sekolah menengah. Tapi skarang dapt HD tu cam bermimpi aje. Masa sekolah dulu aku punya aim nak A je. PASS tu insyaAllah dpat. Tapi sekarang, PASS tu la terget aku. Nak A cam susah je nak dapat walaupun tak mustahil.
Last year aku ada perasaan nak rasa ada ckit paper je time exam sbb last year aku ada 7 paper dalam 13 hari. Time tu sangat la huru hara hidup aku. Tidur memang x ada jadual. Time rasa ngantuk sangat baru je tidur. Kadang2 tidur bermimpi apa yang aku baca. Sampai macam tu skali hidup aku last year. Dah la lepas baca aku x ingat pun ubat apa nak guna. Dose lagi la, tak yah cakap la. Tapi tahun ni Allah dah makbulkan permintaan aku yang ke keempat iaitu nak ada sikit paper. Kali ni aku ada 2 paper je. Aku study pun rilex2 aje. Most drug yg aku blajar aku bleh ingat siap ngan dose skali. Rupanya nak blajar pharmacy ni kena ada hati yg tenang supaya senang nak hafal ubat-ubatan.

Permintaan aku yg kelima plak nak rasa rilex dan tak tension bila sem baru bermula. Alhamdulillah, Allah pun dah makbulkan pada sem ini. This sem memang rilex habis ar sebab aku ambik 1 subject je. Last year banyak kali aku rasa nak give up. Banyak kali jugak aku nangis sorang2 dan skali aku nangis time call mak aku sebab aku tak tahan sangat dengan pressure. Semua orang nampak aku cool je sebab kat depan kawan2 aku nampak cam tak ada perasaan je. Padahal aku memang stress giler. Walaupun last year, tak banyak exam cam time aku 2nd year. Tapi pressure last year lagi dasyat. Bagi aku nak exam tu x la tension sangat cumanya yg nak kena study lebih dari budak medic tu yg aku jadi tension. Ni sebenarnya tension sebab dengki ni. Jahat kan aku ni? Budak pharmacy bukan stakat blajar je, kena jumpa patients jugak dan masuk lab pun kena jugak. Bukan stakat lab pharmacy, lab chemistry pun aku kena masuk jgk. Blajar sama cam budak engineering pun ada. So aku punya exam ada yg bertulis, ada yg practical dan ada yg oral. Memang tension giler arrr. Bila tengok budak2 third year study tahun ni membuatkan aku pun kagum dgn diri sendiri sebabnya aku masih survive walaupun hidup sangat tension last year. Alhamdulillah.

Sesungguhnya Allah tu mahal adil dan Dia tak pernah menzalimi hambaNya cuma kita je yg menzalimi diri sendiri. Untuk dapatkan sesuatu yg berharga memang mahal harga yg kita perlu bayar. Dan kita jugak perlu untuk terus berusaha walaupun banyak kali menemui kagagalan. Bak kata pepatah Jepun, jatuh kali ketujuh bangun untuk kali kelapan. Hidup perlu diteruskan sampai kepenghujungnya walaupun banyak halangan ditengah2nya. Kepada sesiapa yang tengah berputus asa, aku nasihatkan supaya cepat bangun sebabnya apa yg kita dapat itulah yg terbaik untuk kita walaupun kita tidak menyukainya. Kalau kita rasa kita susah, ingatlah ada lagi yg lagi susah dari kita. Wake up guys!!!!

Sekian, wasalam...

Sekian,

2 comments: