YESTERDAY IS TODAY'S MEMORY....TOMORROW IS TODAY'S DREAM

Thursday, March 17, 2011

Feedback From The Interview

Salam...

Tadi aku punya interview pukul 1.30pm waktu Hobart. Aku rasa this interview was the relaxing interview yg aku pernah lalui. Interviewer yg aku jumpa tadi nama dia ialah Amanda. Patutnya ada 2 orang yg jadi interviewer td, tp disebabkan manager kat pharmacy tu cuti sakit so dia punya pegawai human resource je la yg interview aku. Amanda ni sangat mesra dan cara dia approach aku pun membuatkan aku tak rasa takut or berdebar sangat. Kalau sebelum ni kat Malaysia, interviewer suh je orang yg sebelum aku panggil aku untuk masuk, tp kat sini tadi, Amanda sendiri yg datang jemput aku naik ke bilik dia. Lepas tu, time kitaorang jalan nak masuk bilik dia (agak jauh jugak la jalan dari pharmacy ke office dia), dia cakap2 dan tanya khabar. So bila sampai bilik dia, aku dah rasa selesa dan confident untuk diinterview oleh Amanda. Masa mula2 x berdebar sangat, tp bila dah masuk pharmacy jantung aku pun mula berdegup laju dan tangan aku pun mula rasa sejuk. Dah la td suhu agak sejuk, dalam 15 degree. Mana tak berdebarnya, ni first time aku hadir interview untuk keja kot. Dah la, kena interview dengan orang putih. Kalau interview ngan orang Malaysia dalam english, aku x de la bimbang sangat sebabnya kita x de accent cam orang putih. Orang Australia ni accent dia pelik sikit. Masa mula2 aku datang dulu, aku sebut A dia tulis E. Lepas duk lama ckit kat sini, baru tahu cara dia sebut A cam mana. Lagi satu kalau sebut eight. Orang Oz ni pelik ckit kalau sebut no 8.

Td aku bangga jugak la sebab dia kata English aku good sebab dia boleh paham apa yg aku cakap dan aku pun paham apa yg dia cakap. Dia ada jugak cakap yg time dia datang Malaysia dulu, dia bengang sebab orang yg dia jumpa x paham bahasa inggeris. Aku x tanya plak which part of Malaysia yg dia pergi td. Interview td kejap je, lebih kurang setengah jam je. Alhamdulillah, aku rasa td aku buat boleh dikatakan baik jugak la. Harap2nya aku dapat la keja kat pharmacy tu, kalau x dapat pun aku dah ada pengalaman interview untuk keja. Walaupun bagi orang yg dah banyak kali hadiri interview, ni x de apa2 bg diaorng, tp bagi aku pengalaman pertama ini sangat manis untuk dikenang dan mungkin bermanfaat untuk aku dimasa hadapan. Kalau korang ada pengalaman nak dikongsi sila la singgah bahagian komen.

Sekian...

2 comments:

  1. salam dik

    layout blog baru hijau sejuk mata memandang

    akak byk kali gi interivew dr lepas sekolah sampailah kerja

    masa mula2 gi interview lps sek. dulu relaks je sbb interview utk sbg study tapi bila gi interview utk kerja mmg kena prepare betul2 mcm nak masuk exam. kdg2 tu kena tanya perkara yg tak masuk akal. tapi apa pun kalau nak attend interview utk kerja mesti tau hal ehwal semasa yg terkini local/international

    good luck yer dik

    ReplyDelete
  2. wasalam kak ana...

    semalam tiba2 ada mood nak tukat layout

    thanks akak for the info.

    ReplyDelete