YESTERDAY IS TODAY'S MEMORY....TOMORROW IS TODAY'S DREAM

Monday, May 2, 2011

Jom Mengecat Kereta

Salam...

Mengecat kereta ialah aktiviti yg aku buat pada hari terakhir cuti Easter (27/4/2011). Aku tolong Pija mengecat keretanya di rumah Imam Sabri. Imam Sabri ni ialah warga Malaysia yg dah lama menetap di sini. Nak pergi rumah dia cam nak balik kampung rasanya. Rumah imam Sabri ni kira cam kampung kitaorng kat sini la. Selalunya time raya, lps sembahyang raya, warga Melayu kat Hobart akan beraya kat rumah imam dulu sebelum pergi beraya ke tempat lain. Lambat lagi nak raya so kita sambung pasal cerita mengecat kereta dulu.

Dalam perjalanan nak ke rumah imam, aku jumpa ngan kambing biri2 yg sangat comel. Bulu biri2 ni putih je. Aku geram rasa nak peluk je biri2 ni, tp binatang ni takut ngan manusia. Bila manusia dtng dekat je mesti lari. Sakit hati aku sebab x leh nak bergambar ngan binatang ni.

Lepas tu, aku jumpa kuda plak. Kuda yg gagah berani. Kawan2 aku selalu cakap yg diaorng teringin nak naik kuda tp aku tak de pun keinginan nak naik kuda

pemandangan nak ke rumah imam. macam kampung dalam cerita orng putih kan?

padang rumput untuk biri2. Kalau atuk aku ada ladang cam ni mesti dia tak balik rumah dah. Duk teman biri2 dia makan rumput. Skarang dia ada sikit lembu pun asyik gi kebun bagi lembu makan je. Sampai nak salam pagi raya pun dia tak de sebab gi kebun bagi lembu makan. Nak salam ngan dia kena la tunggu time zuhur or salam terus lepas habis solat raya. Atuk aku ni pagi2 dah keluar gi kebun, lps tu dia balik rumah time dia nak gi smayang kat masjid je ngan waktu malam. Memang dasyat betul la atuk aku ni. Rindunya kat atuk.....

cantikkan pemandangan rumput yg hijau dan langit yg biru

ni dah nak sampai rumah imam

ni la rumah imam

so skarang adalah masa buat kerja

berehat kejap lps dah penat menghilangkan cat tempat yg hendak di cat semula


Skarang aku lebih menghargai kerja2 yg dilakukan oleh buruh2 kasar. Penat giler kot nak hilangkan cat untuk dicat semula. Kalau kat Malaysia senang, hantar je kedai sebab murah. Kat sini x main la cat kereta sikit2 ni sebab diaorang kat sini semua nak profesional aje. Sampaikan tukang paip pun profesional. Nak panggil tukang paip time cuti, kena bayar AUD 300. Tu belum masuk yg dia buat kerja lg. So kesimpulannya kalau korang nak kaya jd plumber, sila la duduk negara maju. Lepas ni sila pikir bagaimana anda jadi buruh kasar sebelum mintak kurang ngan diaorng. Tangan aku yg tak brapa halus pun terus jadi lagi kasar lps buat kerja ni. Gambar2 ni sebagai bukti yg kami bersungguh2 duk polish sebab nak hilangkan cat tempat yg hendak dicat semula.

gosok jangan x gosok

masih fokus lagi walaupun tangan dah rasa sakit sebab baru lepas main badminton semalamnya. Keesokkan harinya memang sakit giler badan. Nak pakai kain smayang pun susah. Rasa cam dah tua sangat dah


Bila kami dah berjaya tanggalkan cat ditempat yg dikehendaki, tugas imam untuk menyembur cat pun bermula.


ni imam tengah menyebur cat bahagian belakang
Pemandangan dari bengkel imam

kereta yg dah siap dicat semula. Macam kereta baru kan? tau x harga kereta ni brapa? Kalau aku cakap AUD 3500 korng percaya x?

ni plak basikal aku yg pancit. Aku hantar kat rumah imam untuk imam baiki basikal ni. Imam ni dah jadi cam datuk aku kat sini

Sebenarnya tayar belakang je yg pancit, tapi sebab x muat kereta so terpaksa la aku tanggalkan tayar depan supaya muat nak letak dalam kereta

So skarang tinggal 1 aktiviti je lagi yg aku buat time cuti Easter yg aku x ceritakan kat blog ni. Nanti aku cerita pasal aku g jalan2 kat Tasmazia plak.

Sekian, wasalam...

No comments:

Post a Comment