YESTERDAY IS TODAY'S MEMORY....TOMORROW IS TODAY'S DREAM

Tuesday, January 18, 2011

Catatan Musim Panas

Salam...

Tahun ni adalah tahun ke-2 aku duk kat Australia pada musim panas walaupun ni adalah musim panas yg ke-3 sepanjang aku kat Australia, sebabnya musim panas yg pertama aku duk kat Malaysia je. Alhamdulillah, kali ni aku dah dapat biasakan diri dgn musim panas ni. Bagi aku, musim panas banyak cabarannya. Pagi-pagi dah kena bangun untuk semayang subuh yg seawal 3.30 pagi. Isyak plak dalam kul 11 malam. Cabaran untuk bangun sembahyang memang hebat sangat bg aku sebabnya aku habis kerja dalam kul 9.30 malam, lepas tu sampai rumah dalam 10 lebih, tunggu isyak jap lepas tu trus tido sebab keletihan. Zuhur plak lebih kurang cam Malaysia jugak, kul 1.30 ptng. Asar dalam kul 5 suku petang dan Maghrib lambat ckit kalau nak compare ngan Malaysia sebabnya Maghrib masuk kul 9 malam. Sepanjang 7 jam kerja, aku kena berdiri je duk pilih ceri or lipat kotak ceri, memang sangat letih bg aku. Lepas je smayang subuh, aku sambung tido balik. Paling awalpun aku akan bangun kul 8 pagi. Memang dah x betul jadual tido aku kat cni time summer. Slalunya aku akan tido dalam kul 10 malam dan bangun kul 5 @ 6 pagi.

Tahun ni aku kurang keluar g jalan2 cam tahun lepas, maybe sebab aku penat bekerja kot. Tahun lepas banyak aktiviti luar yg aku buat. Tiap2 petang mesti keluar beriadah. Mungkin jugak sebab tahun lepas, aku kerja pagi dan x kerja hari2 cam this year. So kehidupan summer aku this year agak boring la jugak sebabnya, aku cycle benda yg sama hari-hari. Bangun tido, makan dan g kerja. Weekend je la aku buat benda lain ckit. Minggu lepas, aku naik gunung Wellington yg ada salji baru-baru ni. Terkejut jugak la aku sebab gunung ni ada salji waktu summer. Aku dengar berita ni kat berita terkini TV3. Tp time aku naik, gunung ni dah x de salji. Gunung ni memang tempat aku main salji kat Hobart ni. Lain kali aku crita pasal gunung ni plak.

Sekian...

2 comments:

  1. Summer maknanya mlm lebih panjanglah dr siang atau sebaliknya?

    Bermakna setiap kali bertukar musim waktu tidur jugak berubahlah yer. Mmg mencabar jugaklah waktu akak di Perth sbb kena bangun awal utk subuh.

    Bestlah dpt panjat gunung letak gbr byk2 yer. Mesti cantik pemandangannya

    ReplyDelete
  2. summer siang lagi panjang dari malam. yang bestnya time summer boleh buat banyak aktiviti waktu siang dan x sejuk sangat kat Hobart ni kalau nak compare ngan tempat lain. Kak Ana, jemput la datang Hobart.

    waktu tido saya ada la berubah ckit2 ikut musim. kalau masuk winter, memang mata saya cepat ngantuk. kadang2 kul 7 petang dah tido, lepas tu bangun kul 2 @ 3 pagi. waktu solat pun akan berubah2. tu la antara cabaran duk negara 4 musim.

    ReplyDelete