YESTERDAY IS TODAY'S MEMORY....TOMORROW IS TODAY'S DREAM

Sunday, January 23, 2011

Gunung Wellington

Salam...

Hari Sabtu minggu lepas aku ada 3 orang tetamu dari Malaysia. Kawan aku ni belajar kat Melbourne, then mak dan adik dia datang lawat dia. Lepas tu dia bawa mak dan adik dia datang Hobart. Diaorang plan nak naik Mount Wellington tapi aku guna kereta buat pergi kerja, so diaorang kena tunggu aku balik dari kerja dulu. Hari Sabtu lepas aku habis kerja kul 4 petang, so sempat la diaorang nak naik gunung sebab maghrib kat sini pada musim summer ni dalam kul 9 malam. Pada mulanya aku tak nak ikut sebab penat, ye la kan baru balik dari kerja. Lepas tu, aku rasa cuaca cam sesuai plak nak ambik gambar yang cantik dari gunung. Tambahan pula aku x pernah naik gunung ni musim panas. Selalunya aku naik gunung ni musim sejuk je sebab nak gi main salji. Kitaorang bertolak naik gunung ni dalam kul 6 petang. Aku panjat gunung ni ngan kereta sebab tu la aku masih boleh naik gunung lepas kerja. hehehe.... Selalunya nak naik gunung ni ambik masa dalam setengah jam je dari rumah aku. Ini adalah kali ketiga aku naik gunung ni.

Gunung Wellington ni ialah salah satu tarikan kat Hobart ni. Selalunya sape yg datang Hobart kena la naik gunung ni, tapi adik aku x nak naik gunung ni time dia datang last year. Adik aku ni bawa gi shopping baru laju, kalau setakat nak sightseeing tu lambat ckit. Gunung ni jugak tempat warga Hobart bermain salji. Gunung ni pelik ckit, bukan setakat winter je dia ada salji tapi tiap2 musim dia bersalji termasuklah musim panas. So orang Hobart memang beruntung la sebab sepanjang tahun boleh main salji. Memang hebat betul ciptaan Allah. Dia yang Maha Kuasa nak jadikan salji bila2 masa. Memang segalanya mudah bagi Allah. So kalau kita ada apa2 masalah, kembalilah kepada Allah sebabnya hanya Allah yang boleh tolong kita selesaikan masalah. Tidak ada yang susah bagi Allah.

Ada banyak jugak la gambar yg aku ambik tp malas nak upload. Layan je la gambar yang ada ni. Bagi aku gambar pun x leh nak menggambarkan ciptaan Allah yg sangat cantik. Memang kena naik dan tengok sendiri pemandangan dari atas gunung ni. Kebanyakkan gambar yang cantik aku capture guna mata aku sendiri dan save dalam otak je.

ni pemandangan Mt Wellington dari sea level. Ni gambar aku tangkap time summer last year. Time aku naik ari tu, awan x de so UV memang tinggi ar...

1270 meter atas paras laut. Aku pun baru tahu ni lepas kali ketiga aku naik gunung ni. Sebab selalunya aku sibuk duk main salji je tiap kali aku naik. Kali ni aku menghayati apa yang ada kat puncak gunung

batu-batan yang tersusun cantik. Dalam gambar ni nampak x cantik sangat (maybe camera aku murah kot), tp yang realiti memang cantik. Tak pe, janji aku dah save dalam otak aku

bulan separa dari puncak gunung ni

antara tempat yang ada di puncak gunung. seperti biasalah, puncak gunung memang banyak batu dan kurang tumbuhan. Kalau ada pun pokok renek je. Seronok plak ingat belajar geografi time naik gunung ni sebab aku dapat tengok ngan mata sendiri. Perasaan tengok dalam buku ngan tengok yang realiti memang lain...

aku di celah2 batu. Angin kat puncak gunung ni memang sangat kuat. Tak kena gaya, memang boleh terbalik diterbangkan angin. Aku terpaksa duk celah2 batu supaya selamat. Tudung dah memang penyet, x leh nak buat apa dah...

ni aku cuba untuk berdiri sambil menahan tiupan angin. lepas ambik gambar ni, aku memang jatuh ditiup angin

berjaya berdiri dengan tegak. nasib baik gambar x gerak2, kalau x memang nampak la sekejap je aku boleh berdiri tegak

sungai dan tasik dari puncak gunung

bangun yang macam KOMTAR tu ialah casino. Boleh nampak banyak kapal kat Hobart ni sebabnya Tasmania ni dikelilingi oleh laut. Tasmania kan pulau...

ni plak Tasman Brigde. Aku kena lalu bridge ni hari2 untuk ke tempat kerja. Kalau malam bridge ni lagi cantik. Skali tengok nampak cam jambatan Pulau Pinang. Nape banyak benda kat Hobart ni sama macam yg ada kat Penang? Aku pun x de jawapan untuk persoalan itu

batu-batan yang tersusun cantik. macam ada orang susun je...tu la hebatnya kuasa Allah

ni plak tandas kat puncak gunung ni...kat tandas ni x de air panas. so korang boleh imagine la sendiri bila nak buang air musim sejuk, harus beku. Kalau aku memang tunggu sampai turun gunung dulu la, baru buang air.

ni plak tempat khas untuk sightseeing bandar Hobart. siap ada teropong lagi dalam tu

antara muara sungai dan teluk yang dapat dilihat dari atas gunung

lumut pun antara tumbuhan yang ada kat puncak gunung. ni aku masih ingat time belajar goegrafi dulu. Aku suka geografi sebab aku selalu dapat markah tinggi. hehehe...sebab dapat A selalu je, kalau x mesti aku pun x suka Geografi

ni walaupun nampak cam laut, tp namanya ialah Derwent River. Yang peliknya, air sungai ni masin cam air laut. Kawan aku cakap sebab sungai ni adalah muara. Bukan ke muara air dia rasa payau? Ni pun salah satu kehebatan Allah jugak

ni plak menara yg macam roket soyuz yg Sheikh Muszaphar naik nak gi ISS

mesti la ada gambar kenangan kat atas gunung

Tu je la pengalaman aku kat Gunung Wellington yang aku dapat kongsi ngan korang semua. Semoga tahun ni aku dapat naik main Salji kat gunung ni lagi.

Sekian...

2 comments:

  1. salam dik

    cantik2 gbr, indah sungguh ciptaan ALLAH.

    pukul brp ambik gbr yg ada bulan tu suasana cerah tapi ada bulan?

    ari2 lalu jbtan gi kerja maknanya tak kerja di tasmanialah ?

    ReplyDelete
  2. wasalam kak ana,

    ambik gambar dalam pukul 7 lebih, lagi 2 jam nak malam....

    saya kerja kat Tasmania. Tasmania ni besar, sebesar semenanjung Malaysia. Saya tinggal kat Hobart, tp kerja kat Richmond sebab tu kena lalu jambatan. Hobart tu ibu negeri Tasmania. Saya g kerja cam orang Shah Alam g KL la...

    ReplyDelete