Mesti ramai yang tahu pasal Hamzah iaitu bapa saudara Nabi Muhammad SAW. Dia di gelar singa Allah sebab keberaniannya mempertahankan Islam. Aku teringat pasal Hamzah ni lepas baca surah Al-Fajr iaitu surah yang ke-89. Surah ni mengandungi 30 ayat dan diturunkan di Mekah. Aku sangat tertarik dengan ayat yg ke-27 hingga ayat yang ke-30 dalam surah ni. Ayat tu berbunyi:
27. Wahai jiwa yang tenang!
28. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya
29. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu
30. dan masuklah ke dalam syurgaKu
Menurut hadis riwayat Ibnu Abi Hatim, Buraidah r.a. menerangkan bahawa ayat 27 ditujukan kepada Hamzah r.a. yang gugur sebagai syuhada di Perang Uhud.
Bila baca maksud surah ni aku rasa tersentuh sangat. So aku nak kongsi perasaan aku dengan pembaca sekalian sebabnya aku teringat satu hadis Nabi yang bermaksud "Sampaikan walaupun sepotong ayat." Bestnya jadi macam Hamzah kan? Allah siap jemput dia masuk syurga sampai disebut dalam Al-Quran. Kalau tengok perjuangan dia mempertahankan Islam, memang layak la dia di jemput masuk syurga.
So azam aku tahun ni nak jaga hubungan aku dengan Allah dan manusia. Nak jaga solat, nak perbanyakkan amalan sunat dan nak perbanyakkan buat sedekah jariah. Aku rasa bila kerja, aku memang kurang buat amalan sunat sangat. Baca Quran pun sekali sekala je, sebabnya lepas kerja memang penat dan asyik pikir nak tido je. Aku pun berharap agar hubungan aku dengan kawan2 yang baru sampai di bumi Hobart dan kawan2 yg sudah lama berjuang di sini bertambah baik. Aku juga berharap agar kawan2 alam maya aku pun bertambah. Selepas ni semoga aku dapat bermujahadah membuat kebaikan dan menambah pahala.
Sekian...
niat yg murni semoga berjaya
ReplyDeletekubur hamzah ni di bukit uhud, kubur tu lebih panjang agaknya org dulu2 lebih besar dan gagah berbanding org skrg
thanks akak
ReplyDeletebestnya akak dah pernah sampai sana