YESTERDAY IS TODAY'S MEMORY....TOMORROW IS TODAY'S DREAM

Wednesday, February 16, 2011

16 Februari

Salam...

16 Februari 2008 adalah 1 tarikh yg akan aku ingat selagi hayat dikandung badan ataupun selagi aku x dapat dementia. Mintak jauh la dari dementia ni... Pada tarikh ni la salah satu impian aku jadi kenyataan. Pada hari itu aku dapat tiket free from kerajaan Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke Australia. Perasaan gembira aku memang x dapat nak di gambarkan pada waktu tu. Sampaikan aku tak nangis pun time bersalam-salaman dengan family aku. Punyala gembira nak gi belajar luar negara. Almaklumla, 2 cita2 aku dari kecil akan tercapai. Satu, aku dapat belajar kat oversea dan satu lagi aku dapat tiket free. Impian aku nak dapat tiket free ni bermula dari tingkatan 1 lepas dengar pengetua aku bagi ucapan kat perhimpunan ari Ahad. Terima kasih rakyat Malaysia!!!! sebabnya aku dapat tiket free ni hasil duit rakyat membayar cukai.

Tu la keadaan kali pertama aku nak datang ke Australia. Semangat memang berkobar2. Bila dah mula belajar di sini, memang terasa nak kembali belajar di Malaysia. Bila nak datang ke Australia kembalinya dari cuti summer aku mesti nangis2 kat airport. Ada skali tu, x silap aku 2 tahun lepas kot, aku nangis sepanjang perjalanan dari KB ke KL. Dah la aku duk seat yg tepi laluan. Malu jugak la pada penumpang lain, tp nak buat cam mana air mata aku x leh nak tahan dari keluar. Aku rasa memang sepanjang tahun rasa nak balik Malaysia, lagi2 time tension belajar. Lepas tu pikir balik nape la aku x pilih untuk belajar dalam negara je. Cuma satu je masa yg aku x pikir untuk balik Malaysia iaitu masa gi jalan2. Hehehe....teruk betul aku ni. Dah la guna duit rakyat, malas belajar plak.

Tu la manusia, suka sangat mengeluh dan tak bersyukur. Teringat aku pada surah Al-Ma'arij (70) ayat 19-21:

19. Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh.
20. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah,
21. dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia menjadi kikir

Allah dah siap cakap dalam Al-Quran lagi yg manusia ni memang suka mengeluh. Maksudnya, aku memang manusia la. Hehehe....

Apa2 pun, aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada semua rakyat Malaysia sebabnya aku datang ke sini atas bantuan korang semua yg membayar cukai. Sebab tu la aku buat blog ni dengan tujuan aku nak berkongsi pengalaman hidup di luar negara dengan pembaca sekalian. Bagi aku, tinggal di luar negara ni, indah khabar dari rupa. Malaysia always the best. Nanti aku sambung lagi esok nape aku cakap duk luar negara ni indah khabar dari rupa. Aku dah kena tido ni. Sebabnya esok nak bangun pagi2 nak sembahyang subuh.

Sekian...

2 comments:

  1. fatin adalah di antara yg bertuah terpilih utk belajar di luar negara. belajar bersungguh2 timbalah seberapa byk ilmu dan pengalaman utk di bawa pulang.

    ReplyDelete
  2. insyaAllah saya akan tunaikan amanah yg telah terpikul

    ReplyDelete