YESTERDAY IS TODAY'S MEMORY....TOMORROW IS TODAY'S DREAM

Saturday, February 5, 2011

Richmond Bridge

Salam...

Kali ni aku nak bercerita pasal Richmond Bridge yg terletak di Richmond. Richmond ni salah satu pekan kecil kat Tasmania. Kalau dari Hobart, lebih kurang setengah jam nak sampai Richmond. Bandar Richmond ialah salah satu tempat pelancongan yg terkenal di Tasmania. Kebanyakkan pelancong yg datang ke Hobart selalunya akan ke Richmond untuk bergambar dengan Richmond Bridge seperti dalam postcard. Richmond terkenal dengan jambatan batu yang tertua di Tasmania. Jambatan ini telah siap dibina pada tahun 1825. Richmond Bridge telah diwartakan sebagai warisan negara Australia pada 25 November 2005.

Tu la serba sedikit pengenalan tentang Richmond Bridge. So skarang kita kembali kepada cerita aku. Banyak kali jugak la aku datang ke tempat ni untuk membawa pelancong mahupun untuk berkelah. Lagipun Richmond ni aku akan lalu sebelum sampai tempat kerja aku iaitu Campania. Kebanyakkan time aku pergi adalah waktu summer so musim lain aku x tahu la pemandangan dia macam mana. Pada pendapat aku, tempat ni sangat sesuai untuk berkelah dan beriadah sesama keluarga mahupun kawan-kawan. Tak banyak yg aku dapat ceritakan pasal tempat ni, tapi tempat ni sangat cantik la. So kita layan gambar je la....

Ni la gambar Richmond Bridge. Gambar ni aku tangkap tahun 2008, masa mula2 aku datang sini. Aku first time nak datang sini sebab tengok bridge ni nampak cantik kat postcard. Bila aku datang sini, excited aku tangkap gambar bridge ni sama cam kat postcard.

Gambar jambatan yg lagi dekat. Perasan tak ada orang kat atas bridge ni? tu la aku

Alhamdulillah, cuaca hari yg aku datang sangat cerah so gambar nampak cantik la walaupun time ni aku x pakai DSLR lg. Walaupun dah pakai DSLR, camera Olympus aku tetap simpan dan aku masih sayang sebabnya camera ni pun banyak berbakti.

ni pun gambar tahun 2008. perasan x ada 4 orang lelaki melayu kat dalam gambar ni. mereka ni semua kawan2 aku yg mula2 sampai kat Hobart skali dengan aku pada tahun 2008 dahulu, iaitu Asfar, Din, Wan dan Amir.

Ni plak gambar tahun 2009. Kat kawasan jambatan ni banyak sangat itik. Aku memang suka tengok itik2 ni sebabnya itik ni x kotor, bersih macam ada orang jaga. Padahal ni itik yg terbiar je. So boleh la kalau nak bagi makan kat itik2 ni sama macam bagi burung makan kat kota London tu.

Dalam gambar ni ialah Kak Mimi (dia dah balik Malaysia for good. dia ni jadi lecturer kat politeknik, tp aku x tahu kat mn), Farah (dia ambik farmasi jugak sama cam aku), Ashley (dia ambik medic), Rosda (dia pun ambik farmasi) dan aku. Time ni kami pergi picnic bulan 12 tahun 2009 sebelum Ashley balik Malaysia untuk bercuti. Tak silap aku, time ni kitaorng singgah after pergi tengok ladang tempat aku kerja.

Ni plak, gambar tahun lepas. Kami pergi berkelah pada musim summer sebab cuaca sangat sesuai untuk berkelah dah beriadah. Dalam gambar ni ialah Farah, Kak Fatin (dia ni ambik medic, final year this year), Kak Mimi, Rosda dan aku.

kitaorng tengah makan sambil berbual2 dan ambik angin.

seperti biasa, gambar tuan punya blog. Gambar ni adalah gambar yg pertama diambil depan Richmond Bridge iaitu pada tahun 2008. Excited aku ambik gambar time ni, cumanya silau ckit sebab duk menghadap matahari.
close up sikit

sleeping beauty....rumput dia pun sangat best untuk baring2. Tempat dia pun bersih so aku memang suka landing atas rumput la.

Sekian...

2 comments:

  1. kat sini mat salleh pun picnic jugak ke?
    sekitar bridge ni ada apa?

    gbr yg akhir tu akak suka

    ReplyDelete
  2. mat salleh la yg banyak duk picnic sini, especially weekend.
    sekitar bridge nix de apa2 sangat cuma ada town kecil. kat town ni ada maze, museum, kedai2 souvenir dan coffee house. town ni sesuai la kalau nak lepak2 dan rilex2.

    hehehe....tu gambar latest

    ReplyDelete