Salam...
Untuk post kali ini, aku nak bercerita pasal 1 taman negara yg terkenal di Tasmania. Tasmania ni sangat terkenal kerana pemandangan kat sini yang sangat cantik so kalau aku bercerita pasal Tasmania, aku memang akan bercerita pasal pemandangan je la. Kat sini x de shopping sangat, aku pun bershopping kat Melbourne. Konon2 hebat la shopping kat Melbourne ni...Tp shopping kat Melbourne memang best pun sebab ada DFO, memang banyak la barang branded yg murah2, cuma kena sediakan duit je banyak2. Kembali kita kepada taman negara di Tasmania ni dan lupakan DFO kat Melbourne.
Taman negara ni nama dia Freycinet National Park. Freycinet ni terletak di bahagian timur Tasmania. Kalau dari Hobart, mengambil masa 3 jam untuk memandu ke sana. Kat Freycinet National Park, bukannya banyak hutan tapi ada banyak bay yang cantik2 dan pemandangan laut lepas. Kalau nak tahu details pasal tempat ni, baik google je sebabnya aku tak tahu details sangat. Aku pergi sana pun aku cuma menghayati pemandangannya yg cantik dan ambik gambar untuk dijadikan kenangan je. Tapi yg sedihnya, camera aku habis bateri sebelum sempat aku jelajah semua tempat. Tp x pe, camera kawan2 aku ada walaupun bukan DSLR tp sangat berjasa untuk mengambil gambar kami sebagai kenangan pernah sampai ke tempat ini.
Entry ni aku nak bagitahu overview national park ni je sebabnya kalau nak cakap details panjang sangat. Nanti aku akan buat details pasal bay2 ni. Sebagai permulaan, aku bagi tengok gambar pemandangan yg paling cantik yg aku ada. Pemandangan sebenar memang berganda2 cantik. Kita sebagai manusia memang tak leh lawan kehebatan ciptaan Allah. Ye la kan hamba mana boleh lawan tuan walau hebat macam mana pun manusia, dia tetap hamba kepada Tuhannya. Betul tak? Jom layan gambar
Jom kawan2 kita mengembara ke taman negara!!!!
Camera ni la yg habis bateri, nasib baik aku sayang ko wahai camera, kalau x dah lama aku campak ke laut.
ni ialah rumah api. aku rasa semua orang dah tahu yg ni ialah rumah api. cumanya, aku nak cakap rumah api ni pun salah satu tarikan kat national park ini. rumah api ini mengadap ke laut lepas. aku lupa la apa nama laut tu.
ni la laut yang dekat ngan rumah api tu. cliff kat sini memang sangat tinggi, so x sesuai bagi sesiapa yang gayat. lagipun angin sangat kuat so akan menambahkan rasa kegayatan
ni ialah Sleepy Bay. Aku x tahu la kenapa dia bagi nama sleepy padahal x ngantuk pun duk sini
yg ni ialah Honeymoon Bay... bagi aku bay ni yg paling cantik antara banyak2 bay kat sini...nanti aku crita lagi pasal bay ni...
ni plak ialah Wine Glass Bay dari tempat lookout. SubahanAllah, memang cantik..berbaloi kena mendaki 45 minit
dan ini ialah pantai Wine Glass Bay. Air yg biru kehijauan
last skali ialah Coles Bay. Tempat ni sesuai untuk aktiviti kayak sebabnya air kat sini sangat tenang
gambar tuan blog haruslah ada. ini adalah gambar sebelum memulakan pengembaraan. Jom pengembaraan bermula!!!! patutnya duk atas la kan? x pe la duk bawah pun sebabnya nak gambarkan betapa seronoknya jalan2 kat taman negara ni....
Sekian...
cantik2 pemandangan di national park nih tapi akak paling suka gbr ke 6 dan 7.sukalah tgk gunung2 dan air laut tu, indah sungguh ciptaan ALLAH
ReplyDeleteDFO tu apa ye dik?
memang indah ciptaan Allah...sungguh mendamaikan
ReplyDeleteyg akak suka tu wine glass bay. bay ni la yg paling famous kat sini
DFO stand for direct factory outlets. tempat shopping barang branded. Kalau sales memang boleh dapat murah dari kat Malaysia