Salam....
Setelah lama bercuti, blog ini kembali bersiaran dengan sambungan national park yg tak habis lagi. Sebab Hobart cuti sampai 3 hari sempena Royal Hobart Regatta Day, aku pun turut bercuti berblogging. Alasan je ni, sebenarnya aku malas nak upload foto sebab tu la tak terupdate....Lagi pun ada pelajar baru datang dari Malaysia yg akan belajar kat sini sedang tumpang rumah aku, so banyak kerja ckit nak tlong settle untuk diaorng. Skarang ni ada 15 orng dalam rumah aku, lepas tu share 1 bilik air je...korang dapat bayangkan x keadaan rumah aku skarang ni...tp ok je hidup sebagai student ni...jauh plak terpesong dari tujuan asal. Jom kita sambung balik kepada percutian kita...
Layan gambar je la. aku x de mood nak menaip panjang2. aku explain ikut gambar so seronok sikit. macam buku cerita kanak2 je kan? kalau aku pun malas nak baca panjang2...aku lg suka tengok gambar.....
apabila sampai di tempat parking korang akan di sambut oleh cik wallabies yg banyak berkeliaran kat tempat parking...kepada sesiapa yg x pernah jumpa binatang ni mungkin akan rasa seronok dan teruja untuk memberi makanan kepada binatang2 ini, antaranya termasuklah adik aku yg duk kat France. Almaklumla, kat France x de binatang yg macam ni. Mungkin yg banyaknya adalah shopping complex...aku agak je sebabnya aku pun x pernah sampai sana.
p/s: kalau salah maaf ye angah
sebelum mendaki bukit untuk ke Wine Glass Bay, jom kita bayar bayaran masuk dlu...walaupun time ni summer, suhunya tetap sejuk. sebab tu la semua orang dalam gamabr ni pakai sweater. mungkin sebab pagi lagi time ni kot.
ni la bukit yg akan kami berlima panjat untuk ke lookout wine glass bay. pendakian mengambil masa lebih kurang 45 minit. Kalau nak daki perlahan2 lagi la lama nak sampai...kalau ikut pendakian orang putih, setengah jam dah boleh sampai sebabnya diaorng ni langkah panjang x sama ngan langkah aku
di tengah jalan sebelum sampai ke lookout.
Alhamdulillah cuaca yg cerah semasa kami nak memulakan pendakian. Aku ingatkan cuaca mendung pada hari itu sebabnya pagi tu kabus tebal. macam dalam gambar kat coles bay
pemandangan laut dalam perjalanan menuju ke puncak. SubhanAllah!!! memang sangat cantik. Kalau x caya, datang la sendiri...
akhirnya kami berjaya sampai ke tempat lookout...ramai betul oarng time ni...dan kebanyakannya adalah pelancong. berebut2 aku ngan diaorng ni nak cari spot yg cantik nak tangkap gambar
aku tersenyum bangga sebabnya berjaya sampai ke tempat lookout. tempat lookout tu separuh dari bukit ni sebab tu la still nampak puncak. aku x daki sampai ke puncak pun. sampai tempat lookout pun semput...air aku bawa dah habis dah time ni, padahal jauh lagi perjalanan. sebabnya aku nak turun sampai ke pantai wine glass bay
pemandangan dari lookout
banyak kapal2 orang kaya kat wine glass bay ni
ni antara wine glass bay dan satu lagi laut. aku x ingat dah nama laut lagi satu tu...
skarang kami mahu turun ke wine glass bay
on d way turun ke pantai...gembira walaupun penat
akhirnya kami sampai ke pantai yg cantik
ni plak pelancong dari France...Angah, ada ur friend x?
pantai yg memukau
pasir kat pantai ni memang sangat unik...pasirnya macam kristal...aku yg jakun ni sampai bawak balik satu botol pasir untuk dijadikan kenangan. sanggup mendaki bukit sambil bawak pasir balik
kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai
ramai yg duk mandi-manda. time ni syok la diaorng mandi sebabnya panas. kalau hari yg sejuk, mahunya semua beku...
Sekian...
fatin!!
ReplyDeletebestnya jalan2. cantik sgt tmpat tu.hehe
mmg cantiklah pemandangan, lautnya biru terasa2 udara segarnya. kalau akak ke sana akak pun nak jugak pasir tu bawak balik sbg kenangan.
ReplyDeletebertuahlah dik dpt jejak kaki di sana
Aida: kat luar lg cantik dari dalam gambar...
ReplyDeleteKak Ana: pasir dia memang lain dari yg lain...rezeki dari Allah sebab tu boleh sampai sana..