YESTERDAY IS TODAY'S MEMORY....TOMORROW IS TODAY'S DREAM

Friday, April 8, 2011

Sambil blajar sambil berblog...

Salam...

Hari ni rajin plak nak update blog. Slalunya time start blajar la rajin nak buat kerja lain jugak. Kali ni aku nak share suasana meja aku time aku blajar. Kalau semut masuk kawasan meja aku confirm semut tu x jumpa jalan nak keluar. Hehehe...

buku yg sentiasa menemani aku, tido pun kadang2 tido ngan buku ni. dah lunyai dah pun buku ni. Harga pun mahal so kena guna sebaik mungkin

ni sebahagian dari kawasan meja aku. ni je la part aku duk menulis. sebab di bawah cahaya lampu. macam2 pen ada sebab aku duk tulis nota so kena guna pakai pen banyak warna baru menarik aku nak baca. nampak x ada wayar earphone tu? aku duk dengar sinar fm sambil belajar. kalau x de music aku cepat ngantuk. eraser aku tu since 2009 lg, sebab tu la nampak buruk bebonar.

ni pen favourite aku. walaupun pen ni aku dpat free from anticoagulation team, tp sangat best. pen pilot pun kalah ngan pen ni. dulu aku suka guna pen pilot, skarang pun aku still guna lg cuma pen ni aku lg suka guna skarang.

nampak x aku tulis oxycodone tu? tahukah anda apa itu oxycodone? oxycodone ni adik beradik ngan heroin dan morphine. diaorng ni termasuk dalam kelas opiods. ubat ni ubat under control. kena simpan dalam peti besi lg tau. macam peti besi kat bank tu. First aku tengok tempat penyimpanan ubat ni impress betul aku. nak keluarkan ubat yg under control bukan senang tau. siap kena tulis details dan sign lg. kalau student kau kena mintak intern or pharmacist sahkan plak. aku pernah ada pengalaman ambik ubat ni dari peti besi. seronok rasanya diberi kepercayaan untuk ambik ubat under control ni.

ni plak list insulin. semua pernah dengar kan apa itu insulin? ni semua aku nak kena ingat. yang mana ultra-short-acting, short-acting, immediate-acting dan long-acting. dulu masa blajar bio tahu je insulin digunakan untuk diabetes, tp skarang aku kena tahu plak jenis yg sesuai untuk diberi pada masa yg sesuai. menarik jugak blajar benda ni. mula2 pening lepas dah faham seronok plak untuk pilih jenis insulin yg sesuai. insulin ni kena bg melalui injection x boleh dimakan, so sape yg takut injection sila jaga kesihatan anda. Kurangkan manis dalam makanan dan tambahkan manis dalam senyuman. P=)

Ok la, aku nak sambung buat nota.

Sekian, wasalam...

Bersyukurkah Aku?

Salam...

Semalam result test aku yg hari Isnin dah keluar. Alhamdulillah aku berjaya improve result aku daripada last year. Sebelum aku check result aku, aku tengok email ni dlu:

Ni lecturer aku yg hantar. Time aku baca ni aku rasa terharu sebab x sangka lecturer aku ambil berat kat aku. Time aku baca ni, aku agak result aku x de la segempak yg aku harapkan sebabnya orang kat sini suka puji lebih2 sebab nak bg support kat kita. Kawan aku yg repeat pun ckap diaorng dapat jugak. Lecturer ni, Angus nama dia memang best, helpful dan sporting. Angus ni from England. Time dia mengajar suka cakap pasal England, lps tu compare ngan Australia.

Ok, kembali ke cerita yg aku nak share. Aku bukan nak menunjuk-nunjuk result, tp aku nak share perasaan aku time aku tengok result. Lepas aku bc email tu, aku pun check la result aku plak. Betul tekaan aku yg result aku x seperti yg aku harapkan. Bila aku tengok result aku, ada sedikit perasaan kecewa yg ada sebabnya aku target High Distinction(HD) tp aku dapat lagi 0.5 nak dpt HD. Dalam keadaan ni aku dah tak bersyukur dan tak reda dgn apa yg Allah dah bg kat aku. Sepatutnya aku bersyukur sebab dari pass aku dah dapat Distinction. Lecturer aku pun happy ngan improvement aku. Lepas 2, 3 minit aku tengok results, aku teringat kat Allah. Betapa x bersyukurnya aku lepas apa yg Dia dah bg pada aku. Allah dah cakap dalam surah An-Najm:
"Dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya) (53;40)"

Allah kira usaha kita bukan hasil yg kita dapat. Hasilnya adalah rezeki dan rahmat dari Allah. Lepas tu aku memang menyesal la. Allah x nak bg HD lagi kat aku memang ada hikmah yg hanya Allah je yg tahu. Aku yg x pernah dapat email congrat dari lecturer pun dapat email dari lecturer aku disebabkan test ni. Tu pun x nampak lg ke hikmah yg Allah nak bg kat kau, RAJA NURUL FATIN. Memang rasa menyesal betul la, sampai skarang pun aku still duk minta ampun dari Allah. Betapa banyaknya nikmat Allah tp manusia tetap x bersyukur. Memang betul la manusia ni kalau ada 2 gunung emas, dia akan minta yg ketiga dari Allah. Pengajaran semalam yg aku dapat adalah aku kena belajar kerana Allah dan bukan untuk exam. Kalau untuk Allah mesti kita x kecewa dgn result yg Allah bg. Niat ni memang kena slalu betulkan sebabnya niat ni memang cepat terpesong. Ya Allah ampunkanlah dosa hamba-hambaMu. Ameen.

Sekian, wasalam...

Wednesday, April 6, 2011

Thank You Allah

Salam...

Pernah tak rasa nak makan something, lepas tu dapat tanpa berusaha pun. Tu la terjadi pada aku hari ni. Tadi aku rasa nak minum air berkarbonat, tp aku rasa cam membazir plak nak beli sebab semalam aku dah makan kat luar so kena la jimat ckit untuk bulan ketiga ni. Selalunya JPA masukkan duit 3 bulan skali. Last JPA masukkan duit adalah akhir bulan 1, so maknanya bulan 4 ni duit pun dah semakin surut la. Lagi pun aku x boleh sangat minum air berkarbonat ni sebabnya nanti aku jadi semput. Tetapi bila rezeki Allah nak bagi, x de siapa yang dapat menghalangnya. Tadi Famila datang nak buat cheese cake kat rumah aku, lepas tu dia belikan air lemonade skali. Bila dia bg air ni kat aku, hati aku terdetik yg Allah tu Maha Pemurah dan Penyayang. Manusia je yang slalu x bersyukur dgn nikmat Allah, termasuklah aku. Selalunya kita akan nampak nikmat yg besar2 je, nikmat yg kecil kita lupa padahal ianya pun adalah kurniaan dari Allah. Semoga kita menjadi hamba yg sentiasa bersyukur kpd Allah. Ameen....

Ni la air yg Famila bawa td. Air ni pun antara air kegemaran aku

Sekian, wasalam...

Rewards


Salam...

Hari Isnin this week aku ada test. Setelah penat belajar aku reward diri aku dengan keluar g jalan2 dan ambik gambar kat Fitzroy Garden. So smalam aku pergi tangkap gambar kat taman tu lepas habis kelas. Lagipun smalam aku ada 1 kelas je, dari kul 9-10 pg. Ni pun nak blajar2 ambik gambar je. Bg aku ambik gambar alam ni boleh memberi ketenangan jiwa kpd aku. Ni la antara gambar yg aku tangkap smalam.

ni la tamannya. semalam aku pergi pagi, so x de orang sangat pagi2 kat sini. kalau pg weekend baru ramai orang

musim luruh dah tiba. pokok sedang menguning. nanti bila semua daun dah kuning dan daun dah start gugur, pemandangan akan jadi lg cantik.

Disebabkan skarang masih permulaan bg musim luruh, so pokok2 still berdaun hijau walaupun ada yg setengahnya dah separuh kuning. Pokok bunga pun masih ada bunga lagi. So semalam aku decide nak ambik gambar bunga je la dulu. Nanti bila daun dah start luruh, aku nak g ambik gambar daun2 yg luruh plak. Aku hadiahkan gambar2 bunga ros ni kpd semua pembaca yg baca post ni. Nak bagi bunga hidup takut x sempat sampai, so aku bg gambar je la.






Ni plak gambar duri-duri bunga ros. Bagi aku bunga ros ni unik, sebabnya ia boleh digunakan untuk gambarkan yg manusia ni tak perfect. Mesti ada kekurangan dan kelemahan. Allah jadikan pokok bunga ros berduri dan pada masa yg sama Allah ciptakan bunga ros sebagai bunga yg cantik dan berbau wangi. So manusia akan tertarik pada bunganya dan abaikan pasal durinya. Agak2 kalau Allah buat bunga ros cam bunga tahi ayam ada ke manusia nak minat bunga ros? Manusia pun sama jugak, ada sesetengah perkara dia sempurna tp pada masa yg sama jugak ada yg cacatnya. Hanya Allah yg Maha Sempurna.
p/s: Tapi aku minat bunga carnation. tiba-tiba je....x de orang tanya pun kan? Mana la tahu ada orang berniat nak bg bunga kat aku. Aku mention la awal2...







Lepas ambik gambar2 ni, aku tengok tangan aku ada garisan luka. Patut la aku rasa tangan aku cam pedih, tp sebab excited ambik gambar punya pasal luka pun tak perasan. Lepas tu aku pun teruskan pejalanan ke kedai makan sebab aku dah janji ngan Famila nak lunch sama2. Tiba2 ada benda jatuh kena kepala aku. Bila aku tengok atas, aku nampak benda ni.

Korang pernah tengok benda ni dalam cerita Walt Disney x? Yang ada tupai 2 ekor duk berebut cam kacang tu. Aku rasa sama macam dalam cerita kartun tu tapi aku x tahu apa nama kacang ni.

ni plak kacang yg jatuh di bawah pokok. aku try jugak nak pecahkan tengok ada apa kat dalam, tp tak berjaya.

Tu je la kisah aku semalam. Ni aku nak g tolong Famila buat cheese cake plak. Kita jumpa di lain siaran.

Sekian, wasalam...

Monday, April 4, 2011

Test Pertama Tahun 2011

Salam...

Lama dah rasanya x bercerita kat blog ni, sebabnya aku ada test hari ni. Aku punya target tahun ni nak dapat high distinction for therapeutics so aku kena struggle start dari awal tahun la. Tadi aku punya test ok la, kira boleh jawab semua dan x tinggal kosong. Selalunya semua orang boleh jawab kan? Cuma x tahu betul ataupun salah. Topic yg aku test kali ni berkaitan pasal sakit jantung dan diabetes. Semuanya ada 9 topic. Punya la banyak pasal sakit jantung sebabnya dalam 9 topic ni, ada 6 topic pasal sakit jantung yg pelbagai jenis. Yg lain plak, 1 topic diabetes, 1 topic pasal darah tinggi dan 1 topic lagi pasal penyakit darah cam haemophilia. Tak banyak pun yg aku nak share sebabnya kau penat. Slalunya lepas test memang penat dan ngantuk sebabnya smalam aku x cukup tido. Ingat nak tengok ABPBH sambil study, tp aku rasa ngantuk so baik aku tido dari buat keja yg kurang berfaedah (ceh, ni cam baik la tp sempat jugak aku tengok 4 anugerah. lepas tu dlm kul 12 pagi aku terus tido dan bangun kul 5 pagi plak).

Ni planner aku. Nampak x aku tulis test kat 4 April tu? Yg 3 April plak ada tulisan 'Daylight Saving Ends'. Tu maksudnya skarang Hobart dah beza 2 jam ngan Malaysia. Before ni beza antara Hobart ngan Malaysia adalah 3 jam. Skarang senang ckit nak bajet masa sebab tolak 2 jam je. Kalau kena tolak 3 jam cam susah ckit bg aku yg dah lembab Maths ni...

Ni la kitab untuk ubat2 yg ada di Australia. Semua pharmacists akan refer buku ni kalau nak check pasal ubat. Nak check dose ke, interaction ke, dan apa2 je la pasal ubat yg ada kat Australia ni. Kalau korang ingat semua yg ada kat dalam buku ni dari muka depan sampai muka belakang confirm korang pun boleh jadi phermacist. Aku pun x ingat sangat sebab tu la aku blum jadi pharmacist. Buku ni memang slalu kena ada ditangan kalau aku nak ke hospital sebabnya aku memang x ingat dose untuk semua jenis ubat. Kadang2 tu nama ubat pun aku x tahu. Kadang2 je la kalau jumpa ubat baru ataupun nama brand untuk ubat tu sebabnya aku belajar pakai nama generic.

Ni suasana meja aku ketika aku study smalam. Bersepah macam apa je. Sebenarnya meja aku memang x pernah kemas. Kalau meja kemas je mesti ada barang yg hilang so x nak bg barang hilang, memang kena buat sepah la. Hahahaha....alasan je ni utk x yah kemas meja.


Dalam perjalanan balik dari uni td, aku jumpa 2 helai daun yg cantik. So aku kutip dan bawa balik rumah. Skarang musim luruh so banyak la daun2 yg berguguran. Esok aku plan nak keluar ambik gambar lps habis kelas kalau diizinkkan Allah (insyaAllah).

Satu warna oren

satu warna kuning. yg ni cam daun mohabbateen kan?

Tu je la cerita aku pada hari ini. Lupa plak aku nak bgtahu result interview aku nak keja ari tu. Dukacita dimaklumkan yg aku x dapat kerja tu. Dia pilih orang yg dah ada pengalaman. So skarang aku ada banyak masa nak study. Tp skarang aku nak gi makan dlu. Hari ni turn aku yg masak. Aku masak nasi ayam je sebab senang dan sedap. Hehehe...

Sekian...

Friday, April 1, 2011

Salam...

Jangan bersedih dikala kamu meminta kupu-kupu yang cantik, Tuhan berikan ulat yang jelik kerana nantinya ulat tersebut akan berubah menjadi kupu-kupu yang lebih indah dan berharga disebabkan kamu rawat ulat itu dengan penuh kasih sayang.

Jangan bersedih dikala kamu meminta warna-warna indah dilangit, Tuhan berikan hujan badai yang kencang menerpa kerana setelah hujan badai itu berlalu, akan ada pelangi yang sangat indah di langit untuk di nikmati.

Jangan bersedih dikala kamu meminta kedewasaan diri, Tuhan berikan banyak masalah kerena setelah berhasil melewati sebuah masalah, kamu akan mendapatkan kedewasaan, kekuatan serta ketegaran diri.

Jangan bersedih dikala kamu meminta kebahagiaan, Tuhan berikan peristiwa yang membuat kau lelah dan menangis karena setelah tangis dan lelah, kamu akan merasa lega, bersyukur dan lebih menghargai hidup.

Mungkin jalan yang sekarang kita hadapi merupakan tanda sayang Tuhan kepada kita. Semoga Tuhan menghapus segala dosa-dosa kita melalui segala sakit dan susah yang Dia kurniakan pada kita dan Insyallah tuhan akan memberikan ganjaran, rahmat dan barakah untuk kita berkat kesabaran dan kesyukuran kita serta rahmat dariNya…Amin!!!

Sekian...

Jom Gembirakan Orang Lain

Salam...

Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: "Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari kiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari kiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu."
(Riwayat Ibnu Abi Dunya)

Sekian...