YESTERDAY IS TODAY'S MEMORY....TOMORROW IS TODAY'S DREAM

Wednesday, April 6, 2011

Rewards


Salam...

Hari Isnin this week aku ada test. Setelah penat belajar aku reward diri aku dengan keluar g jalan2 dan ambik gambar kat Fitzroy Garden. So smalam aku pergi tangkap gambar kat taman tu lepas habis kelas. Lagipun smalam aku ada 1 kelas je, dari kul 9-10 pg. Ni pun nak blajar2 ambik gambar je. Bg aku ambik gambar alam ni boleh memberi ketenangan jiwa kpd aku. Ni la antara gambar yg aku tangkap smalam.

ni la tamannya. semalam aku pergi pagi, so x de orang sangat pagi2 kat sini. kalau pg weekend baru ramai orang

musim luruh dah tiba. pokok sedang menguning. nanti bila semua daun dah kuning dan daun dah start gugur, pemandangan akan jadi lg cantik.

Disebabkan skarang masih permulaan bg musim luruh, so pokok2 still berdaun hijau walaupun ada yg setengahnya dah separuh kuning. Pokok bunga pun masih ada bunga lagi. So semalam aku decide nak ambik gambar bunga je la dulu. Nanti bila daun dah start luruh, aku nak g ambik gambar daun2 yg luruh plak. Aku hadiahkan gambar2 bunga ros ni kpd semua pembaca yg baca post ni. Nak bagi bunga hidup takut x sempat sampai, so aku bg gambar je la.






Ni plak gambar duri-duri bunga ros. Bagi aku bunga ros ni unik, sebabnya ia boleh digunakan untuk gambarkan yg manusia ni tak perfect. Mesti ada kekurangan dan kelemahan. Allah jadikan pokok bunga ros berduri dan pada masa yg sama Allah ciptakan bunga ros sebagai bunga yg cantik dan berbau wangi. So manusia akan tertarik pada bunganya dan abaikan pasal durinya. Agak2 kalau Allah buat bunga ros cam bunga tahi ayam ada ke manusia nak minat bunga ros? Manusia pun sama jugak, ada sesetengah perkara dia sempurna tp pada masa yg sama jugak ada yg cacatnya. Hanya Allah yg Maha Sempurna.
p/s: Tapi aku minat bunga carnation. tiba-tiba je....x de orang tanya pun kan? Mana la tahu ada orang berniat nak bg bunga kat aku. Aku mention la awal2...







Lepas ambik gambar2 ni, aku tengok tangan aku ada garisan luka. Patut la aku rasa tangan aku cam pedih, tp sebab excited ambik gambar punya pasal luka pun tak perasan. Lepas tu aku pun teruskan pejalanan ke kedai makan sebab aku dah janji ngan Famila nak lunch sama2. Tiba2 ada benda jatuh kena kepala aku. Bila aku tengok atas, aku nampak benda ni.

Korang pernah tengok benda ni dalam cerita Walt Disney x? Yang ada tupai 2 ekor duk berebut cam kacang tu. Aku rasa sama macam dalam cerita kartun tu tapi aku x tahu apa nama kacang ni.

ni plak kacang yg jatuh di bawah pokok. aku try jugak nak pecahkan tengok ada apa kat dalam, tp tak berjaya.

Tu je la kisah aku semalam. Ni aku nak g tolong Famila buat cheese cake plak. Kita jumpa di lain siaran.

Sekian, wasalam...

6 comments:

  1. wah....cantiknye bunga dgn pemandangan kat situ...

    ReplyDelete
  2. nampak tenang jer, gbr pun cantik2 semuanya mesti guna kamera mahal

    ReplyDelete
  3. kak serry: kawasan tu memang cantik pun sesuai utk terapi jiwa

    kak ana: time pg memang tenang, tp kalau ptng banyak anjing berkeliaran sebab ramai orang bw anjing beriadah ptng2

    ReplyDelete
  4. salam...tq sudi lagi singgah kat blog akak....bleh bagi akak alamat email?ada citer sket nak tanya..hahahahhaha..suspens jer...

    ingat la kacang tu..yang dipopularkan dalam cartoon ice age 1 & 2...memang kelakar....kejar kacang tu sampai pecah ice hihihihihi

    ReplyDelete
  5. kak, begitu cantik sekali bunga tu...duri2 pun unik la...semua lain2...berbeza di rumah kita key kak?hehehhe..kacang tu? kecik kow besar?wak blik sebutir rumah !

    ReplyDelete
  6. Saya baru tahu nama kacang tu, oak fruit/nut

    ReplyDelete