Entry kali ni aku nak bercerita je tanpa gambar sebab gambar2 semua ada ngan kawan2 aku. Aku x ambik gambar pun kali ni sebab malas nak keluarkan kamera. Mungkin entry ni agak panjang dan boring tp aku nak tulis jugak sebab aku nak abadikan event ni dalam diari hatiku (macam tajuk lagu siti plak)
22/4/2011 (Jumaat)
Aku sebagai penganjur memang kena bertolak awal sebab nak kena uruskan beberapa hal kat kem. Mula2 skali, aku letakkan penunjuk arah untuk ke kem. Time ni, aku rasa cam nak buat kenduri kawin je, nasib baik x de bunga maggar. Hehehe... Lepas tu aku kena uruskan tempat untuk buat program plak. Aku nak kena buat 2 setup presentation, 1 untuk budak laki dan 1 untuk budak perempuan. Nasib baik ada ramai yg membantu so semua kerja jadi mudah. Then aku g tolong budak lelaki setup khemah. Last2 aku g tunjuk muka je kat kawasan khemah tu sebab dah ramai budak lelaki yg tolong pasangkan khemah. Lepas urusan teknikal selesai, aku pun breakfast la dulu.
Jam 9.30 pagi, aktiviti pun bermula. Seperti biasa la, aktiviti first is ice breaking, tp kami namakan sebagai ice crushing seperti yg ada kat vidoe tu. Lain sikit dari yg lain. Dalam aktiviti ni kitaorng semua tanggalkan sebelah kasut dan pilih kasut yg kita tak kenal. Lepas tu kita kena perkenalkan tuan punya kasut yg kita dah pilih. Kami kena perkenalkan nama ayah dia, tempat asal, warna kegemaran dan bulan dia lahir. Selepas aktiviti ni baru kami tahu yg kami di bumi Hobart memang dah kenal kawan2 kami mengikut nama ayah dia. Almaklumla kami di bumi Hobart sikit je warga Melayunya.
Bila dah berkenalan antara satu sama lain, program mengenali "lelaki hensem" pun bermula. Mengenali "lelaki hensem" adalah tujuan utama kem kali ni. Nampaknya peserta kali ni memang sangat proaktif sebab semuanya semangat untuk memberi jawapan, pendapat dan komen masing2. Apa yg aku dapat dari segement ni ialah kenali "surat cinta" untuk mengenali "lelaki hensem". Lepas tu aku jugak dapat kepentingatan belajar sirah. Phrase ni aku ambik dari kawan aku, "How do you expect kids to listen to their parents as,Tarzan lives half naked, Cinderella comes back home at midnight,Pinocchio lies all the time, Aladdin is the king of thieves,Batman drives at 320KM/h, Sleeping Beauty is lazy and Snow White lives with 7 guys. We shouldn’t be surprised if kids misbehave at times! They get this from their own storybooks. Just expose them to SEERAH where the REAL heroes are truly exist." Apa pendapat korang? Bagi aku bukan x boleh bagi kanak2 baca buku cerita yg cam ni, tapi sebagai guru, ibu bapa perlu la menerangkan mana yg buruk dan mana yg baik. Tapi kalau kecik2 dah ajar sirah nabi yg sememangnya patut kita contohi bukankah lebih baik? Ni pendapat aku yg x de anak lagi. Dulu mak aku pun slalu jugak beli buku cerita rakyat dan pada masa yg sama jugak mak aku beli buku sirah. Terima kasih mak dah ayah sebab kalau dulu mak dan ayak tak beli buku2 sirah, mungkin skarang aku x tahu sangat pasal kisah2 nabi untuk diceritakan pada budak2 yg aku ajar sekarang.
Pada tengah hari tu kami solat Jumaat bersama. Ni adalah solat Jumaat kedua yg aku tunaikan seumur hidup aku. Kem ni kira nak latih budak lelaki untuk jadi imam solat Jumaat skali la.
Pada hari Jumaat jugak diadakan pertandingat Amazing Race. Tapi Amazing Race ni diadakan sekitar Hobart je la. Ni memang semua peserta suka. Memang betul2 cam Amazing Race cuma skala kecil la. Walaupun hari Jumaat hari tu adalah Good Friday, tapi kereta tetap banyak kat jalan raya so perlumbaan agak mencabar. Aku hampir2 dilangar kereta time nak lintas jalan. Tp Alhamdulillah semuanya selamat. Semua task yg diberi pun agak mencabar. Aku x sangka race ni kumpulan kami yg menang. Kumpulan kami ada 4 orng je, iaitu Diza, Fana, Hajar dan aku. Hadiah yg kami dapt agak lumayan la sebab kami dapat AUD50 baucer mayers. Bahagi 4 kira dapat AUD12.5 sorang.
23/4/2011
Pagi2 kami buat senaman dulu. Senaman pagi tu agak unik la. Kami diberi nilai duit yg berlainan dan dikehendaki untuk mengumpulkan duit mengikut nilai yg telah ditetapkan. Game ni mengajar aku banyak sifat jahat yg patut kita jauhi. Time ni la aku belajar sifat pentingkan diri sendiri, khianat kawan sendiri dan pentingnya kita ada duit. Aku bg situasi yg ada kat tempat kejadian:-
Penganjur: Kumpulkan 1.10
A: Kumpulan kita skarang ada 0.70
B: Kami dah ada 1.00. Sape ada 10 cent ke or 5 cent, 5 cent?
Aku dan kawan aku yg dah ada kat kumpulan 0.70 tanpa rasa bersalah meninggalkan kumpulan kami dan pergi ke kumpulan yg dah ada 1.00 sebab nak cepat menang. Memang la time main ni kami rasa seronok dan kelakar je, tp cuba bayangkan peristiwa ni berlaku dalam real life. So kesimpulannya setialah dalam berkawan.
Lepas tu tetamu jemputan dari Melbourne (Kak Yan) membentangkan cara untuk menangani stres. Part ni memang best. Mesti la best sebab seorang psychiatric consultant yg bagi talk ni. Bagi aku, benda ni sangat penting dlam kehidupan manusia. Kita kena kenali stres sblum nak menangani stres.
Acara seterusnya plak ialah roda impian. Acara ni pun kumpulan aku yg menang. Aku hampir2 buat kumpulan aku bankrupt, tp sebab rezeki Allah nak bagi tak de siapa yg mampu menahannya. Walaupun kumpulan utk roda impian lain dari kumpulan amazing race, memang rezeki aku untuk duk kumpulan yg menang. Roda impian ni lain ckit dari yg kat tv. Yang ni kami bukan main teka2 huruf tapi kami mengexplore "surat cinta". Yg ni secara jujurnya aku x menyumbang sangat untuk kumpulan aku sebab hanya satu "surat cinta" yg dibenarkan untuk dibuka oleh setiap kumpulan. Aku malas nak berebut nak tengok "surat cinta" dan aku bagi peluang kat ahli kumpulan yg lain je la utk beri penerangan. Hehehe...aku sebenarnya x cukup ilmu didada.
Last skali adalah resolusi. Aku agak terkejut dengan response yg diberikan oleh semua peserta. Aku tak sangka yg semua pun gembira dan memperoleh sesuatu dari kem ni. Alhamdulillah kalau semua gembira dan semoga apa yg mereka peroleh dpat membantu mereka untuk ke syurga.
Akhir kata, cintailah surat cinta untuk mengenali lelaki hensem. Surat cinta tu adalah Al-Quran dan lelaki hensem tu ialah Nabi Muhammad. Bukankah akhlak nabi tu adalah Al-Quran. Pelajarilah sirah nabi untuk mengamalkan cara hidupnya yg boleh membawa kita ke syurga.
Sekian, wasalam...
No comments:
Post a Comment