YESTERDAY IS TODAY'S MEMORY....TOMORROW IS TODAY'S DREAM

Friday, April 8, 2011

Sambil blajar sambil berblog...

Salam...

Hari ni rajin plak nak update blog. Slalunya time start blajar la rajin nak buat kerja lain jugak. Kali ni aku nak share suasana meja aku time aku blajar. Kalau semut masuk kawasan meja aku confirm semut tu x jumpa jalan nak keluar. Hehehe...

buku yg sentiasa menemani aku, tido pun kadang2 tido ngan buku ni. dah lunyai dah pun buku ni. Harga pun mahal so kena guna sebaik mungkin

ni sebahagian dari kawasan meja aku. ni je la part aku duk menulis. sebab di bawah cahaya lampu. macam2 pen ada sebab aku duk tulis nota so kena guna pakai pen banyak warna baru menarik aku nak baca. nampak x ada wayar earphone tu? aku duk dengar sinar fm sambil belajar. kalau x de music aku cepat ngantuk. eraser aku tu since 2009 lg, sebab tu la nampak buruk bebonar.

ni pen favourite aku. walaupun pen ni aku dpat free from anticoagulation team, tp sangat best. pen pilot pun kalah ngan pen ni. dulu aku suka guna pen pilot, skarang pun aku still guna lg cuma pen ni aku lg suka guna skarang.

nampak x aku tulis oxycodone tu? tahukah anda apa itu oxycodone? oxycodone ni adik beradik ngan heroin dan morphine. diaorng ni termasuk dalam kelas opiods. ubat ni ubat under control. kena simpan dalam peti besi lg tau. macam peti besi kat bank tu. First aku tengok tempat penyimpanan ubat ni impress betul aku. nak keluarkan ubat yg under control bukan senang tau. siap kena tulis details dan sign lg. kalau student kau kena mintak intern or pharmacist sahkan plak. aku pernah ada pengalaman ambik ubat ni dari peti besi. seronok rasanya diberi kepercayaan untuk ambik ubat under control ni.

ni plak list insulin. semua pernah dengar kan apa itu insulin? ni semua aku nak kena ingat. yang mana ultra-short-acting, short-acting, immediate-acting dan long-acting. dulu masa blajar bio tahu je insulin digunakan untuk diabetes, tp skarang aku kena tahu plak jenis yg sesuai untuk diberi pada masa yg sesuai. menarik jugak blajar benda ni. mula2 pening lepas dah faham seronok plak untuk pilih jenis insulin yg sesuai. insulin ni kena bg melalui injection x boleh dimakan, so sape yg takut injection sila jaga kesihatan anda. Kurangkan manis dalam makanan dan tambahkan manis dalam senyuman. P=)

Ok la, aku nak sambung buat nota.

Sekian, wasalam...

3 comments:

  1. chayok2 study...fokus2...jgn berangan yer...

    ReplyDelete
  2. dgr sinar fm, taste kite samele

    eraser dr thn 2009 lamanye mesti jarang guna

    baguslah belajar pharmacy blh tau mcm2 jenis ubat tapi kena byk menghafal ke?

    ReplyDelete
  3. Kak Serry: thanks ye akak.

    Kak Ana: eraser memang jarang guna pun. Guna time buat graft je, tu pun jarang2. mcq pun pakai pen aja skarang. best la jugak blajar pharmacy walaupun kadang2 bebannya sangat stress. menghafal dah memang x bleh lari dah ngan health science

    ReplyDelete