YESTERDAY IS TODAY'S MEMORY....TOMORROW IS TODAY'S DREAM

Monday, April 4, 2011

Test Pertama Tahun 2011

Salam...

Lama dah rasanya x bercerita kat blog ni, sebabnya aku ada test hari ni. Aku punya target tahun ni nak dapat high distinction for therapeutics so aku kena struggle start dari awal tahun la. Tadi aku punya test ok la, kira boleh jawab semua dan x tinggal kosong. Selalunya semua orang boleh jawab kan? Cuma x tahu betul ataupun salah. Topic yg aku test kali ni berkaitan pasal sakit jantung dan diabetes. Semuanya ada 9 topic. Punya la banyak pasal sakit jantung sebabnya dalam 9 topic ni, ada 6 topic pasal sakit jantung yg pelbagai jenis. Yg lain plak, 1 topic diabetes, 1 topic pasal darah tinggi dan 1 topic lagi pasal penyakit darah cam haemophilia. Tak banyak pun yg aku nak share sebabnya kau penat. Slalunya lepas test memang penat dan ngantuk sebabnya smalam aku x cukup tido. Ingat nak tengok ABPBH sambil study, tp aku rasa ngantuk so baik aku tido dari buat keja yg kurang berfaedah (ceh, ni cam baik la tp sempat jugak aku tengok 4 anugerah. lepas tu dlm kul 12 pagi aku terus tido dan bangun kul 5 pagi plak).

Ni planner aku. Nampak x aku tulis test kat 4 April tu? Yg 3 April plak ada tulisan 'Daylight Saving Ends'. Tu maksudnya skarang Hobart dah beza 2 jam ngan Malaysia. Before ni beza antara Hobart ngan Malaysia adalah 3 jam. Skarang senang ckit nak bajet masa sebab tolak 2 jam je. Kalau kena tolak 3 jam cam susah ckit bg aku yg dah lembab Maths ni...

Ni la kitab untuk ubat2 yg ada di Australia. Semua pharmacists akan refer buku ni kalau nak check pasal ubat. Nak check dose ke, interaction ke, dan apa2 je la pasal ubat yg ada kat Australia ni. Kalau korang ingat semua yg ada kat dalam buku ni dari muka depan sampai muka belakang confirm korang pun boleh jadi phermacist. Aku pun x ingat sangat sebab tu la aku blum jadi pharmacist. Buku ni memang slalu kena ada ditangan kalau aku nak ke hospital sebabnya aku memang x ingat dose untuk semua jenis ubat. Kadang2 tu nama ubat pun aku x tahu. Kadang2 je la kalau jumpa ubat baru ataupun nama brand untuk ubat tu sebabnya aku belajar pakai nama generic.

Ni suasana meja aku ketika aku study smalam. Bersepah macam apa je. Sebenarnya meja aku memang x pernah kemas. Kalau meja kemas je mesti ada barang yg hilang so x nak bg barang hilang, memang kena buat sepah la. Hahahaha....alasan je ni utk x yah kemas meja.


Dalam perjalanan balik dari uni td, aku jumpa 2 helai daun yg cantik. So aku kutip dan bawa balik rumah. Skarang musim luruh so banyak la daun2 yg berguguran. Esok aku plan nak keluar ambik gambar lps habis kelas kalau diizinkkan Allah (insyaAllah).

Satu warna oren

satu warna kuning. yg ni cam daun mohabbateen kan?

Tu je la cerita aku pada hari ini. Lupa plak aku nak bgtahu result interview aku nak keja ari tu. Dukacita dimaklumkan yg aku x dapat kerja tu. Dia pilih orang yg dah ada pengalaman. So skarang aku ada banyak masa nak study. Tp skarang aku nak gi makan dlu. Hari ni turn aku yg masak. Aku masak nasi ayam je sebab senang dan sedap. Hehehe...

Sekian...

2 comments:

  1. bermakna semua pharmacist yg duduk di kaunter tu hafallah semua jenis ubat dan dosnya sekali yer?

    ReplyDelete
  2. supposedly semua pharmacist memang kena ingat la. Baru dia boleh decide on the spot sama ada dose tu betul ataupun salah. Kalau x, x kan la setiap kali pun nak kena buka buku utk check. Bukan stakat dose je yg kena ingat, precaution dan drug interaction pun kena tahu jugak.Complicated jugak la kalau nak crita. Ade je yg x ingat...slalunya ubat yg jarang2 orang guna ataupun ubat baru. Slalunya bila dah slalu jumpa memang akan ingat dose untuk setiap ubat... Ni saya crita ikut pengalaman kat sini la, yg kat Malaysia saya x tahu sangat.

    ReplyDelete