Salam...
Dah 2 hari aku x bersiaran. Hari ahad separuh hari aku kat masjid. Pagi2 aku mengajar, lepas tu aku ada workshop pasal mengajar kat masjid. Aku jugak ada blajar tajwid skali dalam workshop tu. Best plak belajar tajwid time tua2 ni. Tak sangka apa yg aku blajar time kelas agama kecik2 dulu masih melekat walaupun slalunya nak gi kelas agama sebab nak main ngan kawan2 je. Aku ingat aku sorang je, bila aku tanya kawan2 yg kat sini, mostly dari mereka pun gi kelas agama sebab nak main ngan kawan2 ataupun nak g kedai before or after kelas. Tu zaman2 kanak2, blajar apa pun senang je nak ingat tp skarang susah betul nak ingat. Ni tandanya dosa dah bertambah. Betul la ckap imam Ghazali, ilmu itu cahaya, cahaya tak akan masuk untuk pembuat maksiat.
Hari Isnin plak, aku ada kelas. Lepas kelas aku tolong Famila betulkan dia punya assignment. Time tu, kepala aku pening betul nak kena tengok research paper. Nak kena ingat statistic lagi sebab nak compare result. Grammar pun entah ke mana, maklumla ada assignment pun setahun skali je. Mula2 aku ingat nak ckap je cara nak buat, tp aku x tahu nak explain macam mana. Last2 aku yg tlong buatkan sebab nak bg contoh cara buat. Tapi aku buat 1 example je la, tapi still kena baca full trial. Lepas tu aku balik masak sebab smalam turn aku masak. Aku masak tomyam je sebab senang dan cepat. Aku boleh masak lauk n sayur skali gus. Jimat masa aku. Malam aku tido awal sebab penat, sebab tu aku x buka blog.
Hari ni aku nak ceri pasal nama aku. Rasanya dah ramai yg tahu nama aku. Bg aku, nama aku agak panjang la walaupun x sepanjang nama anak2 raja kat Malaysia. Semua adik-beradik aku ada 3 nama, x kira la sama ada lelaki ataupun perempuan. Kalau lelaki nama diaorang start dgn Raja Muhammad dan kalau perempuan start dgn Raja Nurul. Ayah aku plak ada 2 nama. Raja Jamam @ Raja Kamaruzaman. Antara adik-beradik aku, aku je yg guna nama Raja Kamaruzaman, yg lain guna Raja Jamam. Walaupun aku ada 3 nama tp kat sini hanya 1 je nama aku yg selalu digunakan. Lagi 2 nama tinggal dalam IC, passport or student card je la. Slalunya orang kat sini guna nama depan je, so diaorang panggil aku dgn nama Raja. Bukan stakat orang putih je panggil Raja, orang melayu pun sama jugak. Sebabnya kat sini ada 6 Fatin. So aku mengalah la utk dipanggil Raja. Sebagai bukti aku tunjukkan gambar kad2 yg aku ada.
Ni student card aku. Meh aku ajar pasal nama, nanti kalau korang nak isi borang senang sikit. Dulu aku pun confius time nak isi borang yg orang putih punya. Nama yg huruf kecil dipanggil given name or first name. Selalunya first nama, dia akan ambik nama yg paling depan iaitu Raja untuk nama aku la. Nama korang lain plak. Nama yang huruf besar plak ialah family name ataupun surname. Disebabkan aku ada 5 nama bila combine given name & family name, aku selalunya ada masalah x muat ruang kalau nak isi borang. tu la, manusia x sempurna...tiba2 je.
ni la contoh nama aku. Jadi Raja kuasa 2.
Kat sini diaorang pentingkan nama surname sebab tu la nama ayah aku diutamakan dalam semua perkara termasuk la bank card & card credit. Slalunya nama ayah aku je penuh, nama aku ada Raja je. Lecturer aku pernah panggil aku Raja square, tp muka aku blur je sebab aku x paham. Then dia tunjuk nama aku kat board dalam lab, baru aku faham lawak yg dia sampaikan...Bila tengok kad ni nampak cam tamak plak. Raja Raja...Hahaha....
aku ingat aku je yg tamak. Adik aku pun sama jugak. Kalau yg aku punya x leh nak tukar2 ngan adik2 aku sebab ada gambar, tp yg ni bleh tukar2 sebab semua adik-beradik aku nama Raja. (sori angosh ambik gambar ni tanpa kebenaran)
Dalam hal ni, ayah aku la yg paling bangga sebab dalam semua kad2 kami nama dia je yg dominant. Kalau korang nak tahu, dalam family aku nama mak aku je yg paling pendek. 1 nama je iaitu Seribani. Tapi walaupun nama mak aku pendek, nama dia lagi hebat sebab semua lori yg ayah aku ada, letak nama dia besar2 kat lori.
Walau apapun, I'm very proud with my name. Thank mak & ayah for the name. Both of your names are always in my heart.
Sekian, wasalam.
Raja Raja = Maharaja?
ReplyDeletehahaha..cool r..hang memang pelik..hang sorang nama pelik..=_=
ReplyDelete