Salam...
Setelah 5 hari bumi Hobart ditimpa hujan rahmat, hari ni Alhamdulillah hujan dah berhenti. Hujan boleh memberi seribu satu makna kepada manusia kan? Ada yg gembira jika ada hujan sebab hujan dapat kurangkan kepanasan dan menyuburkan tanaman, ada jugak yg sedih bila hujan turun sebab banyak aktiviti yg x dapat dijalankan. Macam2 lagi la tafsiran yg manusia buat bila hujan turun.
ni gambar pokok bunga yg ditimpa hujan kat depan bilik aku. Gambar ni aku ambik pg Khamis before aku keluar ke uni. Sementara nak tunggu hujan reda, aku ambik la gambar dulu.
Setelah beberapa hari nampak langit gelap je, hari ni langit biru dah kembali. Walaupun suhu hari ni dalam average 15 degree, aku tetap rasa panas sebab dah 5 hari rasa cam nak beku je. Sebelum ni suhu adalah dibawah 10 degree. Hari ni cuaca memang cantik untuk tangkap gambar sekitar bandar Hobart sebabnya pokok dah bertukar warna kerana skarang ialah musim luruh.
langit biru dah kembali....pokok2 pun dah menguning
Hari ni disebabkan cuaca cerah, aku keluar gi main futsal ngan kawan2 kat uni. Futsal ni anjuran MASCA Tasmania. MASCA ni ialah persatuan pelajar Malaysia kat Australia. Pertama kali dalam sejarah hidup aku main final tp seri. Hebat x kitaorang main futsal, sampai x leh nak tentukan pemenang. Last2 selepas habis 5 penalti pengadil cakap korng ni seri je la, main pun for fun. Yg kelakarnya buat panalti td, kalau team first sepak masuk gol, team kedua pun mesti masuk gol. Tapi kalau team first tak gol, team kedua pun mesti x gol. Apa2 la result, yg penting kedua team futsal td main dgn gembira. Lepas habis main futsal dan BBQ for lunch, aku pun pergi tangkap gambar. Nanti aku upload gambar yg aku upload td plak kat next entry. Tu je la cerita aku untuk hari ni. Esok aku ada perjumpaan ibu bapa kat masjid. Rasa berdebar plak nak kena jumpa parents anak murid aku utk cerita progression diaorng mengaji. Semoga semuanya esok berjalan lancar, insyaAllah.
Sekian, wasalam...
cantik bunga tu dan biru langit tu mmg indah
ReplyDelete15 degree sejuknya, di sini 23 degree pun akak pakai baju smp 3 lapis sejuk smp ke tulang tapi tu sejuk air-cond
ngajar ngaji yer, well done dik