YESTERDAY IS TODAY'S MEMORY....TOMORROW IS TODAY'S DREAM

Friday, February 11, 2011

Coles Bay

Salam....

Coles Bay adalah teluk (aku siap guna google translate lagi cari apa maksud bay dalam bahasa melayu. sebabnya aku tertukar tanjung dgn teluk) pertama yang anda akan jumpa jika anda berkunjung ke Freycinet National Park. Teluk ni nampak macam biasa2 je tp sangat bersih. Kawan aku cakap, kat Tasmania ni cantik dan bersih tp Jepun sekali ganda lagi bersih dari Tasmania. So aku tak tahu la nak komen apa sebabnya aku x pernah gi Jepun lagi. Tapi yang pentingnya lagi bersih dari pantai kat Malaysia la. Ni pendapat aku ikut pemerhatian semasa di Malaysia dan juga di Tasmania. Bukan aku lupa diri ke apa...Malaysia tetap dihati walaupun apa keburukan yg ada pada Malaysia. Teringat aku pada pesanan sorang senior yg baru balik ke Malaysia for good baru-baru ni. Nama dia Kak Yanti. Dia ni pensyarah kat UPSI. Dia cakap, "Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, kita gi negara orang dan kutip emas bawak balik." Then lepas tu kami yg mendengarnya gelak2. Walaupun cakap dalam nada bergurau, maknanya amat mendalam bg aku. Memang betul cakap dia. Bagi aku, duk negara orang sekadar mencari ilmu dan mengutip pengalaman yg tak ada di negara sendiri. Untuk menetap terus kat sini memang bukan cita2 aku. Aku ada lagi 2 tahun, x sabarnya nak balik MALAYSIA....

Kembali kepada cerita Coles Bay ni lepas jauh terbabas sebabnya aku main tulis je apa yang ada dalam kepala aku. Sebelum nak ke information centre untuk bayar bayaran masuk, tak silap aku dalam AUD 26 per car, anda akan melalui kawasan ini. Jom kita layan gambar sebabnya tak de perkara menarik pun nak cerita pasal tempat ni.

ni la Coles Bay....sama je ngan gambar sebelum ni... perasan tak ada orang tengah kayak? kat sini memang sesuai untuk buat aktiviti air sebabnya air kat teluk ni sangat tenang. Aku pun teringin nak kayak kat sini cuma tak berkesempatan je...asyik busy memanjang

ni airnya...jernih sampai boleh nampak lumut2 di dasar teluk. air dia rasa masin, aku dah rasa air dia sebabnya aku nak pastikan yg teluk ni bukan tasik....aku was-was yg tempat ni adalah laut, skali tengok cam tasik pun ada.

ni plak tebingnya...berkarat hitam. nampak hodoh tp cantik dan bersih sebenarnya

ni plak teman2 aku. kami pergi dengan sebuah kereta je sebabnya time ni summer so ramai orang pulang bercuti ke Malaysia. Nampak mendung je kat sini kan? sebabnya ni pagi lagi, dalam kul 8 lebih kalau x silap aku. Kami semangat nak jalan, lepas subuh terus gerak... time tu pun subuh awal lg, tp lupa dah kul brapa sebabnya aku gi tempat ni summer last year. dalam gambar ni ialah Farah, Rosda, Fatin dan Izzah

lepak2 kat sini dulu sementara menunggu information centre dibuka untuk ke teluk2 yg lain plak.

Sekian...

7 comments:

  1. betul tu hujan emas di negara org hujan batu di negara sendiri ..... akak pun rasa amat lega sbb malaysia tak adalah teruk kena banjir dan ribut mcm di australia

    jepun lebih bersih? mcm manalah agaknya bersih tu? bestlah kalau dpt ke jepun

    tebing tu berkarat sbb apa ye? pencemaran alam ke?

    ReplyDelete
  2. banjir dan ribut tu balasan Allah kat mereka sebab x mengaku kewujudan Tuhan

    dah 2 orang kwan saya cakap Jepun lagi bersih dari Tasmania...saya pun x dapat bayang cam mana sebabnya kat Tasmania ni pun dah sangat bersih bagi say...saya doakan semoga kak ana dapat melancong ke Jepun plak lepas ni...

    yg hital tu lumut sebenarnya...time tu air surut sebab tu la nampak cam tu....kat sini Alhamdulillah x de pencemaran alam...orang putih plak lagi tahu menjaga kebersihan dari orng Islam...padahal kebersihan tu sebahagian dari iman

    ReplyDelete
  3. salam....nak panggil Raja..Nurul..fatin??hehee..ni kira kunjungan balas dari akak...jauh rupenyer cik adik ni berada...di alam blog kita berjumpa yer...apapun tq sudi singgah blog akak yg sempoi tu...lagu gembira dah masuk balik nanti dgr yer...dah muak nanti akak tukar lain..haahha...gud luck n takecare berada jauh di perantauan....

    ReplyDelete
  4. wasalam...panggil saya fatin je...thanks kat akak juga sebab sudi singgah blog saya...before ni saya baca je blog akak tp x tahu nak komen apa. smalam bila dah x de lagu tu saya komen sebabnya saya memang suka lagu tu tp dah lama x dengar..

    ReplyDelete
  5. Seronoknya. yelah kesempatan belajar di luar negara boleh lah travel sana sini.

    ReplyDelete
  6. fatin...selalulah komen yek..suka...saja2 lama lagi ke study kat sana?study bebetul ok..keep in touch..akak dah masukkan balik lagu tu..la laa laa laa....kau penghibur hati duka... ;)syok kan dengar...layannn

    ReplyDelete
  7. kak yan: sementara masih disini memang kena manfaatkan peluang yg ada..

    MemHalid: saya ada lg 2 tahun kat sini. insyaAllah hbis akhir tahun depan... nanti saya akan slalu komen blog akak.

    ReplyDelete