YESTERDAY IS TODAY'S MEMORY....TOMORROW IS TODAY'S DREAM

Thursday, February 3, 2011

Bersara dah

Salam...

Semalam adalah hari terakhir aku bekerja di ladang ceri after almost 1 month aku kerja. Rasa sedih jugak la sebabnya aku plan nak gi jalan2 untuk cuti summer next year so this year maybe the last year aku kerja kat ladang ceri ni. Aku sangat gembira kerja kat ladang ni sebabnya semua supervisor baik walaupun diaorang tegas. Supervisor yg aku paling suka ialah Kelly. Kelly ni kakak kepada Mike iaitu bos ladang tempat aku kerja. Ladang ni namanya J.W. Kirkwood. Kelly ni tinggal kat Queensland. Hari tu dia cakap rumah dia x kena banjir, tp x tahu la cyclone Yasi semalam kena ke x. Dia dah bersara, tp aku x tahu la dulu dia kerja apa. Dia selalu datang Tasmania pada musim summer sebab nak tolong adik dia uruskan ceri untuk dieksport. Before kitaorng balik semalam, Mike bagi ucapan terakhir. Dia cakap terima kasih untuk semua sebab tahun ni semuanya baik cumanya ada 1 minggu hujan so buah x berapa elok sangat. Tapi overall, everyone did a very good job.

Sebenarnya kali ni aku dapat 1 pengalaman yg sangat berguna. Kalau kita buat kerja dengan amanah dan jujur, memang kita akan dapat balasan yg baik. Kali ni orang melayu yang kerja kat ladang ceri ni ada 2 orang je, aku dan Rosda. Sebagai orang Islam kita memang kena amanah bila buat kerja untuk dapatkan rezeki yg halal. So kami memang buat kerja betul2 la. Tak nak la plak makan rezeki haram. Rupa2nya memang supervisor selalu duk tengok semua pekerja buat kerja. Kat tempat kerja kami ramai orang cina from China. Banyak dari diaorng ni pemalas sikit. Kesian plak pada yg rajin sebabnya supervisor cakap orang cina ni malas. Macam pepatah melayu, kerbau seekor kena lumpur habis semua terpalit (kalau x betul pun lebih kurang la). Supervisor cakap la yg kitaorng ni bagus. Lepas dia tanya kenapa tak ramai orang melayu yg nak kerja. Lepas tu Rosda cakap yang orang melayu memang nak kerja cumanya diaorng hantar application lewat. Then Kelly cakap, "They will next year." Bangga jugak la sebab dia puji orang melayu bagus buat kerja. Tahun lepas ada la dalam 10 orang melayu yang kerja kat ladang ni. Tahun ni ramai yg dah balik Malaysia for good dan ada yg bercuti kat Malaysia so tinggal la aku dan Rosda je yg masih meneruskan kerja.

Tinggal kat luar negara ni, memang kita membawa imej negara. Kena buat yg terbaik supaya orang luar x pandang serong kat bangsa kita. Satu lagi yang aku bangga adalah aku bawa imej muslim. Memang aku kena tunjukkan yg muslim adalah yg terbaik. Semoga apa yang aku tunjukkan sebagai seorang muslim dapat membuka hati orang yang melihatnya untuk mengenali Islam.

Tiap2 kali aku nak sembahyang kat ladang ni, aku mesti teringat kata2 seorang brother ni. Dia cakap yang mungkin Allah hantar kita kat Tasmania ni sebab nak kita sebarkan Islam kat bumi Tasmania. Dan mungkin jugak bila aku sembahyang kat satu2 tempat, akulah orang pertama yang sembahyang kat bumi tersebut. Brother tu cakap macam tu sebab semua yg datang Tasmania ni x mintak pun di hantar ke sini. Ada sesetengah tu, x tahu pun kewujudan Tasmania. Diaorang tahu bila dah dapat tawaran ataupun time nak isi borang permohonan. Aku dapat tahu kewujudan Tasmania ni sebab aku main game. Salah satu tempat dalam game tu ialah Tasmania, tp aku lupa dah apa nama game tu.

Bila aku teringat pasal solat, aku rasa seronok solat kat bumi Tasmania. Kalau kat Malaysia, memang tak perlu risau nak solat kat mana. Tempat solat berlambak2. Bukan setakat tempat solat, kain sembahyang pun dah memang tersedia kat tempat solat. Tapi kat bumi Tasmania yang x ramai penduduk Muslim ni agak sukar nak cari tempat solat. Pengalaman manis solat kat bumi Tasmania ni adalah dah macam2 tempat aku solat. Aku pernah solat kat padang, taman permainan, atas tanah, atas salji, kat tepi pantai, dalam makmal, dalam stor ubat, dalam tandas, tepi jalan, tempat parking, kaki lima dan jugak kat dalam chapel (jangan salah faham plak). Chapel ni ada kat hospital, so kalau nak solat memang dia ada sediakan tempat kat dalam chapel ni. Aku paling x suka kalau dapat wad round hari rabu, sebabnya aku kena berkejaran nak gi solat lepas habis ward round dan time tu jugak la paderi kat chapel tu sibuk nak sembahyang. Aku ingat hari Ahad je diaorng sembahyang, rupanya hari Rabu pun ada. Aku pun x tahu la dia sembahyang ke or bagi ceramah sebabnya dia macam baca buku je. Aku agak dia baca bible. Lagi pun aku x tahu cara orang Christian sembahyang. Kalau musim luruh or musim bunga aku memang balik sembahyang kat rumah dah, tp musim sejuk memang kena sembahyang kat hospital sebabnya kul 5 lebih dah masuk maghrib. Yang jadi masalahnya, ward round aku banyak pada musim sejuk plak. Terpaksa la dengar ceramah pak cik paderi tu, sampai x khusyuk aku solat. Berdosa betul pak cik paderi ni. Panjang plak cerita pasal solat ni. Better aku stop di sini dulu.

Sekian...

2 comments:

  1. bagus dik tunjukkan imej yg baik sbg Muslim n Malaysian

    terbalikkan di Malaysia, org Melayu yg dikatakan sbg pemalas tapi di Tasmania sebaliknya

    akak tau kewujudan Tasmania ni sbb belajar georgrafi di sek. dulu

    all best to u

    ReplyDelete