YESTERDAY IS TODAY'S MEMORY....TOMORROW IS TODAY'S DREAM

Friday, April 8, 2011

Bersyukurkah Aku?

Salam...

Semalam result test aku yg hari Isnin dah keluar. Alhamdulillah aku berjaya improve result aku daripada last year. Sebelum aku check result aku, aku tengok email ni dlu:

Ni lecturer aku yg hantar. Time aku baca ni aku rasa terharu sebab x sangka lecturer aku ambil berat kat aku. Time aku baca ni, aku agak result aku x de la segempak yg aku harapkan sebabnya orang kat sini suka puji lebih2 sebab nak bg support kat kita. Kawan aku yg repeat pun ckap diaorng dapat jugak. Lecturer ni, Angus nama dia memang best, helpful dan sporting. Angus ni from England. Time dia mengajar suka cakap pasal England, lps tu compare ngan Australia.

Ok, kembali ke cerita yg aku nak share. Aku bukan nak menunjuk-nunjuk result, tp aku nak share perasaan aku time aku tengok result. Lepas aku bc email tu, aku pun check la result aku plak. Betul tekaan aku yg result aku x seperti yg aku harapkan. Bila aku tengok result aku, ada sedikit perasaan kecewa yg ada sebabnya aku target High Distinction(HD) tp aku dapat lagi 0.5 nak dpt HD. Dalam keadaan ni aku dah tak bersyukur dan tak reda dgn apa yg Allah dah bg kat aku. Sepatutnya aku bersyukur sebab dari pass aku dah dapat Distinction. Lecturer aku pun happy ngan improvement aku. Lepas 2, 3 minit aku tengok results, aku teringat kat Allah. Betapa x bersyukurnya aku lepas apa yg Dia dah bg pada aku. Allah dah cakap dalam surah An-Najm:
"Dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya) (53;40)"

Allah kira usaha kita bukan hasil yg kita dapat. Hasilnya adalah rezeki dan rahmat dari Allah. Lepas tu aku memang menyesal la. Allah x nak bg HD lagi kat aku memang ada hikmah yg hanya Allah je yg tahu. Aku yg x pernah dapat email congrat dari lecturer pun dapat email dari lecturer aku disebabkan test ni. Tu pun x nampak lg ke hikmah yg Allah nak bg kat kau, RAJA NURUL FATIN. Memang rasa menyesal betul la, sampai skarang pun aku still duk minta ampun dari Allah. Betapa banyaknya nikmat Allah tp manusia tetap x bersyukur. Memang betul la manusia ni kalau ada 2 gunung emas, dia akan minta yg ketiga dari Allah. Pengajaran semalam yg aku dapat adalah aku kena belajar kerana Allah dan bukan untuk exam. Kalau untuk Allah mesti kita x kecewa dgn result yg Allah bg. Niat ni memang kena slalu betulkan sebabnya niat ni memang cepat terpesong. Ya Allah ampunkanlah dosa hamba-hambaMu. Ameen.

Sekian, wasalam...

2 comments:

  1. tahniah dik! usaha lagi diiringi dgn doa INSYAALLAH dgn izinNYA adik akan berjaya

    ini juga buat ingatan kita bersama

    ReplyDelete
  2. thanks kak ana. semoga kita sentiasa mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat

    ReplyDelete